Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 20 Julai 2011

Ibrahim Ali malu besar! tersangat malu..Uitm tolak anugerah tak laku!

NONE“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” kata naib canselornya, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar UiTM(gambar).


“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” kata Sahol Hamid dalam laman Facebooknya.

kempen bebaskan tahanan EO6 dilancarkan

Parti Sosialis Malaysia melancarkan petisyen online mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara membebaskan 6 tahanan tersebut.  Orangramai diminta  memberi sokongan dengan menandatangani petisyen tersebut melalui dalam talian - http://www.petitiononline.com/eo6/petition.html.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM ditangkap  mengikut EO sebaik mereka dibebaskan pada 2 Julai lalu.
Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Menteri Dalam Negeri melalui Jabatan Peguam Negara boleh menyambung perintah tahanan sehingga 2 tahun sebelum tempoh penahanan 60 hari itu berakhir.


Sementara itu  Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput Dr. D Jeyakumar.Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya.

Ku Li lancarkan 'Angkatan Amanah Merdeka'

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang akan diketuai oleh veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah, yang akan bergerak bagi mengembalikan semangat jati perjuangan kemerdekaan dengan enam objektif, akan dilancarkan Jumaat ini.

Difahamkan pihak penganjur melancarkannya menjelang ulang tahun hari kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos. Negara menyambut ulang tahun ke-54 akhir bulan depan.
Surat jemputan pelancaran yang diterima media menyebut Amanah diwujudkan dengan matlamat mahu menghidupkan legasi “Amanat Merdeka Bapa Malaysia” selaras dengan semangat Perlembagaan Persekuan.

Difahamkan akan ada lapan ahli jawatankuasa mewakili pelbagai kaum dan agama dari seluruh negara.
“Amanat Merdeka Bapa Merdeka menyebut bahawa jika kita mahu bersatu sebagai sebuah keluarga di bawah satu bumbung bernama Malaysia, kita mesti jujur antara satu sama lain — Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Siam dan lain-lain — Muslim, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya,” kata surat jemputan media.
Ahli jawatankuasa pusat Amanah Wan Saiful Wan Jan berkata, “idea ini diketengahkan oleh Tengku Razaleigh sendiri pada satu mesyuarat baru-baru ini dengan memfokus pada mesej kemerdekaan yang disampaikan oleh (Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Almarhum) Tunku Abdul Rahman.”
“Pertubuhan ini mahu menekankan soal perpaduan di kalangan rakyat, agar isu perpecahan antara lain tidak menjadi semakin serius,” kata beliau.
Katanya, senarai ahli jawatankuasa kepimpinan Amanah akan diumumkan pada hari pelancaran Jumaat ini.
“Mereka terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang disegani dalam masyarakat kita... mereka terdiri daripada ahli-ahli politik, sosial dan usahawan, ia barisan kepimpinan campuran mewakili semua lapisan masyarakat,” kata Wan Saiful.
Keseluruhannya, Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.
Selain itu Amanah juga bertujuan memperakui, menegakkan semula dan menghormati kedaulatan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia, memastikan institusi-institusi kebangsaan menghormati dan mempertahakan undang-undang, prinsip demokrasi, hak dan nilai-nilai universal.


Ia juga bersandarkan tujuan menyokong kerajaan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab, berdaya saing dan berkesan, bebas rasuah dan kronisme, bersih dan jujur, adil dan amanah yang boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.


melayu berkata:
Ku Li masih ber 'semanagat 46'
Rais Yatim dah tak bersemangat
Ibrahim Ali semangat meluap.

dua lokap dua neraka

Catatan tahanan PSM


Soh Sook Hwa

Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang  dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur.  Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya.  Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur.  Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen.  Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar.  Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri.  Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.

Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman.  Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand?  Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi?  Siapa yang rapat dengan saya dalam parti?  Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?

Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama.  Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya.  Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.

"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai.  Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia."  Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"

Saya masih muda.  Meruap-ruap kemarahan saya.  Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang.  "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional.  "Betul tak kata saya?  Betul tidak kata saya?"  Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".

Dua penjara; dua neraka

Kadang-kala saya berpeluang juga.  Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma.  "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?"  "17 ribu."  "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?"  "800 lebih."  "Bukankah jauh bezanya?  10% pun tak sampai!"

Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti.  "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"

Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan.  Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam.  Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam.  Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.

Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin.  Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa.  Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup.  Dua neraka sebenarnya.  Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu.  Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan.  Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.

Ini sebahagian daripada rekaan.  Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu.  Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.

Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang
Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.
"Dari wajah Choo Chon Kai (gambar kiri), saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai.  Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"

Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya.  Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"

Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya.  Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi.  Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa.  Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun.  Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain.  Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.

Saya masih muda.  Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong.  Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN.  Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat.  Mereka kehilangan kebebasan.  Saya sangat marah.

Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini.  Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.

Ibrahim Ali terus dikutuk

Anugerah Ibrahim Ali akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.
Berkongsi pendapat yang sama adalah setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang kecewa dengan keputusan“Ibrahim adalah individu kontroversi. Tindakannya dan kenyataannya gagal menyatukan masyarakat. Sebaliknya menjejaskan pembangunan negara dan perpaduan dan tidak harus dijadikan teladan bagi orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.UiTM menawarkan anugerah tersebut.
Katanya, Ibrahim tidak layak mendapat pengiktirafan seumpama itu.