Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 16 Julai 2010

Senarai pemegang permit pasir S'gor dikeluarkan

Kerajaan Selangor hari ini menyiarkan senarai nama syarikat dan individu yang diberikan permit melombong pasir di negeri ini yang dikeluarkan pada 2005, 2006 dan 2007.

Sebanyak 158 permit melombong pasir telah dikeluarkan untuk tiga tahun iaitu 49 permit pada 2005, 48 permit pada 2006 dan 61 permit pada 2007. 

Daripa

da jumlah itu, 33 permit dikeluarkan kepada individu dan selebihnya atas nama syarikat.

Permit-permit ini dikeluarkan oleh enam Pejabat Tanah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak.

“Sebelum 2008, prosedur pengeluaran permit ialah pejabat tanah daerah membuat kertas ringkasan mengenai permohonan yang dibuat untuk melombong pasir dan dihantar ke pejabat tanah dan galian (PTG),” kata kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Menteri Besar Selangor, hari ini. 

Permohonan ini kemudian dihantar ke jawatankuasa teknikal permit bahan batuan untuk ulasan dan syor. Permit hanya dikeluarkan selepas mendapat kelulusan jawatankuasa tetap pembangunan tanah (pasir).

“Selepas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), milik penuh kerajaan Selangor ditubuhkan, permit permohonan masih dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah tetapi hanya kepada KSSB.”

Menurut kenyatan itu lagi, KSSB kemudiannya akan membuat permohonan kepada pentadbir tanah.

Selepas permohonan mendapat kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri, KSSB kemudiannya membuka tender secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan mempunyai jentera yang mencukupi untuk menjalankan kerja perlombongan pasir.

Hasil kutipan penjualan pasir ini, KSSB membuat pembayaran royalti kepada kerajaan negeri menggunakan perkiraan yang telah ditetapkan.

“Dengan cara ini, perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan lebih terkawal berbanding sebelum 2008 apabila hanya KSSB diberikan permit oleh pentadbir tanah.

“Langkah kerajaan Selangor ini bukan saja berjaya mengurangkan aktiviti curi pasir yang telah berleluasa sebelum 2008 malah telah meningkatkan kutipan hasil dan royalti,” petik kenyataan itu.

umno t'ganu masaalah lagi-pulau muhyidin

Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.

Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.

Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. 

