Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 6 Julai 2011

BERSIH 2.0: PM Najib berdolak-dalih - Bersih 2.0 Terpedaya

Pengumuman terbaru Perdana Menteri membayangkan kerajaan masih keberatan untuk meluluskan perhimpunan Bersih sungguhpun penganjur membatalkan rancangan awal untuk berarak ke Istana Negara.
"Kita serahkan kepada polis untuk membuat keputusan dengan mengambilkira soal keselamatan,” kata beliau.
Bagaimanapun Perdana Menteri menukar rentaknya hari ini dan menegaskan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa bahawa hakikat Yang DiPertuan Agong berjumpa rombongan Bersih semalam, tidak menjadikan gabungan itu sah dari segi undang-undang.
Rombongan Bersih semalam memutuskan untuk membatalkan perarakan jalanan selepas di nasihati oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdolak dalih, kurang 24 jam selepas membuat   tawaran untuk perhimpunan Bersih diadakan di stadium dan bukan dijalanan.
Selepas tawaran berkenaan diterima oleh penganjur perhimpunan semalam, Najib hari ini menegaskan Bersih adalah pertubuhan haram dan justeru itu,  tidak boleh memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu.
Kenyataan itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah Najib sendiri menyatakan kesediaannya semalam untuk berjumpa dengan penganjur Bersih bagi membincangkan tawarannya itu.

Buah pelir Ibrahim Ali ghaib?


(Gamabr Ibarahim Ali tidak dapat disiarkan kerana terlampau menyampah)
Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, membatalkan jadual mengadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai supaya memohon campurtangan baginda membatalkan himpunan Bersih.
Menurut Malaysiandigest.com, berdasarkan sumber, ia dibatalkan kerana pihak Istana tidak membenarkan Ibrahim Ali mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Perkasa dijangka mengadap baginda pada pukul 10 pagi tadi untuk menyerahkan sepucuk surat sebelum 9 Julai- tarikh perhimpunan aman Bersih berlangsung.

klip video seks Umno/Bn



SILA HAYATI DAN FAHAMI KLIP INI


KL semakin meriah menjelang bersih 2.0



police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02
Belum pun 9hb julai..tiada pun lagi himpun berhimpun...tapi orang ramai sudah mula tunjuk rasa dan marah atas tindakan polis mengadakan sekatan jalanraya dibeberapa tempat menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur sejak awal pagi.
Kekesalan dan pelbagai luahan rasa tidak puashati orang ramai terhadap tindakan polis itu melalui twiter dan facebook menurut laporan Malaysiakini.com
Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.
Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kecurangan SPR semakin nyata,10.000 pengundi hantu ditemui di Selangor


Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya  mengesan ratusan malah ribuan kes individu berlainan kaum berkongsi satu alamat untuk didaftarkan sebagai pengundi.

“Di satu rumah orang Melayu Islam,  ada senarai 10 nama orang Cina yang didaftarkan di rumah atau kawasan tersebut. Bila kita pergi semak melalui petugas-petugas kita,  tuan rumah itu sendiripun tidak mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di alamat rumah atau kawasan tersebut.” kata beliau.  

“Kita baru mengesan hampir 10,000 nama- nama yang boleh mengundi dua kali khususnya  di negeri Selangor ni,” tambah beliau.

Menurut Mohd Sany, jumlah pengundi bertindih menempelak dakwaan- dakwaan SPR kononnya tidak ada pengundi hantu atau pun kes pengundi mengundi dua kali kerana kelemahan-kelemahan daftar pengundi.

Menurut Sany pendedahan pihaknya memperlihatkan  keperluan SPR memperkenalkan dakwat kekal bagi memastikan tidak ada pihak yang mengundi dua kali pada pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu wakil Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zainal Said  mendakwa SPR  Selangor mendaftarkan anggota Palapes sebagai pengundi pos.

Pelapes adalah pasukan pegawai latihan simpanan institusi pengajian tinggi awam.

“Jadi kita mahu satu jawapan yang munasabah daripada SPR negeri Selangor bagaimakah Palapes ini boleh diterima pada awalnya sebagai orang yang layak menjadi pengundi selaku  pengundi pos.”

Surat Nik AZIZ kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong



Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku di atas kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.  Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.


Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT  BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M