Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 21 September 2013

Bekas IGP Rahim Noor kesal Kerajaan persenda perjanjian dengan Komunis Malaya?

Tan Sri Abdul Rahim Noor melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.
Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".
Ujarnya kerajaan perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya.
Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia.
Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa.

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.
Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan.

Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air.-Kerengga