Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 31 Oktober 2009

Umno (umph..no...be end) kutip sampah

Satu kegiatan mengutip sampah sedang giat dilakukan oleh umph-no-be end. Sampah -sampah ini untuk dikitar semula. Sampah-sampah ini adalah lebihan kotoran yang dibersihkan oleh PKR. Sampah ini dikatakan membuat tahi dalam PKR serta menjijikkan. Sampah ini terdiri dari golongan penjilat rasuah nafsu berahi dengan amoi cina dan gila pangkat nak jadi exco tapi tak reti nak buat kerja..
Apa kabar OsMan jailu..jamaludin M. Radzi...terbaru Badrul Hisham  (badul bedal bedul)..maka seperti kaduk naik junjunglah Mat Ezam Mat Noor.

Jumaat, 30 Oktober 2009

berudu dah jadi katak



Badrul Hisham Adun Pelabuhan Kelang merupakan wakil rakyat ke-4 daripada Pkr yang mengisytiharkan diri keluar parti. Nak keluar parti ke lompat parti ke terjun parti ke itu bukan soalnya. lantaklah ! pergi jahanamlah.
 Pokok utamanya ialah mengkhianati kepercayaan pengundi..
Wakil rakyat ini bertanding atas tiket parti. bukan tiket individu atau bebas. Atas dasar kepentingan diri atau tidak sehaluan dengan parti maka wakil rakyat keluar parti dan membebaskan diri dari naungan parti yang diwakilinya. Kenapa jadi bebas tapi menyokong parti lain? Kalau nak bebas..betul-betul bebaslah..jangan bodohkan pengundi terutamanya orang melayu!
Memang bangsat pengkhianat seperti ini! Kalau jujur nak menjadi bebas letak jawatan ADUN. Rakyat memberikan sokongan atas dasar sokongan kepada parti. Parti meletakkan calon mewakili parti. Bila menang dan menjadi wakil rakyat harus menjaga pengundi yang memilihnya. Bukan untuk kepentingan diri sendiri.. Wakil rakyat yang kononnya mewakili rakyat dan kemudian menjadi bebas sebenarnya jalang politik. Jalang pondan!
Kebanyakkan jalang politik ini dari PKR kenapa? (setakat ini 4 kes berlaku)
Yang peliknya sokong UMnoo pulak tu...ada apa-apa ke ?..kenapa tak sokong PAS ke...PPP ke...Makhal Sakhti ke?MIC ke...MCA ke.. ke..ke..ke...kentutlah!
Kes Badrul ni ramai orang tak heran dah...sebab ramai dah tahu dolak-dalik beliau sejak awal lagi..nak jumpa rakyat (pengundi dikawasannya pun susah...tanyalah orang port klang) kejap ada ..kejap tak de..
Alasan yang diberikan semasa sidang akhbar semalam tu.. alasan memualkan meloyakan jijik dan jelek..taktik kotor!
 Badrul Hisham sebenarnya tak layak jadi wakil rakyat! lebih teruk dari arwah Abang Z.(Zakaria Mad Deros) kong kali kong.!
 PKR silap pilih calon..(ini yang PKR kena study tentang calon wakil rakyatnya.Mungkin selepas ini terdapat lagi ADUN PKR terjun parti..siapa tahu?).
Letak jawatan sajalah Badrul Hisham...gentleman...pengundi rasa tertipiu dan meluatlah!
Ada apa-apa ke ni...gila pangkat ke atau nak berkhidmat untuk rakyat ?
Sesungguhnya penyokong-penyokong dan pengikut  PKR sangat kecewa dengan  tragedi  memalukan  Adun -adun PKR ini. Sangat-sangat tidak rela rugi dan menyesal mengundi wakil rakyat seperti ini. Kalau tak nak berkhidmat untuk rakyat atas nama parti yang dipilih letak lah jawatan! Pengundi boleh pilih wakil rakyat lain!..bukan jalang politik seperti ini.

Khamis, 29 Oktober 2009

Perak terus kalut



Kalut! Perak terus kalut!...
serabut! Perak berserabut!...
sampai bila ia akan berlarut
karut memang karut
Kuasa yag mereka tuntut
tak patut memang tak patut
halal jadi haram macam kentut
haram jadi halal macam buntut
hidung dicucuk jadi lembu menurut.
ikut pak turut mengikut...
pengecut memang pengecut
otak letak dilutut...


KUALA LUMPUR - (Sinar harian) Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar dicekik anggota polis ketika hendak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam. -Hishamudin Hussein 
Beliau turut mengingatkan polis tidak melakukan perkara "yang melebihi undang-undang" dalam menjalankan tugas dan beliau tidak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.
Sementara itu, ADUN Pantai Remis (DAP) Nga Kor Ming berkata beliau akan membuat aduan polis kerana dikasari oleh seorang pegawai polis semasa hendak masuk ke dewan.

IPOH, 28 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang selama sehari Rabu meluluskan Bajet 2010 yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional Negeri walaupun berdepan tindakan provokasi dan kekecohan daripada kesemua 28 anggota pembangkang yang mengadakan "sidang" sendiri pada waktu rehat.
ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming dan ADUN Tronoh V. Sivakumar, kedua-duanya daripada DAP, pula mengadu kepada media dengan mendakwa mereka dikasari pihak polis dan Sivakumar mendakwa jubah dan songkok Speaker yang dipakainya dirampas oleh polis.

Melayu:
Ini kerja pemimpin melayu..orang melayu bodohkan melayu
melayu kena tipu...
melayu..melayu...malayalam!
sebab ada orng melayu tak ori...
sila baca puisi Usman Awang
melayu berasal dari mana....
ada yang kaki auta...bodek..bingai....tibai..
pendek kata macam-macam ada..
itulah melayu...
tenggelam dalam lubuk sendiri!







Besut: Penduduk bina rumah bawah tanah

Penduduk Pulau Perhentian tiada kawasan bina penempatan baru untuk anak, cucu

KUALA BESUT: Memang jarang kita dengar sebuah rumah didiami lebih 20 orang dari keluarga datuk, anak menantu dan cucu. Tetapi situasi orang tinggal berhimpit, sesak dan rumah bawah tanah adalah biasa bagi penduduk di Pulau Perhentian, Besut.

Bagi penduduk asal yang mendiami pulau peranginan itu, rumah papan yang majoritinya seluas 6 x 6 meter terpaksa mereka kongsi dengan beberapa ahli keluarga kerana tidak memiliki tanah untuk dijadikan tapak penempatan penduduk yang semakin berkembang.

Seorang pesara Pejabat Tanah Besut, Mohd Yusof Mohd Arif, 59, berkata dia terpaksa menggali tanah di bawah rumah untuk membina sebuah lagi unit rumah untuk keluarga anaknya.

