SHAH ALAM - Seorang anggota dari bahagian pengangkutan Balai Polis Sungai Buloh maut selepas terjatuh dari Menara Komunikasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, anggota terbabit yang terjatuh pada ketinggian 120 kaki (40 meter) mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, anggota berasal dari Sabah itu berada di IPD Sepang untuk menghadiri kursus.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

AKAN MENYUSUL
Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi 
SEPANG: Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.
Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 minit kemudian.
Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.-Mstar Online