Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 2 Februari 2011

biol mahathir semakin parah

 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim 

“Cara mudah ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar  ” katanya dipetik Bernama Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam “Malay Dilemma 2” Beliau berkata demikian pada wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Mubarak Wilayah Persekutuan di sini hari ini Dalam tulisan blognya semalam Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan “lebih teruk dari Islam nasionalis”  Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai “Tuan” jika mereka sebenarnya hanya merupakan “kuli” kepada orang lain Menurutnya kata-kata “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan “Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah kaya ada ilmu cekap dalam perniagaan pengurusan dan sebagainya ” katanya.

nota: Tolong carikan telo Ibrahim Ali...sudah hilang dari parkingnya...hua..hua..hua...

Anwar naik minyak

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi janji bahawa minyak petroleum akan diturunkan hanya sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Umum PKR itu berkata dalam ceramahnya di Gopeng semalam bahawa alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya membantu rakyat miskin dengan mengurangkan harga minyak dan barangan lain tidak berasas sama sekali.
Semalam kerajaan secara mengejut mengumumkan kenaikan petrol RON97 sebanyak RM0.10 sen menjadikan harganya RM2.50 sen. Ini merupakan kenaikkan kedua bahan api berkenaan bagi tahun ini.
"Kalau Allah takdirkan kita menang, masuk Putrajaya, saya ulang, hari ini masuk Putrajaya esok harga minyak turun seluruh negara," tegas beliau diikuti sorakan gemuruh daripada hadirin.
Dalam ceramah umum yang dibanjiri dengan kira-kira dua ribu hadirin, beliau menjelaskan keuntungan yang diperoleh oleh dari jualan hasil petroleum sahaja mencecah RM70 ke RM80 bilion setahun dan ini dapat digunakan untuk mengurangkan harga minyak hanya sekiranya hasil ini diuruskan dengan bijak dan adil.
Katanya, tidak logik sama sekali Najib membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura kerana Singapura bukanlah negara pengeluar minyak petroleum.
Anwar menjelaskan, inilah antara sebab beliau mengajak Perdana Menteri untuk berdebat berkenaan 'Buku Jingga' Reformasi 100 Hari PR yang dicemuh oleh Najib sebagai karut.
"Saya nak tanya, pasal apa harga minyak naik? kalau dia (Najib) kata Singapura, saya akan kata, banding Malaysia dengan semua negara-negara pengeluar minyak, mana-mana negara pengeluar minyak, Iran, Arab Saudi, Venezula, Qatar, Brunei, sebut mana ada satu negara pengeluar minyak, harga minyak mahal macam Malaysia, tak ada!" kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata, kenaikan harga boleh dijustifikasikan sekiranya Malaysia bukannya pengeluar minyak.
"Kalau negara tak ada minyak, dan kata minyak naik tak ada apalah; (Menteri kata) Singapura pun naik, menteri bodoh cakap macam itu," kata beliau lagi.


"Bila kenaikan pada 4 Januari, kenyataan telah diberi, tidak ada lagi kenaikan dalam tempoh masa yang singkat. Masyarakat sudah menerima itu, tetapi setelah mereka menerima, ini menjadi kejutan berganda. Melalui kajian yang dilakukan daripada pengguna-pengguna, mereka katakan selepas ini kita tidak boleh terima lagi kenyataan-kenyataan kerajaan," tegas Dr Jacob, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), 

SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DIMESIR


Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin. - Foto AP
Keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia.
Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.
Bagaimanapun Timbalan Setiausaha pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Nik Nur Fariha Mohamed Zalami berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku dalam insiden berkenaan.
Menurut pelajar tahun empat Universiti Mansurah itu, keadaan di bandar utama Mesir iaitu Kaherah dan Iskandariah yang kini dipenuhi dengan ribuah penunjuk perasaan berada dalam keadaan luar kawalan dan membimbangkan.
"Dua bahagian ini iaitu Kaherah dan Iskandariah cukup berbahaya, kumpulan pelajar yang berada di sana berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi mstar Online di sini, Selasa.
Nik Nur Fariha kini berada di Aldgate, London. Beliau meninggalkan Mesir bersama beberapa rakannya pada Jumaat lalu iaitu selepas tiga hari berlakunya rusuhan bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Maklumat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi PCM, Ahmad Azizi Md Jusoh yang kini masih berada di Mansurah, Mesir.
Selain itu, Nik Nur Fariha yang menjadi perantara saluran maklumat antara pelajar perubatan di Mansurah dan wakil persatuan mereka di Malaysia mengenai perkembangan terkini di mesir berkata, situasi di bandar Mansurah agak terkawal berbanding di kawasan lain.
Bagaimanapun katanya, keadaan berkenaan dikhuatiri akan berubah dalam masa terdekat berikutan perkembangan terkini iaitu kumpulan penunjuk perasaan mula memasuki kawasan bandar Mansurah.
"Tapi buat masa ini kawasan blok kediaman pelajar Malaysia sains perubatan di Tir'ah masih selamat.
"Tiada anggota polis, sebaliknya tugas mengawal keselamatan diambil alih oleh pihak tentera. Manakala pada waktu malam masyarakat arab tempatan turut mengadakan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan," katanya.
Terdapat 755 pelajar Malaysia belajar di Universiti Mansurah dengan 298 daripadanya ialah lelaki manakala 457 adalah wanita.
Tambahnya lagi, pelajar Malaysia di Mansurah kini sudah bersiap-sedia menunggu arahan daripada pihak Keduataan Besar Malaysia, Kaherah untuk dipindahkan.
"Walaupun tiada sebarang arahan diterima, tapi kumpulan pelajar di sana sudah bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.
Jelas beliau, kumpulan pelajar Malaysia di Mansurah bagaimanapun tidak menghadapi masalah bekalan makanan.
"Bekalan makanan masih boleh dibeli, tapi sejak berlakunya rusuhan, harga barang makin naik dan lebih mahal," katanya.
Sejak Selasa minggu lalu, beberapa demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansurah.
Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 sedang mengikuti jurusan pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan[ms]

MESIR: KERAJAAN TUNGGU LAMPU HIJAU


Kerajaan hanya menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa Mesir untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beberapa rancangan utama telah dirangka oleh kementeriannya bagi memberi bantuan segera, termasuk menghantar bekalan makanan dan membawa mereka keluar menerusi jalan darat ke negara terdekat seperti Jordan.
Katanya, alternatif lain yang mungkin dilaksanakan adalah dengan membawa keluar rakyat negara ini ke Jeddah, Arab Saudi menerusi laluan udara.
"Kita sudah menghubungi pihak berkuasa di Jeddah dan meminta mereka mengecualikan penggunaan visa dalam masa terdekat bagi membawa masuk rakyat kita ke sana," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Tahun Baru Cina Daerah Kimanis, di sini.
Mengulas lanjut, Anifah berkata, sebelum ini pihaknya bercadang membawa keluar rakyat Malaysia ke Riyadh, Jordan dan Tripoli menggunakan jalan darat, namun keadaan yang semakin meruncing menyulitkan rancangan tersebut.
Menurutnya, tindakan segera yang mungkin boleh dilaksanakan oleh pihak kementerian itu adalah dengan menghantar bekalan makanan menerusi pesawat Charlie dan kemudiannya digunakan untuk mengangkut rakyat Malaysia.
Bagaimanapun katanya, pelaksanaannya masih bergantung kepada keadaan di Mesir dan laporan yang diterima daripada Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, yang berada di sana.
Tambahnya, jika rakyat Malaysia di Mesir berjaya dihantar ke Jeddah, ia satu tindakan yang baik kerana pelbagai kemudahan Lembaga Tabung Haji (TH) ada di situ.
Selain itu katanya, usaha juga sedang dilakukan untuk membawa pulang lebih 200 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.