Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 8 Mac 2012

Peguam Umno dapat projek lebuhraya RM2.2bilion - TPM Muhyidin

 Peguam Umno Hafarizam dianugerahkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

KL dilanda banjir kilat

“Membonceng motosikal untuk  menziarah 34 keluarga mangsa banjir lumpur di Jalan Pinang dan Jalan Kempas, Kampung Melayu Ampang akibat hujan lebat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa  Mohamed Azmin Ali menulis di twitter awal pagi ini.Beliau juga melawat Taman Bukit Mulia dan memantau kerja pembersihan tanah runtuh di Ukay Perdana yang dijalankan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan bomba.Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula menziarah  mangsa banjir lumpur Ampang di Lembah Jaya Utara dan sempat beramah mesra dengan mereka.
“Alhamdulillah, selesai lawatan. Mangsa-mangsa banjir menunjukkan kesabaran dan iman yang tinggi. Semoga diberi pahala dan diganti dengan yang lebih baik. Amin” tulisnya di twitter jam 2 pagi.

Kuala Lumpur dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat tidak henti sejak petang, menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.
Masalah itu sudah menghantui penduduk ibu negara sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian konkrit dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Bernama pula melaporkan Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.

Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.

"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya.

Jurucakap itu berkata tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang dalam kejadian 9 malam itu.

Tinjauan juga mendapati berlaku gelinciran tanah di kawasan tinggi namun pergerakan tanah tidak menjejaskan kawasan apartmen berkenaan.

Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.

Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.

Di ampang, hampir 400 penduduk dari dua kampung dipindahkan malam semalam apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.

Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

MB Pahang akal pendek dan akan buat gila

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila.

Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?

Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat  pembuangan sisa radioaktif, pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi.

Di sebaliknya ia  akan memperlihatkan slogan ‘Cinta Sungai Kita’ yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan.

Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.

Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai  pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang.

Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai.

Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif.

Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan.

Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.

Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.

Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.

Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah.

Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia,  jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini.

Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras.