Jijik termakan nasi goreng ayam ‘ulat’
PUCHONG – “Selera saya terus terputus apabila melihat beberapa ekor ulat seakan-akan ulat sampah bergerak-gerak dalam bahagian ayam goreng yang dibeli dari sebuah restoran di Taman Wawasan dekat sini,” kata seorang wanita yang mendakwa berasa mual dan jijik apabila termakan nasi goreng ayam mengandungi ulat hidup yang dibelinya di sebuah restoran makanan Thai di sini petang Jumaat lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 34, berkata, dia membeli nasi goreng berkenaan petang Jumaat lalu sebagai hidangan makan malam keluarganya.
Katanya, sebaik tiba di rumah, beliau kemudian membuka bungkusan nasi itu untuk dihidangkan bagi dinikmati bersama anak-anaknya .
“Semasa membuka bungkusan nasi goreng berkenaan saya tidak mencurigai apa-apa sehinggalah ketika mahu menikmati ayam goreng yang kononnya bagi penambah selera.
“Selepas beberapa kali menyuapkan daging ayam ke dalam mulut, saya mendapati di celahan antara tulang dan daging lauk berkenaan berlendir selain mempunyai bau busuk,” katanya yang kemudian mendapati terdapat beberapa ekor ulat berwarna putih selepas menguis-guis isi ayam terbabit.-
melayu:
Restoran ini mungkin dipunyai jin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan