Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 14 Julai 2010

Ahli Parlimen bebas bagai" beruk mak yeh"

MP Bebas 'di bawah ketiak' Umno
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan   
BOLEHKAH rakyat menerima wakil-wakil rakyat yang mengingkari 
perjuangan asal mereka, mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil
Bebas sebagai sebuah institusi baru dalam politik negara?

Sejarah 50 tahun proses demokrasi di Malaysia, sokongan rakyat 

wakil Bebas hanyalah isu terpencil. Hanya ada dua atau tiga orang 
sahaja yang menang atas Bebas.

Mereka tidak boleh menjadi institusi dan tidak mampu mencorak

arus politik negara kerana mereka menjadi Bebas, berdasarkan 
kepada sebab-sebab yang tertentu.Tanpa ada pertikaian, sebelum
ini ada calon Bebas yang menang di atas kapasiti peribadi mereka 
yang amat dikagumi masyarakat setempat.

Namun, wakil-wakil rakyat Bebas yang ada dalam negara

sekarang ini, kebanyakannya menang atas kepercayaan 
rakyat terhadap parti yang diwakili, bukan atas kekuatan 
mereka.

Tanpa ada parti, tanpa dokongan parti, tanpa kerjasama 

dan penyokong parti, mereka ini hanyalah 'sampah-sampah' 
politik yang tiada nilainya.

Di Parlimen ada lapan orang Ahli Parlimen (MP) Bebas, 

iaitu Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zahrain Hashim (Bayan Baru),
 Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Mohsin Fadzil Samsuri 
(Bagan Serai), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan dua lagi
 SAPP, Sabah.

Pada PRU 2008 semua mereka ini bertanding mewakili parti.

Dua wakil SAPP menjadi bebas selepas SAPP keluar daripada
BN. Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan lima yang lain
bertanding atas tiket KeADILan.

Hakikat sebenar yang berlaku ialah, lapan orang wakil Bebas

ini tidak sehaluan sesama sendiri. Wakil SAPP tidak pernah 
mencampuri wakil dari Semenanjung.Ibrahim buat caranya 
sendiri. Lima wakil bekas KeADILan pun tidak sekata. 
Hanya Zahrain dan Zulkifli sahaja yang kehadapan.
Wee buat cara sendiri, manakala Mohsin dan Tee Beng 
jarang kelihatan bersama Zulkifli dan Zahrain.
"Mereka ini alat sahaja..'dah tak ada rotan, akar pun berguna'. 
Lepas habis Parlimen(penggal ke-12), mereka tidak berguna lagi," 
kata seorang Menteri sambil-sambil minum kopi dengan penulis.
"Kita orang pun menyampah kat depa (mereka) ni, dah la masuk
 kut (melalui) pintu belakang,semua jenis 'makan besar'," komen 
seorang MP Umno, tanpa menjelaskan lebih lanjut apa erti
 'makan besar' tersebut.
Pemerhati Parlimen boleh melihat dengan jelas gelagat MP-MP
bebas ini setiap kali adanya persidangan Dewan Rakyat.
Nak kata macam 'kera dapat bunga pun ada'. Nak kata 
macam 'kera sumbang pun ada'. Pendek kata kalau lihat 
gelagat mereka, nescaya kita akan terpalitdengan perasaan 
'geli geleman' dan menyampah."Pendirian saya jelas,sebaik 
sahaja depa keluar KeADILan, saya tak akan peduli dengan 
depa.Saya tak kan layan langsung. Mampuih pi ke depa," 
tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga
MP Pokok Sena.
"Hang tengok tu, depa tu bukan ada kerja, duk berkelintau 
(berlongok) depan pejabat Nazri (Dato' Seri Mohamad 
Nazri Aziz)," kata MP PAS Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar.
Hakikatnya lima MP Bebas yang mengkhianati perjuangan 
KeADILan tidak henti-henti menjaja pembohongan di Parlimen.
Mereka diumpamakan oleh KeADILan, sebagai 'beruk Mat Yeh' 
(istilah untuk wakil rakyat lompat), yang didakwa mendapat 
bayaran yang agak besar untuk 'defect'.
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'Konsensus Bebas', 
cuba menunjukkan diri mereka sebagai kononnya pejuang 
yang berprinsip, walaupun hakikatnya semua rakyat tahu 
mereka hanya mementingkan diri sendiri.
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai bebas, hakikatnya 
mereka tidak boleh menipu rakyat,bahawa mereka adalah 
badut-badut upahan yang berselindung di bawah ketiak Umno.
Lima 'ekor beruk politik' ini tiada kerja lain. Kerja mereka di 
Parlimen hanyalah mencaci maki Pakatan Rakyat.Mereka 
memang jenis tidak servis rakyat, jika mereka turun ke 
kawasan pun, nescaya akan rakyatkerana mereka adalah 
pengkhianat.