"Saya menggali tanah sedalam 2.2 meter selama sebulan bersama anak lelaki untuk membina ruang kediaman mereka kerana jumlah keluarga saya sudah menjadi begitu ramai termasuk empat cucu," katanya yang turut mendapat sumbangan bahan binaan daripada penduduk termasuk, jiran berbangsa Cina.

Mohd Yusof berkata, seramai 16 orang duduk dalam rumahnya, termasuk tiga menantu berikutan peningkatan jumlah penduduk tetapi tidak dapat diikuti dengan tambahan perumahan.
RUMAH penduduk dibina di kawasan berbukit kerana tiada tempat sesuai untuk bina kediaman.

"Saya sudah membuat permohonan untuk mendapat tanah bagi membina rumah baru tetapi di pulau ini tidak ada kawasan baru lagi," katanya.

Seperti penduduk lain di pulau itu, katanya, dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang mengenai masa depan generasi akan datang yang semakin bertambah tetapi tiada ruang untuk perumahan baru.

"Jika kerajaan tidak datang membina perumahan bertingkat di kawasan ini segera, kami jangka sudah pasti ramai di kalangan penduduk pulau ini nanti terpaksa tidur di kawasan pantai kerana rumah yang ada tidak mampu menampung jumlah keluarga yang ramai," tambahnya.

Mohamad Musa, 60, turut menghadapi masalah yang sama kerana mempunyai bilangan keluarga seramai 20 orang termasuk termasuk enam cucu.
Seorang daripada anak saya terpaksa menyewa chalet, tetapi keadaan masih tidak selesa, justeru dia juga bercadang membina ruang bawah tanah untuk menampung jumlah keluarga yang ramai.

Mohamad yang menjalankan perniagaan kedai makan berkata, dia ada membuat permohonan untuk mendapat satu tapak rumah tahun lalu bagi membina rumah baru tetapi tidak mendapat kelulusan.

Sehubungan itu, katanya, jalan paling elok untuk menyelesaikan masalah perumahan di kawasan pulau itu ialah dengan membina kawasan perumahan bertingkat dengan turut mengambil kira keperluan penduduk pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zulkipli Ismail, berkata seramai 1,328 penduduk kini mendiami 250 rumah.

"Saya sudah membuat permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah Besut untuk mendapatkan tanah seluas dua hektar untuk dijadikan penempatan baru penduduk permintaan itu tidak disokong Jabatan Alam Sekitar," katanya.

Katanya, keperluan untuk penempatan baru di pulau itu sangat mendesak, justeru jika permohonan tanah itu diluluskan ia akan dapat mengurangkan kesesakan dan ketidakselesaan di sebahagian besar rumah penduduk yang didiami antara 15 hingga 20 orang dalam seunit rumah. - berita harian

Melayu:
Pulau perhentian ni kat negeri mana...
Aceh ke?.....
kesian.....kesian..kesian.....
ini bukan prijek bulan madu kedua kan?
kes ni mesti dah lama...tapi buat deg aje....
sampai beranak cucu....
sampai gali tanah buat rumah.....
jangan gali kubur sendiri sudahlah....



Rabu, 28 Oktober 2009

Bajet 2010: Ramai rakyat tidak setuju

98.1% responden tidak suka kepada bajet 2010 yang dibentangkan oleh PM Najib baru-baru ini. Dalam satu survey yang dibuat oleh laman web Mstar online setakat hari ini menunjukkan peratus responden tidak bersetuju dan  menyatakan bajet tersebut tidak prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat.

Melayu:
Kenapa?...tara percaya ke...

Selasa, 27 Oktober 2009

Katak oh katak kenapa panggil hujan


'Mengapa saya saja digelar katak?'



Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.
."Kenapa saya...kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera... tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno)," katanya.

"Saya pegang banyak jawatan juga - pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas - adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan 'ikan kaloi'?... tak ada ... Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?... tak ada...mana (ada)..

Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981. "saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain... ITM universiti, ITM universiti...

" peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir.

"Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip... Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya...," katanya.


Melayu:
Woi....Dia dah mengaku jadi katak....
dia bangga dengan ITM nya...
kalau tak kerana brahim pun ITM akan naik taraf univertsiti jugak...

katak dah panas hujan tak turun lagi...
tempurung dah pecah kena hempap sidebab
orang melayu tak kenang jasa dia...
mana mau pigi?
katak sedang  mencari tukun










Isnin, 26 Oktober 2009

Sebat Kartika jadi tanda tanya


Kedudukan hukuman sebat membabitkan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sebelum ini dijangka dilaksanakan selepas Aidilfitri, terus menjadi tanda tanya apabila Exco Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang ditanya perkara itu gagal menyatakan bila ia akan dilaksanakan.
Persoalan mengenai status pelaksanaan hukuman model sambilan itu turut gagal dijelaskan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan yang sebaliknya memberi jaminan ia tetap akan dilaksanakan.
Mohamad Sahfri yang merupakan Exco Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang pula berkata, beliau menyerahkan kepada mahkamah dan Jabatan Penjara untuk memutuskan bila hukuman sebat itu akan dilaksanakan.

Melayu :
Bila..bila...bila...bila...bila...?????
kaapan...kapan...kapan?????
When...when...when...????

Ahad, 25 Oktober 2009

Satu Malaya Terpedaya

Tiada bonus kerana pendapatan negara menyusut

IPOH . - Penjawat awam perlu faham kerajaan tidak dapat memberi bonus pada tahun ini kerana pendapatan negara menyusut sebanyak 8.4 peratus ekoran kemelesetan ekonomi dunia.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebarang perbelanjaan kerajaan termasuk bonus dibuat mengikut kemampuan pendapatan negara.

melayu:
Wa ka ka....satu Malaya terpedaya lagi.....
kata ekonomi negara bagus...cemerlang...baik...tiada masaalah..
kentut pun bau wangi!

Nik Aziz Tetap Mahu Muktamar Khas Walaupun Ada Yang Tolak

KOTA BAHARU-- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya  selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu.

Sambil menafikan bahawa cadangan itu dibuat kerana terpengaruh oleh individu tertentu dalam politik, Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata pimpinan tertinggi PAS akan membincangkan amanat Mursyidul Amnya itu berhubung cadangan mengadakan muktamar khas parti itu dalam masa terdekat ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz.



melayu:
Ya betul....Nyahkan pemimpin-pemimpin PAS yang plastik!
Jauhkan mereka...lontarkan mereka....tibai mereka....sisihkan mereka!
Biar mereka berpadu-padu sendiri....jangan bawa PAS hanyut bersama mereka...
Bersihkan PAS dari Virus gerombolan1...
Scan dan X ray hati budi pemimpin PAS disebalik Jubah, kacamata dan kopiah serban mereka.
PAS mesti tulen bersih dan sejati!!!


