Jijik termakan nasi goreng ayam ‘ulat’

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 34, berkata, dia membeli nasi goreng berkenaan petang Jumaat lalu sebagai hidangan makan malam keluarganya.
Katanya, sebaik tiba di rumah, beliau kemudian membuka bungkusan nasi itu untuk dihidangkan bagi dinikmati bersama anak-anaknya .
“Semasa membuka bungkusan nasi goreng berkenaan saya tidak mencurigai apa-apa sehinggalah ketika mahu menikmati ayam goreng yang kononnya bagi penambah selera.
“Selepas beberapa kali menyuapkan daging ayam ke dalam mulut, saya mendapati di celahan antara tulang dan daging lauk berkenaan berlendir selain mempunyai bau busuk,” katanya yang kemudian mendapati terdapat beberapa ekor ulat berwarna putih selepas menguis-guis isi ayam terbabit.-
melayu:
Restoran ini mungkin dipunyai jin