Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 11 Februari 2010

Malaysia tidak stabil : PERC - TS muhyiddin berang

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perunding Politik dan Risiko Ekonomi (PERC) yang beribu pejabat di Hong Kong "bercakap dengan tidak berasas" apabila mereka menggambarkan Malaysia ke arah keadaan yang tidak stabil. Saya fikir mereka mesti "bercakap dengan tidak berasas," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.Dalam laporan itu, PERC memberikan contoh beberapa perkembangan di Malaysia, termasuk kehilangan enjin jet tentera, penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan.-BERNAMA

----------------------------
HJ HADI KENAPA TAKUT JUMPA PENYOKONG KHALID?
Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.
Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.
Dalam pertemuan tersebut kira-kira jam 11.30 malam, hanya tiga soalan sempat diajukan kepada Abdul Hadi oleh anggota Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Himpunan Penyokong PAS (HPP).
Menjawab kesemua soalan itu tidak sampai sepuluh minit kepada 80 pemimpin dan ahli akar umbi PAS di Shah Alam, Abdul Hadi mempertahankan keputusan jawatankuasa disiplin.
Menjawab soalan Zarina, Abdul Hadi menegaskan parti hendaklah didahulukan jika bercanggah dengan pendirian Pakatan.
---------------------------

80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan




(Harakah Daily) - Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.
----------------------------------------------------------


ZUL NORDIN MELAMPAU- tindakan tegas terhadap Zulkifli Nordin - Anwar


(Selangor Kini Online) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berikutan kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan prinsip parti dan dasar Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwear Ibrahim berkata, prinsip parti jelas bahawa hanya ahli yang mempersetujui dasar parti kekal dalam PKR.

“Itu dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Tidak mahu orang cari alasan untuk apa-apa, kita ikut prinsip saudara setuju pada dasar saudara kekal, tidak setuju tidak ada pilihan,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli bahawa DAP tidak diperlukan dalam PR yang dianggap sebagai punca utama masalah dalaman yang melanda pembangkang.

Anwar dengan tegas menyifatkan kenyataan itu sebagai pendapat peribadi Zulkifli yang dimanipulasi media Umno untuk memecahbelahkan oarang Melayu dan Cina.

“Itu pendapat peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar Pakatan Rakyat serta Keadilan. Dalam konvensyen baru-baru ini PR telah memutuskan untuk menerima tiga-tiga parti induk PKR, Pas dan Dap menerima beberapa prinsip asas perlembagaan, nbaik bahasa, hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja.

“Tapi dipermainkan media Umno untuk memecahbelahkan diantara Melayu dan Cina dan ini diteruskan. Media Umno memperbesarkan seolah-olah DAP menetang hak ke istimewaan orang Melayu. Ia tidak berbangkit kerana pimpinan DAP, Keadilan dan Pas telah menandatangani bersama,”katanya.




sehari dimalaysia
-melayari internet membaca blog untuk mengikuti kes liwat DS anwar Ibrahim connection slow?...
-baca blog kari penulis kari makan kari merapu kaki kutuk
-banyak kes dari mahkamah
-mendongak kelangit melihat seperti jet sedang melintas...sembunyikan diri takut enjin jet jatuh.
-menyusul kemudian