Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 6 Januari 2011

Kerajaan Selangor tak larat

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.
Halimah (gambar)  juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.


nota:
Kerajaan Selangor hilang wibawa.

MB KHALID AKUR KE ISTANA

Akhirnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya yang sebelum ini bertegas enggan menghadiri majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Khusrin Mohamad Munawi akhirnya muncul di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini, Khamis

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.


nota:
NYATA LAH KERAJAAN PKR TIADA TEGAS DALAM PENDIRIAN...HANYA SANDIWARA POLITIK
YANG HAMBAR....
CAKAP BERDEGAR-DEGAR...
MEMPERMAINKAN PEMIKIRAN RAKYAT SELANGOR.
JIKA BENAR TIDAK SETUJU KENAPA HADIR JUGA..
ATAS SEBAB......
KERANA TIADA KUASA MUTLAK...
ATAS SEBAB...
KERAJAAN YANG TAK UTUH...
KHALID IBRAHIM  KENA LETAK JAWATAN
KERANAN TIADA PENDIRIAN...

DR MAHATHIR rasa ganjil BERSAMA SITI NURHALIZA

TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.
Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.
“Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.
“Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas,” jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.

KSN: TAK PERLU PERKENAN SULTAN HANYA SEMBAH TAKZIM

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Khusrin bukanlah sesuatu keperluan undang-undang di bawah perlembagaan negeri, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan sembah takzim.


Di samping itu, tambahnya, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK dibuat.


Dalam satu kenyataan 10 perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata:mohamad sidek hassan chief secretary of government
Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh 'appropiate Service Commission' atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. [mk]

BUKAN TITAH SULTAN

Semalam media melaporkan, Mohamad Munir berkata baginda menitahkan bahawa tindakan Abdul Khalid berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan SUK adalah tidak wajar.

 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menyifatkan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili baginda.



Sultan faham dengan keadaan ini dan kami telah berbincang mengenai kesan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jika ikut secara logiknya krisis perlembagaan pada tahun 1993 itu jelas menunjukkan Sultan mahupun menteri besar tidak mempunyai kuasa di atas perlantikan tiga pegawai ekskutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.


nota: AIT....lebih sudu dari kuah nampak..