Mahathir setuju PAS perintah

Sebuah pemerintahan Islam perlu adil dalam semua

MELAKA: Sebuah pemerintahan yang cekap dan adil yang diterajui oleh orang Islam perlu bertunjangkan kepada nilai-nilai Islam iaitu adil dalam semua perkara, bersih daripada rasuah, menghormati undang-undang serta prihatin kepada semua kaum.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata justeru, mendirikan pemerintahan yang baik apabila berkuasa amatlah penting untuk menentukan Islam berkembang dengan baik dan mereka yang bukan Islam tidak menjauhkan diri daripada orang Islam.
"Percayalah jika kita dapat dirikan pemerintahan seperti ini (nilai-nilai Islam), banyak manafaat akan diperoleh antaranya kefahaman tentang ajaran Islam akan meningkat di samping masyarakat lebih bersedia menerima saranan pemerintahan," katanya ketika berucap di mesyuarat agung tahunan kebangsaan ke-48, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini..

 melayu:
 Ciri-ciri yang disebut kan oleh Mahathir  terdapat pada PAS
PAS untuk semua
PAS tiada rasuah
PAS tiada peminpim merajuk
PAS amanah
PAS berjuang untuk orang Melayu
PAS untuk kesejahteraan
PAS tiada menipu melayu
PAS tiada berkroni krona kronik krutu
PAS tiada perempit

HIDUP PAS ALLAHUAKBAR!

Sabtu, 24 Oktober 2009

Intipati bajet sulung Najib

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

Jumaat, 23 Oktober 2009

Isteri gersang

Isteri cari alternatif




KEPALA BATAS: Sikap dingin seorang suami menyebabkan isterinya terpaksa mencari alternatif lain untuk memenuhi tuntutan batinnya seperti pasangan suami isteri lain.

Malah, isteri berusia 34 tahun itu mendakwa terpaksa menanggung penderitaan batin sejak tujuh tahun lalu apabila suaminya sering mengelak untuk melakukan hubungan kelamin terutama selepas kelahiran anak kedua.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Liza itu mendakwa hubungan kelamin antara dia dan suami jarang berlaku.

Katanya, apabila dia mengajak suami bersama, pelbagai alasan diberikan antaranya letih dan tiada keinginan sebaliknya suaminya lebih suka memuaskan nafsu sendiri di bilik air dengan beronani.

nota:
Malam jumaat yang berlalu sepi.....
apalah jadah sisuami ini...
gersang siisteri stim sendiri
Batin tersiksa suami beronani
suami yang terputus wayar anunya......

Ibrahim Ali lagi!

Ibrahim Ali buat laporan polis terhadap Majlis Peguam
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat laporan polis berhubung borang kaji selidik yang dikeluarkan Majlis Peguam yang bertujuan menilai hakim-hakim di Malaysia.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers petang ini bagi meminta polis menjalankan siasatan segera kerana borang kaji selidik itu dikatakan boleh mempengaruhi soal pelantikan hakim.

Nota:
Siapa pulak yang nak dibodeknya kali ni....
dah habis modal ke...
Bawak berehatlah Pak Brahim...
tumpukan pada persidangan parlimen kali ni
apa yang awak lakukan untuk rakyat Pasir Mas..
perempit politik...

otak belacan.

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.

Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.


NOTA:
Pegawai kesihatan ini boleh naik pangkat...kerja yang cukup perihatin ..
demi menjaga kesihatan makan belacan tiga bungkus...
demi tak cukup protin jadi tensen....
Kenapa tak siasat budu?
Budu terlebih Protin.
Awas peniaga Belacan di Terengganu...kasi protin kaw-kaw kapal api
Jika tidak anda akan disaman. Orang kesihatan suka belacan.
Jangan jual tempe....terlebih protin dan mengalahkan botox





 

Khamis, 22 Oktober 2009

Ibrahim Ali tenat

Datuk Paduka Ibrahim Ali disarankan supaya menubuhkan parti sendiri.  Beliau yang menyimpan perasaan berahi pada umno dikhuatiri akan mengalami kemurungan  dan gundah gulana apabila kalangan Umno sendiri serba-salah untuk menerimanya kembali.  Ibrahim Ali dikatakan tiada berpendirian jelas  dalam menganggotai  parti politik.  Beliau  gemar  menukar baju politiknya. Walaupun pada dasarnya  Ibarahim Ali  tiada mengangotai mana-mana parti namun sokongan yang diperolehi pada PRK yang lalu adalah dari PAS.

Ibarat melepas anjing tersepit PAS sudah berpatah arang terhadap  Ibrahim Ali.  Ibarahim Ali memerlukan talian hayat untuk karier politiknya.  Keceluparannya mengutuk dan mencabar TG Nik Aziz  dianggap menderhaka. Dr. Mahathir yang merupakan idola Ibrahim Ali pun meminta beliau mencermin dan menilai diri pada satu kenyatan. Menurut Dr. Mahathir Ibarhim Ali   berpolitik  cara istimewa ?
Ibrahim Ali sudah tiada tempat mengadu. Hanya bermodalkan sebagai Ahli Parlimen  beliau boleh menjaja dirinya yang tidak laku. Berat!  Kemanakah hala tujunya. Orang Pasir Mas sendiri dikhabarkan terluka dengan sikap beliau.
Ibrahim Ali sudah tiada power, sudah weak...yang tinggal hanya power rangers! beliau tidak mempu memanggil hujan. Hujan tidak mahu menyirami Ibrahim lagi.
Letihlah nampaknya Ibrahim Ali. PKR pun tak nak berkawan, DAP apatah lagi. PPP barangkali .... Makhal Sakhti boleh juga...GERAK..bukan parti politik...PERKASA? dah memang jadi presiden..habistu mana nak pergi...
Satu  saranan bagi membantu Ibrahim Ali terus berkarier dan berpolitik  dan menghadapi PRK akan datang ialah dengan menubuhkan sebuah parti politi baru. Adalah dicadangkan parti tersebut diberi nama PERKASAM  mengambil nama sempena pertubuhan NGO yang diterajuinya
agar mudah popular dan mudah di ingat dan disebut dikalangan orang Melayu. PERKASAM juga memberi pelbagai makna dan tafsiran seperti (Pertubuhan Katak Satu Malaysia) .

Nota:
Parti ini juga nescaya akan mendapat sambutan gila-gila dari rakyat jelata. Mereka yang suka makan asam, buat asam, kurang asam, banyak asam boleh menyertai nya. Ahli-ahli politik  bebas dan tak bebas mungkin berminat menyertainya seperti Ossman Jailu, Jamaludin Radzi, Mat Ezam  dan lain-lain lagi.

Rabu, 21 Oktober 2009

puisi cinta rindu dendam asmara hangguk untuk osman jailu dan jamaluddin M.Radzi

kalau ada sumur diladang
boleh kita bogel berdiri
kalau ada amoi telanjang
boleh kita menibai lagi
jamal misai osman yang gersang
nafsu membuak bukan kepalang
amoi putih memang berahi
lupakan bini....taji...taji...taji.....
 Jadi pengkhianat seantero bangsa
memang bangsat mereka berdua
melayu tak guna
iman pun taada
 jadi pemimpin macam celaka
harap-harap masuk neraka
jahanamlah  kome
Pengundi ditipu buta-buta
untuk kepentingan diri rupenye
 ate tak ngaku buat dosa
buat malu orang perak gamaknye.





Ibrahim patut nilai diri- Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali boleh menilai diri sendiri sama ada layak untuk menyertai semula UMNO.

nota:
Tk reeti-reti...tak faham..faham..
buat parti sendiri la...
Cadangan nama parti PERKASAM

Selasa, 20 Oktober 2009

Kerajaan Mungkin Tanggung Kos Kerugian RM1.14 Bilion Projek Landasan Berkembar Elektrik

Kerajaan Mungkin Tanggung Kos Kerugian RM1.14 Bilion Projek Landasan Berkembar Elektrik
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian RM1.14 bilion kos kerugian, dianggarkan bagi projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh, yang tidak diuruskan dengan baik.

Pengauditan yang dijalankan antara Ogos 2008 hingga Jan 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu seperti kelewatan projek disiapkan menyebabkan kos projek meningkat, peralatan dibeli melebihi keperluan serta perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur menyebabkan infrastruktur yang dibangunkan tidak dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan.

"Projek ini tidak diuruskan dengan baik menyebabkan objektif pelaksanaannya tidak dapat dicapai seperti mana yang dirancang," menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang diedarkan di sini.

Laporan itu berpendapat Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pengurus projek iaitu Syarikat Kinta Samudera-Opus Consortium (KS-Opus) yang didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan melaporkan kepada Kementerian Kewangan supaya perkhidmatannya dapat ditamatkan selaras dengan syarat kontrak.

"Berdasarkan maklumbalas yang dikemukakan oleh Kementerian (Pengangkutan), didapati prestasi kerja KS-Opus adalah kurang memuaskan. Mengikut kementerian, syarikat ini gagal melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya seperti mana yang ditetapkan dalam kontrak," katanya.

Bagaimanapun pihak audit tidak mendapat sebarang bukti yang menunjukkan Kementerian Pengangkutan telah membuat teguran tentang pengurusan projek itu kepada Kementerian Kewangan dan tiada bukti menunjukkan Kementerian Pengangkutan menyediakan laporan suku tahun berhubung pengurusan projek seperti mana yang disyaratkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2006.

Selain itu, laporan berkenaan mendapati keseluruhan jumlah itu mungkin tidak dapat dituntut daripada DRB-Hicom Berhad yang merupakan kontraktor asal projek berikutan syarat kontrak hanya sebanyak 10 peratus daripada nilai kontrak iaitu RM257.99 juta sahaja liabiliti maksimum yang boleh dituntut.

DRB-Hicom tidak dapat menyiapkan Pakej Infrastruktur pada 10 Dis 2003 dengan kemajuan kerja pada ketika itu adalah 76.8 peratus sahaja dan Kementerian Pengangkutan menamatkan kontrak DRB-Hicom pada 5 Ogos 2005.

"Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengenakan Liquidated Ascertained Damages (LAD) berjumlah RM80.88 juta juta (RM164,727 sehari) terhadap DRB-Hicom kerana kegagalannya menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Kegagalan DRB-Hicom itu menyebabkan kerajaan terpaksa melantik kontraktor penyelamat untuk menyiapkan baki 22.4 peratus kerja yang belum disiapkan dengan melantik UEM Construction Sdn Bhd (UEMC) sebagai kontraktor utama melalui rundingan terus dengan harga kontrak ditetapkan secara tambahan kos bernilai RM772.05 juta pada Jun 2005.

Sehingga Disember 2008, sejumlah RM5.77 bilion dibelanjakan untuk melaksanakan projek ini dengan jumlah perbelanjaan RM1.43 bilion (32.9 peratus) lebih tinggi daripada nilai kontrak asal projek berjumlah RM4.34 bilion.

Mengenai kualiti kerja, laporan itu menyebut kualiti pembinaan stesen secara umumnya adalah memuaskan kecuali reka bentuk bumbung jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara dua platform di Stesen Tanjung Malim didapati kurang sesuai kerana terlalu tinggi dan menyebabkan tempias apabila hujan.

Laporan itu turut menyatakan perkhidmatan tren antara bandar KL Sentral dan Ipoh dimulakan pada Disember 2008 menggunakan tren diesel walaupun sepatutnya tren elektrik digunakan.

"Peruntukan untuk membeli enam Electric Train Set (ETS) berjumlah RM240 juta dipohon semasa Rancangan Malaysia Kelapan, namun hanya RM20 juta diluluskan dan peruntukan ini tidak mencukupi untuk membeli enam ETS. Hanya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM249.6 juta diluluskan untuk membeli ETS tersebut," menurut laporan itu.

Mengenai 10 Automatic Fare Collection System (AFCS) yang bernilai RM54.43 juta, laporan itu menyatakan hanya lima stesen di Serendah, Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Baru dan Tanjung Malim yang dipasang AFCS dan selebihnya disimpan di stor di Kuala Kubu Baru, Behrang dan Slim River.

"Kelemahan merancang dan kegagalan menyelaraskan perolehan AFCS dengan keperluan sebenar menyebabkan berlaku lebihan perolehan lima set bernilai RM27.22 juta. Sekiranya peralatan ini berterusan tidak digunakan, ia merupakan satu pembaziran," menurut laporan itu.

Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh sepanjang 179km bagi membolehkan penggunaan keretapi dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam melibatkan nilai kontrak berjumlah RM4.34 bilion.


Perbezaan Besar Harga Pembelian Peralatan Bagi ILP, Kata Ketua Audit

Seunit alat 'pole platform' yang dibekalkan oleh sebuah syarikat kepada Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Miri di Sarawak berharga RM30,510 manakala alat yang sama dibeli oleh ILP Sandakan dan ILP Kepala Batas masing-masing pada harga RM1,600 dan RM1,240.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kos pembelian peralatan itu jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan harga yang ditetapkan dalam kontrak pembekalan alat yang sama kepada ILP menunjukkan perbezaan yang ketara.

Ini adalah antara kelemahan ketara yang dikenalpasti oleh Jabatan Audit Negara dalam pengurusan peralatan di tiga institusi latihan iaitu ILP, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia.

Menurut laporan itu yang dikeluarkan di sini hari ini, kesemua institusi latihan itu di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Laporan itu juga menyebut harga yang ditawarkan oleh pembekal tidak disemak dengan teliti menyebabkan harga peralatan yang sama berbeza dengan ketara di antara ILP.

Laporan itu menyebut perolehan peralatan oleh kementerian itu termasuk beberapa peralatan bernilai RM3.66 juta yang dibekalkan antara 2001 dan 2006 masih tidak digunakan.

Misalnya, laporan itu berkata sembilan jenis peralatan bernilai RM1.42 juta yang dibekalkan kepada ILP Kota Samarahan, Sarawak, antara 2001 dan 2004 bagi kursus fabrikasi logam dan kursus juru elektrik tahap III masih belum digunakan hingga akhir tahun lepas.

Katanya ia adalah kerana kursus itu hanya akan dijalankan awal tahun ini.

Peralatan tersebut termasuk lima unit Micro Plasma Welding Machine yang bernilai RM93,160 seunit dan satu unit CNC Turret Punch Press bernilai RM593,527.

Laporan itu berkata keadaan ini boleh menyebabkan peralatan tersebut terdedah kepada risiko kerosakan dan kos pembaikan dan penggantiannya perlu ditanggung oleh kementerian berkenaan memandangkan tempoh jaminan peralatan itu telah pun tamat.

Laporan itu turut menyentuh nilai kontrak bagi membekalkan peralatan ke ILP Kuala Langat yang bernilai RM61.49 juta di mana nilainya antara 36.6 hingga 53.7 peratus lebih tinggi daripada harga siling projek itu yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Selain itu, laporan itu mendedahkan masalah ILP yang sama dikesan dengan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Misalnya, Kolej Komuniti Kuala Langat menyewa peralatan bagi kursus teknologi elektrik dengan harga sewaan RM137,473 untuk menjalankan teknik penilaian dalam kelas.

Bagaimanapun, peralataan yang disewa itu antara Mac tahun lepas hingga Februari lepas tidak disenaraikan dalam perolehan peralatan kursus.

Dalam pada itu, di Kolej Komuniti Tawau, Sabah, terdapat 10 jenis peralatan bernilai RM494,518 untuk kursus diploma automatif yang diterima sejak 2002 dan 2004 tetapi masih tidak digunakan kerana kursus itu belum dilaksanakan, katanya.

-- BERNAMA

Nota:
Tak habis-habis merembat...lanun gondol!

Penyelewengan Dalam Penggunaan Kenderaan Milik Kerajaan Negeri

Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga buah negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Penyelewengan itu melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

"Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

"Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi," menurut laporan itu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan tersebut.

Dalam pada itu di negeri Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.

"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat penjual tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus sahaja untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.

Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.

Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

Masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan yang bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.

Penyiasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," menurut laporan itu.

-- BERNAMA

Nota :
Ini kerja kerajaan bahlul mana....tak habis-habis nak perdaya rakyat

Isnin, 19 Oktober 2009

Ibrahim katak tersepit

'Elak pisang berbuah dua kali'

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".
Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya, lapor Bernama.

Nota:
Katak ni disarankan buat parti sendiri...orang sana sini dah jijik dengan katak pisang


Ahad, 18 Oktober 2009

Kisah benar-Terbongkar penyanyi asli katak sikatak lompat


Ibrahim Ali timbang sertai semula Umno

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno  

Ibrahim yang menjadi anggota Umno pada 1981 dilucutkan keahlian pada 2004 kerana bertanding pada Pilihan Raya Umum 2004 atas tiket bebas, berkata beliau tidak pernah menjadi ahli Pas.-Berita harian

Nota:

Sila umumkan dan war-warkan inilah penyanyi asli

katak-sikatak lompat. Jangan cuba copyright.


Sabtu, 17 Oktober 2009

Zaid Ibrahim tinggalkan PKR?




Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.
Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.
Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.
dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.



Nota:
Apa sudah jadi PKR....Azmin makin menyengat..

Khamis, 15 Oktober 2009

kuatkan prestasi tenaga batin

Biarpun dicaci, Bonda sudah rawat lebih 1,000 lelaki lemah seks



Hari ini dalam usia 60 tahun, Bonda nyata bukan calang-calang tukang urut dan mungkin bomoh wanita tunggal di Malaysia.
Beliau hingga kini telah memulihkan lebih 1,000 zakar lelaki bermasalah termasuk kes mati pucuk kronik yang gagal dirawat pakar perubatan moden.
“Wanita biasa barangkali akan malu tetapi Bonda rasa sebaliknya. Tugas ini Bonda buat demi membantu masyarakat dan bukan untuk memuaskan nafsu seks.
bicaranya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai Bonda ketika ditemui di rumahnya di Bachang, MelakaBonda ialah graduan bidang kaji saraf dan seksologi dari sebuah sekolah perubatan ternama di Jakarta, Indonesia pada awal 1980-an.
Cara kerja Bonda juga profesional malah Bonda membuat ‘perjanjian’ tidak sekali-kali jatuh cinta dengan pesakit biar macam mana hebat sekalipun zakar mereka,” selorohnya.
Bagi keselesaan klien, Bonda tidak menetapkan waktu khusus untuk rawatan malah kadar bayaran juga boleh dirunding.
Bonda memang amat teliti dan tidak kekok membetulkan balik urat pada kerandung zakar jika alat kelamin itu didapati bengkok beberapa darjah tanpa pelanggan itu berasa sakit atau terangsang nafsu.
Justeru, beliau melahirkan kebimbangan mengenai trend onani di kalangan generasi muda kerana berdasarkan pengalaman ketika memulihkan zakar ribuan pesakit itu ia menunjukkan 80 peratus remaja mengalami masalah mati pucuk kerana gemar melancap.

Selasa, 13 Oktober 2009

Warga malaysia yang hilang akal

LONDON  - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang 'mengoyakkan' pasport mereka dan berlepas ke Britain dengan kepercayaan mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara tersebut di bawah undang-undang kolonial yang aneh, mendapati diri mereka sekarang tidak mempunyai negara dan terdesak.
Satu klausa undang-undang memberikan penduduk Pulau Pinang dan Melaka status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC) apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Etnik Cina di dua negeri itu yang juga sebahagian tanah jajahan Britain di Tanah Melayu atau Malaya, yang sentiasa berhati-hati terhadap diskriminasi di bawah sebuah negara yang didominasi masyarakat Melayu Islam, diberi jaminan mereka boleh mengambil jalan keluar dengan menetap di Britain.
Aktivis imigrasi berkata, ratusan rakyat Malaysia memohon hak kerakyatan Britain, kebanyakannya diberi hak tersebut selepas menetap di Britain lebih lima tahun dalam tahun 1980-an dan 1990-an.
Undang-undang imigresen telah diperketat pada 2002, menyaksikan tamatnya polisi membenarkan rakyat Malaysia dengan status BOC untuk mendaftar sebagai warga Britain.
Namun, keliru dengan perubahan tersebut, ditambah dengan sikap tidak jujur peguam yang mencari keuntungan semata-mata, membuatkan ramai rakyat Malaysia terus membuat permohonan.
Apa yang membuatkan situasi bertambah buruk, kerajaan Britain masih menganggap kami rakyat Malaysia, sedangkan Malaysia menyatakan kami bukan lagi rakyatnya. Ini tidak masuk akal.-AFP

Toyol

Seorang kerani yang buntu dengan misteri kehilangan wang di rumahnya sejak tiga tahun lalu kini mendapat semangat baru apabila ramai pihak tampil memberi nasihat kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Rashidah Shaari berkata, kehilangan duit yang sering berlaku di rumahnya di Taman Sri Putra,Kedah.
Menurutnya, duit yang disimpan di rumahnya sering hilang dan dipercayai dicuri oleh 'toyol' dan kejadian misteri itu berterusan menghantui keluarganya sejak 2006 sehingga hari ini.
Rashidah juga tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana takut dianggap mereka-reka cerita kerana tiada kesan pecah rumah di rumahnya setiap kali duitnya hilang.-Utusan Malaysia

Nota:
Ini cerita ori pasal toyol....
Jangan ketawa....kerana ini adalah budaya melayu....
pernah dengar cerita..cina..india hilang duit dicuri toyol?...
Toyol tak berani curi duit kat Genting...
toyol tak berani curi duit kat bank...
melayu suka bela toyol...
melayu suka sedut harta karun....
melayu suka sedut duit karun...
melayu..melayu...

Sabtu, 10 Oktober 2009

aziz pukul diri sendiri


Azeez ketua putera rempit umno memukul diri sendiri. Melalui rakaman video di You Tube bertajuk PRK N31 Bagan Pinang - Azeez Kene Pukul  menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku pada hari tersebut.

Nota:
Apa cerita ni Azeez.....
bapok mana pulak yang pukul hang...
rumusan yang paling popular...
azeez pukul diri sendirilah kan..
alahai lawak azeez ni kurang mantop...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Bapok dan pondan berleluasa di Bagan Pinang Pelabuhan Dickson Negeri 9.




AWAS! (gambar menunjukkan angkara bapok dan  kerja pondan yang stim naik minyak) -

Bapok.....pondan  berleluasa...dibagan pinang...
Siapa?.....makhluk-makhluk yang tiada telur...
macamana nak kenal?....anu disorokkan...
nak tau lagi?...Yang bercakap berdegar-degar tapi habuk tarak..
Lagi?....Suka jilat bontot.....
Lagi..lagi...suka hentam keromo....
cakap tak serupa bikin...janji manismu......
lagi....suka bersumpah....
macam-macam karektor pondan dan bapok ni
Bapok paling bahaya ...suka diliwat....
Bapok pantang jumpa mikrofon....nafsu syahwat memuncak!
Carilah...boleh jumpa punya....

Rabu, 7 Oktober 2009

Syok sendiri


Selepas empat hari berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad optimis gelombang pengundi akan berpihak kepadanya.
‘‘Saya sudah masuk estet dan bertemu peniaga Cina.‘‘Itu cara saya dekati pengundi." ujar beliau.
‘‘Jadi mereka korek isu saya orang Melaka. Betul saya lahir di Melaka,’’ kata Mohd. Isa.

nota:  Orang tempatan? Ini pun pendatang jugak...syok sendiri  konfiden dah..

Bekas Tentera Dinasihat Tukar Status Kepada Pengundi Biasa

Semua anggota tentera yang tamat perkhidmatan dinasihatkan menukar status daripada pengundi pos kepada pengundi biasa.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata ramai daripada bekas anggota tentera didapati tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan.-bernama

Selasa, 6 Oktober 2009

Jabatan Meteorologi Nafi Keluar SMS Taufan Parma

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Selasa menafikan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar luas menyatakan satu ribut kuat akan melanda Malaysia malam ini, ekoran ramalan cuaca mengenai Taufan Parma akan melanda Filipina lewat malam Selasa.

Pegawai bertugas Jabatan Meteorologi ketika dihubungi Bernama berkata SMS itu, yang mendakwa taufan berkelajuan 222km/j akan melanda adalah satu khabar angin dan menasihati orang ramai supaya tidak panik.

SMS itu turut meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berada di jalanan malam ini.Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran kategori pertama mengenai angin kuat dan laut bergelora dengan angin barat daya berkelajuan 40-50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Phuket dan Samui di Thailand, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sabah akan berterusan sehingga Jumaat.



-- BERNAMA

Lagi-lagi macamtu jugak...sampai ke-tua lah...

Hospital kerajaan - semua rakyat tahu harus diberi perhatian dari segi perkhidmatan.
Lembab! dan menyakitkan hati!
dari mula khidmat kaunter pendaftaran sampai ambil ubat.... memboringkan menyampahdan menjengkelkan..
Bukan salah orang yang bekerja..tak salah...mereka ok...
cuma sistem yang ketinggalan zaman..tak efisen ..
yang paling membuang masa kaunter pendaftaran.. nak tahu cubalah pergi hospital gomen...
alamilah sesuatu yang menyeronokkan! yang baru nak gila boleh gila babi.. yang nak bersalin..belum sempat masuk wad dah terbarai kat trolley...yang nyawa ada separuh jalan boleh terus mampus!...
itu hospital..kalu klinik desa...(ibu mengandung) lagilah  haru...
datang pagi 7.30 sampai jam 12 apapun tarak..menunggu dan menunggu...kalau nak cek darah..kena datang lagi jam 2 petang...seharian masa dihabiskan di situ..yang sepatutnya hanya mengambil masa paling lama 2 jam..
gomen..gomen ..nak cakap macamna lagi...

nota:
Alahai...itulah nasib apabila jadi rakyat yang digoblokkan oleh pemerintah yang jelek!
berbilion boleh dilebur untuk naik angkasa..jadi pelancung angkasa..supaya anak-anak jadi mat jenin jadi angkasawan!
rakyat yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan biarkan terus mampus! kerana tak mampu nak keklinik swasta yang menyediakan perkhidmatan lebih sempurna...

E-mail Kerajaan N.Selangor untuk apa?

