Selasa, 22 Mei 2012
Zahid Hamidi tak mampu ke Peranchis untuk jadi saksi, memerlukan dana
"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid Hamidi saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan kes rasuah kapal selam Scorpene. Harakahdaily.net melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir."Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi."Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."
Malay Merdeka: Demi Zahid..jangan mengelat...mari kita bergolok bergadai hantar dia kePerancis
Langgan:
Catatan (Atom)