"Umno-Barisan Nasional pun tak percaya lima ekor ini, 

kalau Pakatan Rakyat mereka boleh khianati, BN pun 
mereka boleh buat macam tu," kata Setiausaha Politik 
seorang menteri di lobi Parlimen baru-baru ini.
Lepas ni BN pun tak nak mereka," tambahnya.
Menariknya, drama MP-MP Bebas ini kadangkala 
tersangkut, akibat sanggahan MP BN sendiri.Kadangkala 
pertelagahan mereka membawa kepada episod kata 
mengata yang menggelikan hati.

Antara yang terbabit dalam sengketa adalah Ibrahim Ali 

dengan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin Abu Bakar
(BN-Rembau).
"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan 
masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 
1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web 
mikronya.
"Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. 
Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan," kata Khairy
merujuk kepada serangan Ibrahim.
(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang 
halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan 
tersirat'."Jaguh bandar atauOxford tidak bermakna kepada 
saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa 
mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?", 
balas Ibrahim.
Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus apabila 
Khairy membela rakannya,ketua Pemuda MCA, 
Dato' Dr Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh 
Ibrahim berhubung isu biasiswa.
Khairy juga baru-baru ini menyanggah ucapan 
Wee Choo Keong di Parlimen.Yang kelakar ialah, 
pada asalnya MP-MP Bebas hendak digunakan 
Umno-BN untuk menyerang Pakatan Rakyat, 
tetapi sudah terbalik. Dengan Umno pun mereka 
bergaduh.
Apa yang hendak ditekankan di sini, bukan 
soal kata-mengata atau perselisihan faham antara 
BN dengan MP Bebas semata-mata.
Hakikatnya, MP-MP Bebas ini tidak ada 'future'.
Mereka bukan sahaja tidak dapat membina jambatan
yang baik dengan MP Umno-BN, malah kehadiran 
mereka semakin menyusahkan Umno.


Oleh itu, sebelum mereka dibuang oleh Umno-BN 
bagaikan sampah, sebelum mati dalam kehinaan,
elok mereka meletakkan jawatan dan 
menyerahkan mandat semula kepada rakyat. 

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis 

Aminulrasyid: Keluarga saksi utama marah polis

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 13 Julai: Kaedah siasatan polis ke atas saksi
 utama kes Aminulrasyid Amzah, Mohd Azamuddin Omar 
menimbulkan rasa tidak puas hati keluarganya.
Mohd Haafizuddin Omar, 24, abang saksi utama pagi tadi 
mempersoal tindakan polis mengarahkan adiknya, Azamuddin
 melakukan kawad cam ke atas beberapa suspek pembunuh 
Aminulrasyid, 15, Selasa lepas.
"Kita nak tahu, kenapa nak buat kawad cam lagi sedangkan 
pegawai yang menembak kawan adik saya itu sudah dikenal pasti,"
 soal beliau ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.
Menurut beliau, sepatutnya pihak berwajib boleh mengenal pasti 
beberapa pegawai polis lain yang terbabit dengan terus menyiasat
 suspek terbabit.
"Kenapa tak siasat terus dan polis sudah ada suspek bukan," tegas
 beliau yang juga kakitangandi Jabatan Perkhidmatan Undang-Undang,
 TNB.
Tambahnya lagi, kaedah siasatan polis itu turut dipertikai oleh bapa
 kepada saksi utama sendiri,  yang kebetulan seorang pegawai polis.
"Takkan dia (suspek) seorang saja terlibat, kereta polis yang kejar-
mengejar pun ada dua (kereta), logikkah seorang saja yang terlibat,"
ujar beliau memetik kenyataan bapanya, Omar Jamaluddin.
Melihat layanan yang dialami oleh saksi utama, beliau menganggap
pihak polis tidak berniat memberi keadilan hak kepada keluarga 
Aminulrasyid serta adiknya sendiri.
Ekoran itu, beliau bertekad mendedahkan beberapa bukti lain
 3 petang ini di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen
 Shah Alam, Khalid Samad di Worldwide Business Center, Shah Alam.
26 April lalu, Aminulrasyid ditembak oleh polis di selekoh berdekatan
 kediaman arwah, Syeksyen 11, Shah alam.
 (Sumber Harakahdaily.net)