Pernahkah anda cuba menghantar e-mail kepada mana-mana exco/ adun kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat)? Malahan cuba juga hantar  email kepada MB Selangor Tan Sri Khalid?  Aduan/ permasaalan cuba kemukakan. Kalau nak telefon/SMS  lagilah jangan harap nak jawab. PA pun boleh tak berjawab.  Anda pasti berpuasti hati kerana anda hanya akan terlopong menunggu jawapan.... walaupun adakalanya ia memerlukan sesuatu tindakan yang segera. setelah pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi masaalah anda...
penulis (melayu) dan beberapa teman   telah mengalami keadaan ini.
Untuk apa rakyat diwar-warkan membuat pengaduan terus melalui e-mail yang diwartakan?  Apakah kerajaan pakatan sekarang 2x5 sama saja serupa dengan BN. Tak mustahilkan sebab mereka juga bekas orang UMNO. Atitude sama... parti berbeza..... kalau tak percaya boleh lah cuba.....tapi jangan membuat aduan yang pelik-pelik atau remeh temeh...aduan haruslah perkara yang serius dan memerlukan tindakan segera. Mungkin dari segi lain (hal yang popular) Kerajaan Pakatan bertindak baik dan segera...tapi aduan masaalah rakyat hanya sekadar sebagai dicatat....atau pandang sebelah mata atau terus tak pandang!
Pemberian sumbangan wang untuk hari-raya kepada warga emas juga khabarnya ramai yang trercicir...wallhualam...

Isnin, 5 Oktober 2009

Lebih 70 Peratus PBT Tidak Jalankan Tugas Dengan Efisien

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Mengikut statistik Biro Pengaduan Awam (BPA), lebih 70 peratus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara gagal menjalankan tugas masing-masing secara efisien, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah, Isnin.

Katanya, kegagalan untuk melaksanakan tugas seperti penyelenggaraan parit dan longkang, jalan berlubang, pembuangan sampah dan pemotongan rumput, dikhuatiri akan memberikan impak yang besar kepada kerajaan.

nota:
atitude kerja orang gomen memang mcam tu nak heran apa...

Kereta perisai baru ganti condor, Sibmas


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedang mengkaji pembelian kereta perisai baru untuk menggantikan Condor dan Sibmas yang kini digunakan oleh tentera Malaysia di Lebanon.


"Sekarang ini, APC kita adalah 6x6 (jenis Sibmas) oleh kerana ini adalah merupakan peralatan keselamatan maka adalah munasabah ianya tidak dibuat secara tender terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-56 PBTM hari ini. -bernama


nota:

dua tiga kucing berlari....
manakan sama sikucing belang....
dua-dua lebih kurang sama.....

Syarikat rayu keputusan mahkamah tolak saman RM218 juta terhadap UMNO

KUALA LUMPUR 5 Okt.— Sebuah syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM218 oleh syarikat itu terhadap UMNO berhubung bekalan barangan semasa pilihan raya umum 2004. di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas melalui Tetuan Termizi & Co.
Syarikat itu mendakwa ia mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi UMNO gagal menjelaskannya.-Bernama 

Nota:
Syarikat ni siapa punya?.....
main silap mata nanti bute...

Raja lawak semakin popular

Abdul Azez  putera rempit Umno meraih populariti dan menduduki carta teratas setakat ini sebagai raja lawak popular mengalahkan populariti calon Umno Mat Isa yang bertanding di pilihanraya dewan undangan Negeri 9.

Keberkesanan lawaknya menjadi perhatian semua pihak hingga meneggelamkan kempen Mohd Isa. Tan Sri Isa Samad dikatakan terpaksa masuk ke Estet di sua betong dahulu untuk meminta restu abang adiknya disana selain memberi laluan kepada Abdul Azez untuk glamour dahulu.

nota:
kah...kah..kah...mari ketawa sampai pecah perut!
Mat Isa kena pakai tumit tinggi dari terus dibayangi oleh sidebab ni....

Ahad, 4 Oktober 2009

Isa masuk estet




Sebaik sahaja diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semalam, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terus masuk ke estet untuk menemui pengundi India di Sua Betong, di sini malam tadi.
Mohd. Isa dalam ucapannya berkata, hubungan beliau dengan masyarakat India di situ, ibarat `abang dan adik' .

Nota:
Ayoyo...isa sudah masuk estet....
apasal masuk estet...
tarak jumpa felda....

Minah langgar



ALOR STAR: “Tak nak urut ke? Masuklah...kalau nak urut bolehlah masuk, lagipun pagi-pagi ni orang tak ramai,” pujuk seorang gadis tukang gunting ‘istimewa’ di sebuah premis di bangunan lama di Jalan Langgar, di sini.
pelanggan dikenakan bayaran RM10 manakala mereka yang mahu diurut pula dikenakan RM30, tetapi jika mahukan ‘urut kasih sayang’ bayarannya RM50.
Siasatan mendapati setiap kedai gunting dikendalikan beberapa wanita berusia 20-an hingga 30-an dan apa yang menyedihkan, kebanyakannya berbangsa Melayu.
Menyedihkan apabila tindakan sebahagian pekerja gunting rambut itu seperti pelacur murahan dengan menarik tangan lelaki yang lalu-lalang di bangunan itu dengan secara terbuka mengajak mendapatkan perkhidmatan tambahan seks seperti urut batin.-Mymetro


nota:
Ni kat mana ni...kedah ka?
aduh...awat lagu tu...la...tuk zizan terle...pas pandang ka...
gadis melayu tu...islam kan.... muslim kan...
kalut..kalut....

hancok!...hancok!

Terrengganu kena sumpahan Raja malapetaka

Kerteh: Bumbung masjid runtuh, seorang parah


Seorang buruh cedera parah manakala dua rakannya mengalami cedera ringan apabila struktur bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih dekat sini yang sedang dibaiki runtuh pagi semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Putih, Aziz Idris, 54, berkata masjid yang mula dibina pada tahun 2006 itu berharga RM2.1 juta dan baru sahaja digunakan bulan November tahun lalu.
masjid berkenaan tidak dapat dimasuki dari pintu depan apabila hampir keseluruhan bumbung hadapan masjid itu runtuh, manakala bumbung di ruang sembahyang berhampiran pintu masuk juga rosak. - Bernama  


nota:
kerteh dimana?....ganu  ke!
uh..guano weh...ganu...ganu...
Wei...trengganu kena gempa bumi woi...
runtuh belake!....
stadium...lapangan terbang...masjid.....
baru guna dah runtuh!..tak guna betul wei...
istana jangan bagi runtuh wei!
Woi projek sape wei...
melayu....melayu...punya.kan?....bukan siam...bukan....bukan....
bangla pun bukan...Vietnam..Mynmar...indon...bukan juga...
penyu yang tak de telur punya!!!....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Projek I-Sharp Bernilai RM200 Juta Bakal Ubah Wajah Setiu

Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu atau lebih dikenali sebagai "Integrated Shrimp Aquaculture Park (i-SHARP) yang bernilai RM200 juta bakal mengubah wajah Setiu, sebuah perkampungan nelayan terpencil, menjadi ladang udang berintegrasi terbesar di Malaysia.
Projek i-SHARP yang akan mula beroperasi pada hujung tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Blue Archipelago Bhd (Blue Archipelago), Dr Shahridan Faiez berkata projek penternakan udang kawasan seluas 1,200 hektar yang asalnya hutan gelam milik kerajaan negeri itu akan dijalankan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama dimulakan di tapak seluas 400 hektar.
-Bernama

nota:
Fuyo.... baik punya  projek adik beradik kerpan.
Melayu kaya...melayu kaya....
Ada lagi tak tanah kerajaan kat Setiu  untuk dipohon buat projek
budu...siap makmal dan kolam bilis....
mana hutan simpan yang penuh pokok ketum boleh di pohon kut.....

Hancur badan kandung tanah.

Indonesians pass a collapsed building Saturday, Oct. 3, 2009 in the Sumatran Island city of Padang, Indonesia,-
Setidaknya empat desa di Indonesia itu dihancurkan oleh gempa-dipicu akibat tanah runtuh yang terkubur sebanyak 644 orang,
Jika semua sudah disahkan meninggal 644 - sebagaimana yang mungkin - jumlah korban tewas dalam bencana akan melompat ke lebih dari 1.300
PBB mengatakan dalam laporannya bahawa lebih dari 1,1 juta orang tinggal dalam 10 kabupaten terkena gempa. Dikatakan 10,00 rumah ambruk, 19 kemudahan awam rosak teruk, 50 sekolah hancur dan lebih daripada 80 masjid rosak teruk..-AP

berita geli - Melayu meroyan nak buat filem

Mansor perlu RM170 juta


 

DALAM dunia perfileman, nama Mansor Puteh dikenali ramai sebagai seorang pengkritik .Selain mengkritik, beliau yang pernah mengarah sebuah filem berjudul Seman pada 1988 juga tidak pernah lupa untuk mengarahkan filem terbarunya selepas 21 tahun tidak terbabit dalam bidang tersebut.

The Malay Prince merupakan judul filem yang ingin diarahkannya dan ia berkisar mengenai sejarah hidup Bapa Kemerdekaan Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Mansor memerlukan kos sehingga AS$50 juta (RM170 juta) untuk menghasilkan filem berkenaan.

 

nota: 

huha hu ha.... lawak....lawak.... ini lagi satu  berita geli geleman..

mamat ni siapa? steven spielberg melayu... ha ha ha hah..

bikin satu filem dulu (Seman) hancurs!.. pecah punggung..tak laku!

tak reti-reti ke orang melayu tak layan filem sejarah.... sejarah yang banyak penipuan!

bollywood ke...cinta cintun ke.. car drift ke...rosyam nor castelo ke...layan lah...

meroyan betul bajet sampai 170 juta....

bagi  melayu afrika nonton pakai usd beli tiket!

atau boleh contohi filem pasir Salak arahan Jins Samsudin yang berada di arkib ketuanan Melayu. 

Macamana Finas boleh terpedaya dengan mamat ni pun tak taulah...menaja

dokumentari arahannya yang berkisar hidup Tunku Abdul Rahman berjudul The Residency Years: Tunku Abdul Rahman macam student akademi baru belajar mengarah.




Jumaat, 2 Oktober 2009

berita bergambar hari ini

Beberapa penduduk berjalan di kawasan yang mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia hari ini. Gempa kedua sekuat 6.8 magnitud berlaku lagi hari ini selepas gempa dengan kekuatan 7.6 magnitud menggegarkan wilayah itu petang semalam. - AP


SEBAHAGIAN ahli keluarga Noordin Mat Top sedang menunggu jenazah Noordin Mat Top di rumahnya Kampung Melayu, Pontian semalam.


Jenazah Noordin Mohd Top telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 pada pukul 11.10 waktu tempatan dengan diiringi tiga anggota keluarganya yang sebelum itu sempat meminta maaf kepada rakyat Indonesia yang pernah terkena kesan tindakan penjenayah itu. Jenazah yang diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1 tengah hari.

Bajet 2010: PM pelawa rakyat bagi idea dan cadangan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput rakyat memberikan idea dan cadangan untuk Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober.
"Digalakan oleh banyak respon dan komen, saya terima sebelum ini melalui laman web, sekali lagi saya minta cadangan anda minggu ini mengenai langkahlangkah dan insentifinsentif yang mungkin dimasukkan dalam bajet.
"Cadangan hendaklah spesifik dan fokus mengenai bagaimana kita boleh bergerak untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan juga memberikan enam NKRA," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam blognya www.1malaysia.com.my.
Bajet 2010 ialah bajet sulung Najib setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April tahun ini.
Mengenai ekonomi Malaysia, Najib berkata "kita telah jauh meninggalkan ekonomi yang bersandarkan pertanian dan komoditi, yang telah menghasilkan ekonomi pendapatan pertengahan atasan yang dinamik hari ini."

--Bernama

Raja Lawak di Pesta P.D

Saksikan Pertandingan Raja Lawak  di Pesta P.D. Kali ini lokasi nya di Bagan Pinang.
Silalah saksikan pelbagai kelucuan  dan temberang Raja-raja lawak ini.
Bagi memilih raja lawak terbaik boleh mengirim undi Pos. SMS tidak dilayan kerana teknoloji ini
belum diaktifkan. Raja-raja lawak ini terdiri  dari Orang-orang Melayu yang akan membuat lawak bodoh
dan lawak codet. Peminat dan pengikut raja lawak boleh turut serta melawak samada secara brutal atau
berhemah. Boleh juga ikut cara Ibrahim Pendek melawak dengan melontar buah dadu saperti dalam Filem P.Ramlee....lihat siapa yang kena...katabual popular!

Khamis, 1 Oktober 2009

Program Baru Latih Graduan Dan Penganggur Sedang Dibincang


Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mewujudkan program baru bagi melatih graduan dan penganggur, kata Menteri berkenaan Datuk Dr S. Subramaniam.
-Bernama

nota:
Bincang dan rancang sehingga anggur berbuah naga!
untuk menyemakkan lagi kepala otak adalah dicanangkan bahwasanya
graduan dan penganggur hampir 100% orang melayu.
Keluar IPT kunonnya cerdik..otak berkarat akhirnya jadi goblok.
merekacipta skim cepat kaya