Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 15 Julai 2010

Kenaikan harga barang tengah malam ini..petrol, diesel gas, gula

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumumanmalam ini.
Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.(sumber mk)



Curi pasir: Kenapa Muhyiddin, Hishammuddin diam

Kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri telahpun menyerah maklumat berwajib, semalam.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata demikian ekoran melihat kengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum balas daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana yang terbabit, kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal beliau pagi tadi di lobi Parlimen.
Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu.
Katanya lagi, kerajaan Pusat sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama membanteras sindiket mencuri pasir memandangkan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat turut menasihatkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya tidak melindungi pihak terbabit memandangkan aktiviti curi pasir dilihat mula giat sejak beliau menjadi Menteri Besar.
"Jangan setakat fitnah itu dan ini, dia (Mohamad Khir) kena dedah sindiket itu sekiranya dia masih ingat," beliau menambah.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terkeliru dengan dakyah-dakyah Umno yang mahu merampas kerajaan negeri daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Semalam, Khalid Ibrahim mengaku bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. masih lemah walaupun syarikat itu adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.
Ini kerana, beliau di Dun Selangor berkata, kerajaan negeri kurang mendapat kerjasama daripada pihak penguatkuasaan berwajib yang nyata di bawah bidang kuasa pusat.
Namun, Muhyiddin pada satu kenyataan media yang lain mengetepikan alasan Khalid itu dengan mendakwa bahawa kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat tidak mampu menguruskan isu pasir sebagaimana era Umno BN memerintah negeri.
Pun begitu, Mohamad Khir sendiri sehingga kini difahamkan masih belum menyatakan kesediaan untuk mendedahkan sindiket curi pasir yang berlaku ketika beliau menjadi Menteri Besar dulu. (Sumber HDN)

Perkasa & Umno sekongkol buat demo depan SUK



Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Sebahagian penunjuk perasaan BN membuat kecoh dan melaungkan kata-kata kesat terhadap penyokong Pakatan Rakyat yang berada di dalam premis sekretariat.

"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan negeri yang diketuai pengarah penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Baharom.

Diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam, mereka sebelum itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi di Masjid Shah Alam, tidak jauh daripada situ sebelum berarak beramai-ramai ke bangunan SUK.

Mereka juga membawa bendera Umno dan bendera Selangor dan pelbagai poster mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Selangor.


Bala yang membawa bala

Bala dedah keterangannya pada pendakwa Perancis

Penyiasat peersendirian, P Balasubramaniam berkata dia disoal selama tiga jam Isnin lalu oleh pegawai pendakwa Perancis, M Ryckewaert di Paris.

Ia diikuti dengan pertemuan selama dua jam sehari kemudiannya dengan pasukan peguam Perancis yang diketuai Joseph Breham, bagi pihak kumpulan hak asasi manusia Suaram untuk membawa kes tersebut ke mahkamah Perancis.

Menurut Balasubramaniam, dia memberitahu pihak Perancis apa yang dia tahu mengenai dakwaan pertemuan antara wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak mengupahnya Balasubramaniam untuk mengawasi Altantuya sebelum wanita Mongolia itu dibunuh pada 2006.
Balasubramaniam juga ditanya mengenai bayaran yang dilakukan oleh Razak kepada Altantuya dan pembelian sebuah pangsapuri di Mongolia oleh penganalisis politik itu untuk bekas kekasihnya itu.

Balasubramaniam juga menjelaskan peranan yang dimainkan oleh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, adik lelaki Najib - Nazim Abdul Razak dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan - supaya dia menukar kenyataan bersumpahnya, sehingga membawanya bersembunyi di India.

Dia juga memberi maklumat mengenai dua anggota Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - yang didapati bersalah tahun lalu atas tuduhan mebunuh Altantuya.

Balasubramian juga ditanya mengenai individu dari Perancis yang dipercayai terlibat dalam perjanjian pembelian kapal selam yang bernilai berbilion ringgit itu serta butiran yang diberikan oleh Altantuya mengenai bayaran yang dibuat oleh Perancis kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki isteri Abdul Razak - Mazlinda Mahmood.

Dua nama rakyat Malaysia turut timbul dalam soal siasat tersebut - Mejar Rahim dan Abdul Rahim Saad. Bagaimanapun, tiada butiran didedahkan mengenai siapakah mereka dan apakah peranan mereka dalam skandal itu.

Siasatan itu dilakukan untuk mengetahui sama ada komisyen - yang haram di bawah undang-undang Perancis - telah dibayar dalam perjanjian pembelian kapal selam bernilai RM3.7 bilion antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis DCNS. (sumber MK)

Penafian CNN dedahkan fitnah Utusan, Anwar


(Sumber Merdeka Review)

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang.  Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.
Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan).  Namun apa yang baru?  Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA.  Khabar ini langsung tidak mengejutkan.  Apatah lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.
Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.  Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA.  Pimpinan UMNO pula bersahuti-sahutan menyokong.  Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan UMNO yang diketuai Najib Razak.  CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya.  Kemunculan saya untuk ruang "Connect The World" merupakan keputusan penerbit program tersebut.
Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya.  Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.  Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.
*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang parlimen merangkap Ketua Umum PKR.



—KENYATAAN MEDIA  ANWAR IBRAHIM -(14 JULAI 2010)


Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah memintal fitnah jahat demi menggambarkan saya sebagai seorang yang terdesak dan sanggup menjadi talibarut CIA. Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan juga memintal pembohongan kononnya saya membuat bayaran kepada Cable News Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World. Dengan hanya berasaskan tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan memulakan satu kempen yang berakarkan kebencian.
Walaubagaimanapun pada 13hb Julai 2010, Cable News Network (CNN) telah menafikan bahawa saya membuat sebarang bayaran kepada organisasi media tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World. Penafian ini sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan Umno-Bn terhadap saya melalui akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan kewartawanan yang bermaruah dan bebas.
Kita sedar fitnah ini direkayasa khusus untuk merosakkan reputasi saya sebagai Ketua Pembangkang serta bercita-cita menggugat keutuhan muafakat Pakatan Rakyat. Pastinya cita-cita jahat mereka hanya akan tinggal sebagai satu angan-angan kosong semata. Serangan fitnah bertali arus yang ditujukan kepada saya ini bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini saya telah dituduh sebagai agen Cina, agen India, agen Kadazan, agen Iban dan kini, mengulangi skrip lama yang usianya menjangkau satu dekad, pembohongan kononnya saya tali barut CIA kembali didendangkan.
Ternyata ianya tidak mengejutkan. Apa yang mengejutkan ialah kegagalan pimpinan Umno-Bn untuk menyedari bahawa rakyat sudahpun mual dengan fitnah sebegini. Apatah lagi sepanjang pentadbiran Dato’ Sri Najib, rakyat disajikan dengan khabar yang muluk muluk kononnya Umno-Bn berhasrat mahu melaksanakan perubahan. Namun semua itu tidak mungkin berlaku di bawah pemerintahan Umno-Bn. Setiap kali pimpinan Umno-Bn terdesak mereka akan menggunakan taktik kekerasan seperti melumpuhkan kebebasan media serta memintal fitnah jahat terhadap lawan yang berupaya menewaskan mereka. Kita memberi amaran kepada pimpinan Umno-Bn untuk bersedia dihukum pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Rakyat akan membuat pilihan tepat demi memilih permuafakatan Pakatan Rakyat untuk memimpin Perubahan.
ANWAR IBRAHIM