Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 29 Mei 2012

Musa Hassan akui ada polis dan ahli politik punyai hubungan dengan penjenayah.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka. 
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Malay Merdeka: Musa Hassan mengenali mereka.....

Isnin, 28 Mei 2012

Siri keganasan terancang, dirancang oleh perancang




Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.
PM Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.
Kejadian Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.


Malay Merdeka: Lembah pantai di penuhi dengan tahi lembu....diterajui oleh kepala lembu...digembala oleh menteri  bernama raja lembu...anak-anak lembu yang dilumuri najis lembu.....lembu...wooo...wooo...wooo...lembu....raja lembu yang tidak beristana...menjadi menteri ikut pintu jamban...lembu...lembu...lembu...lembu...lembu....
Keadilandaily melaporkan mangsa keganasan samseng Umno, Raja Ismail Raja Din yang berdarah kepala semasa ceramah Pakatan Rakyat, di Pantai Dalam  24 Mei lalu, mendakwa dilastik dengan bebola besi (ball bearing).
Menceritakan semula kejadian di pangsapuri Pantai Permai itu, Raja Ismail memberitahu, kira-kira jam 11 malam, bekalan elektrik yang disambung ke tapak ceramah dipotong.
“Dalam gelap itu tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang berat dan keras kena di kepala. Saya terasa sakit. Bila dikesat, nampak darah.
“Orang kata saya dilastik dengan ‘ball bearing’ dari tingkat atas Flat. Saya berlari ke arah pentas dan pengsan. Hanya sedar ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” jelas Raja Ismail yang kehilangan banyak darah akibat luka di dahi.
“Bukan sahaja ‘ball bearing’, tapi telur tembelang dan batu dibaling ke kawasan ceramah,” katanya yang dibenarkan keluar pada jam 2 pagi, selepas mendapat rawatan di HKL.
Bagaimanapun, pesara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berusia 60 tahun ini berkata, beliau tidak serik untuk datang ke ceramah Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
Ini kerana katanya, hanya melalui program ceramah sahaja rakyat dapat mendengar maklumat alternatif.
“Saya takkan serik untuk datang ke ceramah. Kalau himpunan Bersih 3.0 pun saya turun, takkanlah ceramah kita tak pergi?, ujarnya.
Raja Ismail turut kecewa dengan polis yang ‘membutakan mata’ terhadap keganasan samseng upahan Umno, sedangkan perkara itu berlaku di depan mereka sendiri.
“Bertahun-tahun saya pergi ceramah. Tak pernah jadi macam ini. Polis buat apa? Kalau ‘geng’ dia buat kacau, dibiarkan. Ini tak boleh.
“Malu saya tengok budak-budak muda Melayu terima upah rendah semata-mata nak ganggu majlis orang,” kata Raja Ismail.

Jumaat, 25 Mei 2012

kurang kouta haji: Menteri Agama Jamil Khir tipu rakyat

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0. lapor harakahdaily.
"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik (gambar) Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dalam ceramahnya di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di Melaka malam tadi.
"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.
"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.
"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar.Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.
"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.
"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.
Malay Merdeka: menteri agama pun kuat kelentong....

Mahkamah Rayuan tetap putuskan Utusan kena bayar Khalid Samad

Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.
Mahkamah membenarkan permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000, kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.
Utusan mengambil pendirian bahawa ia tidak memerlukan kebenaran untuk merayu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2011 dalam kes Harcharan Singh, Sohan Singh melawan Ranjit Kaur S.Gean Singh.
Hishamuddin juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM10,000.
Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.
Pada 30 September tahun yang sama mahkamah membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.
Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009. - BERNAMA
Malay Merdeka: Utusan akhbar melayu lidah syaitan...perosak pemikiran....penyebar fitnah.....selepas ni boleh saman Zulklifli Nordin..dia ingat dia peguam dah besar kepala...sokongan padu untuk Khalid.

Khamis, 24 Mei 2012

Penjaja Jln T.A.R bantah kumpulan Jamal Yuus ikan bakar sekincan berniagadepan rumah Ambiga

"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.
"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga."Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal.
Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.

Rabu, 23 Mei 2012

Patutlah polis jadi macam tu.....

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri semalam menyifatkan langkah yang di ambil oleh Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman  Datuk Fauzi Saari menyertai PAS sebagai mengguris hati bekas-bekas polis dan dianggap pengkhianatan kepada kerajaan. lapor Harakahdaily.net



Malay Merdeka: ooh..rupanya polis mesti masuk umno dan sokong umno....

Selasa, 22 Mei 2012

Zahid Hamidi tak mampu ke Peranchis untuk jadi saksi, memerlukan dana



"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid Hamidi saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan kes rasuah kapal selam Scorpene.         Harakahdaily.net melaporkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir."Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi."Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."

Malay Merdeka: Demi Zahid..jangan mengelat...mari kita bergolok bergadai hantar dia kePerancis


Tembelang Nasharudin Mat Isa



Malay Merdeka: Dari riak wajah Nasharudin semakin jelas......

