Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 29 Jun 2011

SUHAKAM: Hak untuk mengadakan perhimpunan aman


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan PERKASA, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.  Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kiri) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

TERkini MENTERI DALAM NEGERI keluar fatwa


Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini  kepada wartawan.


Adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram .Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul katanya.

depan komputer dan tv punca gemok


 Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.
Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.
“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.
“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini. - mstar
melayuberkata:
Ibrahim Ali gemok sebab apa?...makan katak?..jadi katak?..
menyongek....merapu..meraban...merepek...
ataupun braghim bastard?...

Selasa, 28 Jun 2011

300 Pemuda Umno kepong dan ugut bakar ibu pejabat keadilan tiada tindakan polis


 Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.
Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.
Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.
Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.
Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.
Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan.
“Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini.
“Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal.
“Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya  akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka.
“Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” kata Saifuddin.

Isnin, 27 Jun 2011

pakai baju Bersih nak guling Agong

Tak masuk akal pakai baju Bersih nak guling Agong


Aziz Muda



Pemuda PAS Pusat menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa aktivis PSM mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong adalah sangat melucukan.
“Bagaimana mereka boleh memerangi Yang di-Pertuan Agong hanya dengan menaiki bas tanpa senjata dan bergerak secara terbuka di tempat awam.
“Sangat tidak masuk akal dengan persiapan membawa baju, risalah, bendera dan pembesar suara sahaja boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong,” kata Pengerusi  Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat(gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, jika usaha seumpama itu boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong maka tahap keselamatan negara kita adalah sangat lemah.
Mdenurutnya, jika benar mereka berniat sedemikian tentulah mereka telah mempersiapkan diri dengan senjata, alat komunikasi yang canggih, kenderaan kalis peluru dan lain-lain lagi.
Beliau menyuatakan demikian sebagai mengulas pihak polis telah menahan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang, kelmarin mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Mereka ditangkap ketika menaiki bas bagi kempen menyokong Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Antara yg ditangkap adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj.
Dalam tangkapan itu polis telah menjumpai 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah.
Turut ditemui 7,000 risalah PSM, 600 risalah Himpunan Bersih 2, 25 naskah sosialis, satu set pembesar suara, 15 bendera PSM dan bebarapa helai baju T.
Mereka dituduh membawa faham komunis ke negara ini dan mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Suhaizan, fahaman dan gerakan komunis bukan lagi menjadi ancaman kepada negara.
Katanya, mereka telah meletakkan senjata dan sudah menjadi masyarakat sivil sekarang.
“Perjuangan komunis sudah menjadi bahan sejarah dalam negara kita,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Katanya lagi, PSM mengiktiraf sumbangan parti-parti berhaluan kiri yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerdekaan negara.
Pengiktirafan PSM itu, ujarnya adalah hak mereka yang perlu kita hormati.
“Soalnya adakah pengiktirafan kepada perjuangan parti-parti berhaluan kiri sebelum merdeka boleh dianggap mengembalikan fahaman komunis yang sudah menjadi bahan sejarah?
“Apakah pengiktirafan seumpama ini boleh dianggap memerangi Yang di-Pertuan Agong?” soalnya.
Katanya, jika mereka mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong apa perlunya mereka menghantar memorandum pada Himpunan Bersih 2.
Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS sangat yakin bahawa tuduhan yang dikenakan kepada aktivis PSM adalah tuduhan yang direka semata-mata untuk menyekat kemaraan rakyat yang akan turun dalam Himpunan Bersih 2.
“Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak semua aktivis PSM tersebut dibebaskan dengan segera.
“Berikan mereka hak untuk bersuara dan berhimpun tanpa senjata seperti yang telah dijamin oleh perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” katanya lagi.

Zahid Hamidi Jahil!

Naib Presiden Umno yang juga bekas menteri agama, Zahid Hamidi menonjolkan sikap dungu dan kejahilannya tentang hukum feqah, demikian menurut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Nik Aziz digesa solat istikharah”.
“Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden Umno yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang,” kata Khairuddin.

Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi.
Justeru, beliau meminta para alim ulama di dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut.

