"Jika tidak, kenapa Musa perlu curi sampel darah itu dari HKL dan melakukan ujian DNA ke atas tilam jika siasatannya lengkap sewaktu bertemu Mahathir," kata Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim.
Beliau yang juga pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada 1998 menegaskan, sampel tersebut diambil tanpa kebenaran doktor pada 15 Oktober 1998 untuk ujian DNA.
"Doktor menegaskan sampel darah untuk ujian HIV itu tidak sesuai untuk ujian DNA kerana prosedur untuk sampel DNA perlu mematuhi beberapa protokol. - lapor Malaysiakini
(gambar seorang lelaki yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur)