Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 8 Januari 2012

Zaid Ibrahim minta maaf pada Anwar Ibrahim

“Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).”


Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.


Malay Merdeka:ramai yang berpaling arah menjelang PRU...



Hassan Ali sudah tahu akan dipecat

Pemecatan Hassan Ali sudah dijangkakan. Keceluparan melampau Hassan Ali gagal membendung kesabaran AJK pusat PAS. Menyedari 'game' Hassan Ali diremote oleh Umno, Pas cuba mengelak dari perangkap Umno dan tidak sempat mentarbiah Hassan. Desakan PKR agar kebaculan Hassan segera dibendung membuatkan PAS berpatah arang.
Hassan Ali sebagai ADUN yang terlampau membuatkan PAS hilang stim dan berahi terhadapnya.
Kemana Hassan Ali selepas ini?
Seperti Zulkifli Nordin, Hassan mempunyai taktik yang sama. Tidak hairan jika selepas ini beliau akan mengishtiharkan dirinya sebagai Adun mesra Umno sepertimana adun-adun bacul sebelumnya sebagai baruah rasmi Umno.
Hassan mungkin terliur kerusi MB yang dicitakan. Namun bak kata pepatah jika bini pertama tak syok lagi..bini kedua lebih sedap!
Siapa tahu habuan yang bakal atau sudah menanti Hassan Ali?....sebab itu beliau mengumumkan  rela dipecat sebelumnya. Zulkifli Nordin dan janda-janda PKR/PR yang sudah mesra Umno pasti lebih mengetahui.
Mungkin juga Hassan tidak sangka keputusan pemecatan beliau oleh PAS begitu drastik kerana jangkaannya masih banyak lagi game yang belum terlaksana..sebab itu beliau sedih..
Bosan dengan game bodoh Hassan Ali, Pas sudah tidak mampu menanggung liability itu.
Bagaimana kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Selangor?
Pas Selangor dan Kerajaan Selangor sudah standby keadaan itu sebenarnya sejak keceluparan dan kesongsangan Hassan Ali disedari dan terserlah. Apatah lagi sejak mood Hassan Ali condong kepada Umno dan beberapa bulan yang lalu juga sudah dihidu nafsu Hassan. Malah dikatakan Hassan Ali sering terlewat menghadiri taklimat kerajaan negeri membuatkan belaiu sering  kecelaruan punca arah.
Tidak rugi memecat Hassan Ali dan tidak juga untung menyimpan Hassan Ali.
Hassan Ali mengkin lebih sesuai bersama Perkasa, Pekida..Kimma.. atau mana-mana NGOK-NGOK yang perlukan khidmat pakar celupar ini.

Malay Merdeka:sejibik macam Zulkifli Nordeng

rombakan kabinet 2012

Perdana Menteri


Timbalan Perdana Menteri


menteri hal ehwal dalam negeri  
 
menteri kewangan

menteri penerangan

menteri pertahanan

menteri kerjaraya

menyusul kemudian
Malay Merdeka:lantikan seterusnya selepas anwar masuk penjara...hua..hua..huah...

Silap mata PDRM mengenai perhimpunan 901

Azmin PC 901
PERHIMPUNAN AMAN 901 MENGIKUT LUNAS HAK BERKUMPUL DI BAWAH PERLEMBAGAAN

Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan
diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012.

Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan
kemudiannya oleh pihak PDRM.

Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun
untuk menunjukkan solidariti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam
menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini,
selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan.


AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

7 JANUARI 2012


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan di laman Facebooknya semalam 10 syarat bagi perhimpunan tersebut, termasuk larangan membawa sepanduk, pembesar suara atau ucapan awam.

Syarat-syarat tersebut dikenakanoleh polis daerah Sentul, Kuala Lumpur - tempat lokasi Mahkamah Kuala Lumpur.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.


PKR SETUJU TAPI TOLAK 10 SYARAT POLIS - malaysia insider

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.

Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar), pihaknya menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh selepas mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.