Jumaat, 12 Julai 2013
Gambar Tok Jib kena hina oleh ahli umno sendiri?
mengikut maklumat yang ada pada EP, kejadian vandalisme yang berlaku ke atas gambar najib ini telah di sabotaj oleh ahli umno dan ahli UG sendiri serta ahli perkasam kerana tidak mendapat mandat sebagai pengerusi telekom atau tabung haji - Ajensi Fakap Kerajaan
Sultan Johor pandu keretapi KTM lagi
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis memandu sendiri keretapi sejauh 50 kilometer menuju ke Stesen keretapi Kluang untuk bertemu rakyat.
Baginda dijadual akan berada di Kluang selama lima hari dan selain atas urusan peribadi Sultan Johor difahamkan akan turut mencemar duli meninjau bazar Ramadan untuk bertemu dengan rakyat.
Sultan Ibrahim sebelum itu tiba di Johor Baharu (JB) Sentral kira-kira pukul 2 petang dan disambut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir dan pegawai kerajaan negeri sebelum menuju ke gerabak untuk memandu keretapi Sinaran Selatan yang dinaiki kira-kira 150 penumpang.
Baginda yang kelihatan teruja untuk memandu keretapi berkenaan sempat bertitah kepada pemberita dengan menyatakan telah merancang perjalanan tersebut sejak bulan lepas.
Persediaan mental dan fizikal juga dilakukan untuk memandu keretapi berkenaan yang mengambil masa dua jam 15 minit untuk tiba di Kluang, titah baginda.
Ini merupakan kali kelima baginda memandu sendiri keretapi selepas mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jun 2010.- AA501

Langgan:
Catatan (Atom)