Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 4 Mei 2010

Dewan Negara Tolak Usul Bahas Isu Aminulrashid


 Dewan Negara pada Selasa menolak usul Senator Dr S. Ramakrishnan bagi membincangkan tragedi remaja yang ditembak polis, Aminulrashid Amzah, 15, di Shah Alam, Selangor pada 26 April lepas.

Speaker Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata usul yang dikemukakan mengikut peraturan Mesyuarat 17 (1) berkenaan ditolak kerana ia perkara yang tidak perlu disegerakan dan masih dalam siasatan polis.

"Setelah meneliti inti pati dengan terperinci usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu, saya berpendapat usul yang dibawa oleh Yang Berhormat itu adalah satu perkara tertentu.

"Usul yang dibawa itu ada tiga inti pati iaitu satu perkara tertentu, boleh diterima, berkepentingan ramai, boleh diterima namun saya berpendapat ia tidak perlu disegerakan untuk menangguhkan dewan," katanya.

Beliau berkata alasan bagi penolakan usul tersebut dibuat berikutan, pertama, kes tersebut masih dalam penyiasatan secara terperinci oleh polis dan polis telah menubuhkan unit penyiasat dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan adil.

"Kedua, Kementerian Dalam Negeri juga sendiri telah menubuh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk memantau kes berkenaan tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan perkara-perkara lain.

"Ketiga, kerajaan juga memandang serius kejadian berkenaan di mana jemaah menteri turut menzahirkan rasa simpati ke atas kejadian malang yang menimpa adik Aminulrashid itu. Oleh perkara ini tidak perlu disegerakan, mengikut peraturan Mesyuarat 17 (2), saya menolak usul yang dikemukakan Yang Berhormat itu," katanya.

Aminulrashid yang mati ditembak didakwa cuba merempuh polis dalam kejadian pada Isnin minggu lepas itu.

-- BERNAMA