Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 29 Mac 2012

Noh Omar membohong lagi


Pengumuman Datuk Seri Noh Omar tentang pembukaan tender untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) merupakan satu tindakan ‘flip-flop’.
Menurut Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu kenyataan terbaru Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu jelas bertentangan dengan kenyataan  beliau sebelum ini bahawa projek berkenaan berjalan lancar.
Pembukaan tender tersebut itu juga bertentangan dengan kenyataan Noh sebelum ini yang NFC hampir memenuhi sasaran pengeluaran yang ditetapkan kementerian terbabit.
“Kerajaan mesti dapatkan semula duit pinjaman RM250 juta atau kalau susah, mereka mesti mengambil tindakan menerusi undang-undang.
“Tak boleh biarkan macam itu sahaja, tetapi dia nak pulangkan balik duit tu macam mana, syarikat itu dah jadi macam tu,” Mohamad berkata apabila dihubungi.
Pembukaan tender itu kata Noh, adalah untuk memastikan projek tersebut mencapai sasaran pembekalan daging lembu tempatan.
Sebelum ini sasaran yang ditetapkan untuk NFC adalah sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun untuk memenuhi pasaran tempatan.
Tetapi mengikut laporan Ketua Audit Negara, NFC hanya mencapai 8,016 ekor lembu antara tahun 2008 dan 2010, angka yang amat jauh dari sasaran.
NFC, yang diberi pinjaman terus RM250 juta dibelengu berbagai kontroversi termasuk menggunakan dana pinjamannya untuk membeli kondominium mewah, tanah dan membiayai perjalanan ke luar negara.
Isu yang juga menimbulkan persoalan adalah bagaimana projek mega tersebut diberi terus kepada suami menteri yang tidak berpengalaman di dalam industri ternakan lembu.
Mohd Sabu turut menyamakan keputusan Noh dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sering berubah-ubah dalam membuat beberapa keputusan penting kerajaan.
“Tu kira flip-flop lah sebab mula-mula dulu dia ingat tak terbongkar, nak lindungi, tetapi tidak berupaya kerana maklumat dari pembangkang sangat lengkap.
“Samalah juga dengan PM yang dah banyak kali flip-flop dalam banyak isu, kejap-kejap tukar keputusan” ujar beliau.

Kenapa melayu bodoh

Orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik.


Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.


Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. 
kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.


Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.


Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap.


Pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta. 


Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada