Usahlah terperanjat apabila Adun Sri Muda Suhaimi Shafie akan dihadapkan mahkamah pada Isnin nanti.
Apatah lagi beliau akan didakwa dibawah akta hasutan.
Ini adalah taktik kotor UMNO/BN untuk menjinakkan Suhaimi yang dianggap sebagai politikus muda yang berpotensi. Suhaimi memang seorang adun yang berkarisma dan berkhidmat cemerlang. Beliau adalah golongan yang agresif sejak bersama dengan Ezam M.Nor. Malah Suhaimi juga agak rapat dengan Ezam semasa menggerakkan reformasi.
Dengan memberikan tekanan kepada suhaimi dipercayai beliau akan lembut dan berpaling tadah sebagaimana taktik yang sama digunakan terhadap timbalan menteri pulau pinang dahulu.dan beberapa ahli PKR sebelum ini.
Bermula dengan menggertak suhaimi dengan kes pasir menggunakan SPRM dan kini beliau cuba dikenakan
menggunakan akta hasutan yang mana dipercayai berpotensi untuk mensabitkan kesalahan yang agak sukar peluang membela diri.
Beberapa kes sebelum ini UMNO telah berhasil berjaya menjinakkan anggota PKR untuk berpaling tadah.dengan menggunakan tekanan seperti itu. Setidak-tidaknya boleh 'deal".
Suhaimi harus dibantu untuk terus keras kepala kerana beliau adalah tenaga muda penggerak PKR.
Jika disabit kesalahan maknya kerusi dun tersebut bakal kosong...DUN sri Muda adalah lubok BN bertahun-tahun sebelumnya. Bila DUN tersebut dapat ditawan semula maka Parlimen Kota Raja adalah dalam tangan.
Maka apa carapun Suhaimi harus disokong sepenuhnya.
-Melayu-malaymerdeka.