MUFTI WANITA PERTAMA
Dubai lantik mufti wanita
DUBAI: Negeri Emiriah Arab Bersatu ini merancang melantik wanita menjadi mufti menjelang tahun depan.Langkah yang belum pernah berlaku itu dijangka mencetuskan bantahan daripada beberapa negara Islam.
Akhbar The National memetik Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed al-Haddad melaporkan, enam wanita sudah dipilih untuk menjalani program latihan yang akan bermula tahun depan.
Ahmed mengeluarkan fatwa Februari lalu yang membenarkan wanita menjadi mufti sebelum mempelawa calon berkelayakan untuk memohon mengikuti program latihan Mei lalu.
akhbar itu memetik beliau sebagai berkata: “Wanita berilmu dan dilatih dalam mengeluarkan fatwa tidak dihadkan kepada peranan mengeluarkan fatwa yang berkait dengan wanita sahaja. Malah dia layak mengeluarkan fatwa berkait dengan ibadah, moral dan falsafah undang-undang serta tingkah laku.”
Beliau enggan mengulas panjang lebar mengenai kemungkinan langkah itu dikecam. - AFP
melayu:
alfining al keliru alpelik al-tunggang terbalik al-fatihah.