Isnin, 21 Mei 2012

PAS kata tiada bermuzakarah dengan Umno


Sedang keinginan meluap-luap untuk bermuzakarah dengan Umno tiba-tiba hancur musnah bila Presiden PAS menzahirkan tiada muzakarah dengan Umno. Potong stim betul...media umno tersalah lapor atau berahi amat sangat.
Hari ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai membetulkan salah lapor media pro kerajaan yang mengatakan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan Umno. Isu itu mula dimainkan media selepas Ustaz Hadi ada menyebut perkataan muzakarah pada satu sidang media di tempat sama, dua minggu lepas.
Ustaz Hadi juga berkata, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.
"Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada Umno dan Umno jadikan isu politik.
"Kalau nak bincang dengan Umno lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih," tegasnya.

Anwar Azmin dan Chegu Bad di dakwa esok kerana Bersih 3.0

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.
Azmin juga dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.
Anwar Ibrahim menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru ini.
Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
-sumber berita malaysiakini.com

Zahid Hamidi: Umno semakin kehilangan ahli dan disabotaj

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengikut kajian yang dilakukannya, sebanyak 47 kawasan Parlimen di seluruh negara disabotaj anggota parti sendiri pada pilihan raya umum 2008 menyebabkan masalah kehilangan sokongan terhadap parti itu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiMasalah dalaman parti kebanyakannya berpunca daripada individu yang merasakan mereka layak menjadi calon pilihan raya namun tidak dipilih parti bagi bertanding di sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Pihak ibu pejabat (Umno) telah meminta tiga nama bagi tiap-tiap kawasan DUN dan Parlimen dan tidak mustahil dua daripada tiga nama itu akan marah kerana tidak dapat menjadi calon, ditambah pula mungkin ada calon-calon yang datang daripada senarai yang tidak dikemukakan oleh bahagian tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Terendak di Melaka.- dipetik dari sumber berita Bernama

Anuar Musa berpaling tadah


Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Annuar musa sendiri (gambar atas).
Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.
Dengan menandatangani sokongan ini  Annuar Musa menyokong usaha kerajaan PAS.

Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Fauzi Saari sertai PAS secara rasmi

Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas.
Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping, Perak.

Jumaat, 18 Mei 2012

Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari masuk PAS



Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.
Malay Merdeka: Alhamdulillah....

Dahlah tipu gelaran datok suka-suka buat fatwa haram pulak


harakahdaily.net melaporkan:
Dahlah menipu dengan gelaran Datuk....Mohd. Ali Baharom Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM),  beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk orang Islam.
Beliaulah mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman tolol 'punggung' di depan rumah S.Ambiga tempohari. Jawapan itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di depan rumahnya.

Malay Merdeka: inilah rupanya manusia yang hidupnya dalam kesesatan...dahlah sesat..menyesatkan lagi...bak kata orang melaka..lahabau...lahanat!


Naib ketua Umno Kampar keluar umno ditipu kerajaan Zambri Kadir sebab tak dapat pasir cuma dapat tanah liat

Gambar: (Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)



Zamhuri Md Zin, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar merangkap Ahli Majlis Daerah Kampar  yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu. 
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan. 
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.“Nak bagi rasuah, ajak 
makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan kesalnya.


 baru kini kau sedar......cuba dapat pasir...cerita lain lah pulak.... 







Senaman punggung kerana kegagalan nafsu seks..lemah tenaga batin

Akibat kegagalan alat kelamin berfungsi dengan baik atau alat kelamin yang lemah atau mati pucuk maka satu 'senaman punggung' dilakukan oleh sekumpulan  15 orang bekas tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Mereka mengadakan 'senaman tolol' itu didepan rumah Ambiga kerana merasakan wanita tersebut anggun dan merangsangkan nafsu. Punggung-punggung askar pencen yang telah lunyai itu memohon batuan bekas presiden Majlis peguam untuk disula kerana mempunyai nafsu luar tabii. 
Kebodohan dan kebangangan askar pencen ini makin terserlah apabila tidak tahu mengenal padang atau tempat beriadah/senaman. Mereka menjadi buta mata dan hati mungkin kerana ditenggelamkan bersama kapal selam scorpene. Lebih malang lagi kerana kumpulan ini rata-rat berbangsa melayu dan berugama Islam namun tiada nilai murni malahan bersikap haprak dan pekak. Hancurs!..memang hancurs..otak mereka sudah diturn over menyerupai keldai.
Sayang sekali kalau dulu mereka disanjung kerana berjuang untuk keamanan dan kesejahteraan negara, kini jasa mereka lebur bagai debu......hanya cacian dan makian dari seluruh pelusuk rakyat yang hatinya terluka kerana perbuatan terkutuk mereka.
Kumpulan askar pencen yang bangang tolol dan bahlul tersebut sewajarnya meletakkan semula otak mereka dari lutut ketempurung kepala....