Selangor Sedia Dedahkan Penyangak Sebenar Isu Curi Pasir


Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie berkata demonstrasi anjuran Umno dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam berhubung isu pasir adalah agenda politik murahan Umno-BN kerana sangat tercabar dengan kewibawaan Pakatan Rakyat Selangor mengurus gejala kecurian pasir secara berhemah dan professional.
Malah Shuhaimi mendakwa, kerajaan negeri mempunyai cukup bukti siapa sebenarnya 'penyangak' dalam isu curi pasir dan pihaknya bersedia mendedahkan perkara sebenar berhubung isu ini.  
"Apa yang mereka lakukan pada hari ini (semalam) adalah untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu yang sebenar dan sebab itu saya menjangkakan dalam kepala kepimpinan BN di peringkat pusat, mereka mempunyai perancangan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat, maka itu mereka mungkin melalui nasihat daripada Apco dan sebagainya mula menyerang Selangor secara sistematik. 
"Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang mahukan Selangor dan ada arahan yang dikeluarkan kepada agensi-agensi di bawah persekutuan yang mahu mengambil alih Selangor secara kasar ataupun lembut," katanya kepada Suara Keadilan selepas menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor yang berakhir semalam. 
Beliau mendesak pemimpin Umno-BN menghentikan politik kotor mereka kerana Pakatan Rakyat Selangor sentiasa bersedia membongkar perkara sebenar behubung isu pasir ini. 
"Saya tidak berhajat untuk membuka fail-fail yang melibatkan saudara-mara kepada kepimpinan bekas Menteri Besar dari Sungai Panjang dulu. 
"Tetapi kita ada maklumat tentang itu, jadi sebarang tindakan yang hendak dilakukan itu sebenarnya seperti ibarat meludah ke langit sebab jika kita bongkarkan kesemuanya, yang mendapat malu adalah orang dari Sungai Panjang (Khir Toyo). 
"Saya juga tidak terkejut dengan serangan ini kerana ia merupakan serangan terancang dan kita akan saksikan lebih banyak lagi serangan yang akan dilakukan selepas ini. 
"Kita juga bersedia untuk menyerang balas balik dengan pendedahan-pendedahan yang pasti akan mengecutkan kepimpinan Umno," kata Shuhaimi. 
Bagaimanapun katanya, serangan yang bakal dilakukan Pakatan Selangor adalah berlandaskan politik matang dan mengikut ketamadunan manusia. 
"Kita juga harus berpolitik secara matang dan boleh diterima oleh mereka yang bertamadun dan jangan melakukan serangan yang di luar ketamadunan manusia.  
"Apa pun yang mereka lakukan sekarang ini yang pasti akhirnya kebenaran akan terbukti walaupun mereka hari ini cuba menyelitkan diri mereka sebagai juara isu pasir di Selangor, realiti yang sebenarnya, penyagak, pencuri, dan perampas yang sebenar pasir ini adalah didalangi oleh kepimpinan Umno-BN dulu kerana mereka terlalu marah sangat apabila hasil pendapatan mereka sudah berkurang. 
"Kalau dulu dengan melalui penyangak-penyangak ini,mereka mempunyai aset tetap yang disimpan oleh tauke-tauke ini tetapi hari ini, mereka tidak lagi mempunyai ruang ke arah itu disebabkan itu mereka rasa tak cukup makan. 
"Kemiskinan yang dialami oleh pemimpin Umno ini membuatkan mereka menyalak tak tentu hala. Tampil seolah-olah merekalah pejuang rakyat sedangkan merekalah sebenarnya juara kepada segala pencuri-pencuri pasir ini kerana merekalah yang melindungi aktiviti-aktiviti yang sejak puluhan tahun dulu sudahpun berlaku terutama sekali waktu pentadbiran terdahulu, kenapa mereka tak bising dari dahulu lagi?, tegas Shuhaimi lagi-(Sumber SKO)

KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB




Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

reaksi kenaikan harga barang

Manakan tidak rakyat resah dengan kenaikan barang yang diumumkan secara drastik semalam. Pasti ada yang keluh kesah kerana barangan  tersebut (diesel, petrol, gas dan gula) akan memberi kesan secara langsung dengan kenaikan barangan lain.
Apakah rasionalnya kerajaan menaikkan dan bersetuju dengan kapitalis untuk menaikkan harga barangan tersebut?
Rakyat bawahan yang berpendapatan tidak seberapa akan merasai fenomena yang tidak digemari ini dengan perasaan kecewa.
Tidak mungkin kerajaan akan menarik balik pengumuman tersebut. Hanyalah rintihan didalam hati yang dapat disuarakan sesama sendiri. Kita faham bagaimana PM Najib boleh mengambil tindakan sedemikian. . Beliau dibesarkan dengan kemewahan sejak kecil. Jauh untuk merasai keperitan hidup Bagaimana nak merasakan kesusahan rakyat? Bolehkah beliau hidup dengan gaji sekitar RM 1500.00?
Apapun alassan yang diberi, rakyat tidak dapt memahami...kerana ekonomi negara dicorakkan oleh pemerintah.
Rakyat hanya mahukan kesejahteraan dan  keselesaan kehidupan. Bukannya terhimpit dan tersempit.
Berikanlah rakyat kemakmuran menikmati kehidupan. bukan menangis di tanah air sendiri mendepani kebejatan. Jauh keGaza dipandang...ditanah air ditekan kenaikan barang..