"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin Nasution seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini tersebut.
Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
+ Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak?
+ Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih?
+ Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah?
+ Kenapa orang mati masih layak mengundi?
+ Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari?
+ Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?
+ Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12?
+ Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004?
Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia.