Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 8 Mei 2012

Sejarah politik paling kotor,..tindak tanduk pemimpin umno sekarang merosak negara akui bekas menteri umno

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad berkata  “Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan, sehingga apa yang berlaku sekarang".


“Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya,”
Katanya, masa dulu pemimpin Umno benar-benar berjuang secara ikhlas dan jujur untuk rakyat.
Abdul Kadir bekas anggota jawatankuasa Pemuda Umno Kampung Air Tawar, Baling pada 1956 juga berkata, suasana begitu berbeza zaman kepemimpinan Umno di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak berbanding sekarang.
“Mereka tiada perangai buruk seperti pemimpin Umno la ni. Sekarang pemimpin Umno tidak perlu susah-susah kempen bagi menarik sokongan rakyat, hanya perlu hulur duit sahaja.
“Politik sekarang we need money. Hendak jadi ketua Umno tidak payah kempen hanya guna duit. Begitu juga hendak menang pilihan raya hanya guna duit.
 “Umno letak orang depa dalam semua agensi penting kerajaan seperti SPR, SPRM, polis, mahkamah dan tentera. Sebab itulah depa tidak takut untuk melakukan penyelewengan dan pembaziran kerana semuanya orang kita,” katanya.
 Menurutnya tindak tanduk pemimpin Umno sekarang secara jelas mahu merosakkan negara kerana semua benda menggunakan umpan wang.
 Ceramah sulung bekas veteran Umno terbabit di perkarangan pejabat PAS, Pantai Irama, Kelantan.

Malay Merdeka: Ayam pencen ini sudah sedar dan bertaubat....setelah lama bergelumang dengan najis! Sekarang cakap-cakap beliau sudah boleh dipakai setelah disamak.



siapa kah penumbuk negara bapa Iblis

Kurang ajar! adakah patut bangsat ini menggelar tok guru nik aziz 'bapa kafir'
kenyataan itu membuat hati betul-betul panas...
memang bangsat! tahukah dia apa itu kafir?....kafir makan babi..minum arak ..tak sembahyang.... senang cerita cakap bodohnya bukan islam...
siapa manusia paling bangsat itu...bekas ketua polis negara..rahim noor...sahabat kepada jin ifrit...penumbuk negara...yang buat undang-undang sendiri...tumbuk anwar ibrahim sampai lebam mata...
memang celaka!...Rahim harus bertaubat dan beristighfar dengan segera. 
akhbar NST melaporkan Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir).
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal kata Rahimj lagi".
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.
 
Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), tuduhan tersebut amat keterlaluan dan bersifat kurang ajar.

"Menuduh seseorang itu kafir adalah tuduhan yang berat, terlebih lagi jika yang dituduh itu adalah alim ulama.

"Kita mendesak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor menarik balik kenyataannya," kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Al Hiss.




Malay Merdeka: Iblis akan mempengaruhi dan memperdaya umat manusia walau pun ketika saat roh manusia hampir dicabut supaya menjadi sahabat dan pengikutnya dineraka jahanam nanti.

Memukul halal..mangsa pukul haram...


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang mencetuskan huru-hara perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak kata menteri agama bekas askar Jamil Khir. -petik laporan  Berita hairan


"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," kata mursyidul am PAS Nik Aziz mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu juga bertentangan dengan hukum keharusan berdemonstrasi seperti pandangan presiden Persatuan Ulama Sedunia Yusuf Al-Qaradhawi.


PAS: Bimbang diguling, Najib takut bayang-bayang
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyanggah dakwaan perdana mentgeri bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan seperti Arab Spring.


apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap  :
  • Penyebaran video dan gambar lucah
  • Tuduhan tanpa bukti dan saksi
  • Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
  • Penyalahgunaan wang zakat
  • Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
  • Hukum menipu dalam pilihanraya
  • Hukum menafikan hak royalti Kelantan
  • respon dari: HASANHUSAINI,
    Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
    * Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.


"Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan, jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30. 
Beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.
"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.
"Dalam keadaan saya berada di barisan paling hadapan maka menyenangkan pihak polis menahan saya dan dalam keadaan saya baru ditahan tiba-tiba datang sembilan hingga sepuluh orang anggota polis ke arah saya dan telah bertindak memukul, menendang serta menumbuk saya," jelasnya.
"Saya telah dibawa melalui trak-trak polis dan ketika melalui trak tersebut terdapat lebih kurang 200 orang anggota polis yang berbaris di situ, saya telah dipukul dan ditendang oleh polis-polis yang berada berhampiran trak itu.

"Setiap seorang dari mereka tidak melepaskan peluang memukul saya, saya terpaksa tempuhi mereka sikap kejam mereka tanpa boleh dielak langsung malah mereka terus tumbuk serta terajang saya tidak kira di muka mahupun di perut," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi setiap kali beliau dipukul polis mengarahkan beliau senyum dan jangan menjerit kesakitan, jika beliau menjerit sakit polis mengatakan beliau melawan dan akan dipukul dengan lebih teruk lagi.

"Apabila saya sampai di tempat tahanan tidak ada Ambulan mahupun pegawai kesihatan yang menunggu, apabila saya bertanya di mana pihak kesihatan mahupun Ambulan. 

"Pihak polis cuba mengelak untuk menjawab dan mereka melengah-lengahkan untuk memanggil ambulans walaupun terdapat peserta yang cedera teruk sehinggakan ada mereka yang hampir pengsan," cerita beliau lagi.
Beliau yang mendapat tiga jahitan di dahi akibat ditendang oleh polis itu menjelaskan ketika dipukul pihak polis mengarahkan beliau tunduk serta tidak boleh melihat polis-polis yang memukulnya.
"Saya langsung tidak boleh melihat muka-muka polis yang memukul saya kerana anggota polis memegang kepala saya kebawah tanpa memberi peluang saya mengangkat kepala saya.
"Ketika saya jatuh pun polis meminta saya tundukan kepala dan jangan sesekali cuba melihat siapa yang memukul saya, namum saya perasaan setiap anggota polis yang bersikap kejam itu tidak mempunyai nombor polis dan yang ada hanyalah nama. Saya tak pasti siapa sebenarnya mereka," tegasnya.
Beliau yang mengalami cedera yang teruk itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sejam beliau dipukul untuk mendapat rawatan.
"Pihak hospital telah membuat pemeriksaan keatas saya termasuk menjahit luka di kepala saya, mereka juga turut melakukan pemeriksaan x-ray bagi mengetahui kecederaan dalaman akibat tendangan yang kuat dari pihak polis.



Malay Merdeka: macam dipenjara guatanamo...