RM50 sokong Datuk T


 Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.
Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan.
“Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’.
Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama.
Berdasarkan penerangan Faisal, Shuhaimi berkata, pelajar tidak dimaklumkan bentuk kerja yang akan dilakukan, sebaliknya diminta menaiki bas.
“Dari Taman Wahyu ada kira-kira 30 orang tetapi mereka dapat tahu ada dua bas semuanya. Mereka ditawar kerja itu oleh penduduk tempatan dikenali sebagai Isa – orang suruhan pemimpin Umno bahagian bergelar Datuk.
“Anak saya cuma sekadar ikut kawan yang mengajaknya bekerja,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana bimbang dimanipulasi pihak tertentu.
Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain,” katanya.

Sabtu, 25 Jun 2011

BERSIH 2.0 Walk for democracy ratusan polis serbu uptown shah alam tim ketua amk pusat ditangkap


keadilandaily.com mlaporkan beriti terkini : Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.
Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.
Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.
Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.
“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.
Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu.
“Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…” katanya.
Terdahulu,  Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Datuk T mengaku bodoh


Mahkamah hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap kumpulan Datok bengong "Datuk T' dengan hukuman denda yang ringan sebanyak Rm 5500 sahaja.
Ini kerana Datuk T telah mengaku bersalah keatas tuduhan yang dibacakan keatasnya.
Kebodohan mereka terserlah. Mereka adalah pengkhianat bangsa yang keterlaluan. wajarlah mereka ini dibaling dengan najis!

Lembu - lembu iringi Datuk T kemahkamah

Hampir 100 ekor lembu membawa sepanduk menyatakan sokongan kepada Datuk T  di luar perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.
datuk t supporters in court 1
lembu-lembu ini juga menyatakan sokongan kepada kumpulan pelampau melayu PERKASA.
kehadiran mereka membuat keriuhan adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T'pengkhinat bangsa dan pembikin vbideo lucah yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

 Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.

Khamis, 23 Jun 2011

Pengarah Jawi lakukan Dosa Besar - Bekas Mufti

 Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi  dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membiayai kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori  iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal.
Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang  zakat bagi tujuan untuk perbelanjaan selain bantuan kepada golongan asnaf.
“Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat.
“Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?,” ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com.
Asnaf yang  lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim),  fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir).
Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.
“Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya.
“Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar,” katanya lagi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.
Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

KRISIS AIR SELANGOR - Syabas tak buat kerja

"Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas."Kenyataan pihak Syabas (yang) menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.

Menurut exco Selangor, Elizebeth Wong gangguan itu adalah kerana kegagalan Syabas untuk menyelenggara loji rawatan tersebut sejak tahun 1997 katanya dalam satu kenyataan akhbar, lewat petang semalam.
Wong juga berkata simpanan air di empangan sekitar negeri itu masih berada pada tahap yangtinggi.


NONE



Beliau membekalkan data Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung kedudukan tahap simpanan air empangan sehingga 21 Jun lalu bagi membuktikan kata-katanya itu.
  • Empangan Sungai Selangor - 98.81 peratus
  • Empangan Sungai Tinggi - 99.17 peratus
  • Empangan Sungai Batu - 100 peratus
  • Empangan Klang Gate - 100 peratus
  • Empangan Sungai Semenyih - 100 peratus
  • Empangan Sungai Langat - 100 peratus
  • Empangan Tasik Subang - 96.88 peratus
Wong turut menyeru rakyat agar tidak terpedaya dengan khabar angin yang mendakwa negeri Selangor akan mengalami krisis air dalam masa terdekat.


Sementara itu, Syabas dalam satu kenyataan media berkata pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Lembah Klang dijangka akan mula menerima bekalan secara berperingkat mulai awal pagi ini sehingga pulih sepenuhnya pada pukul 8 pagi, Jumaat ini.

Rabu, 22 Jun 2011

Menteri Pertahanan pondan...negara diceroboh 2508 kali


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ada ciri-ciri kepondanan memberitahu  Dewan Rakyat  bahawa sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008 pada Isnin dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Parlimen. 


"Tentulah tindakan mereka akan lebih agresif jika ada pesawat-pesawat tentera udara kita yang masuk ke ruang udara mereka tanpa kebenaran, kata beliau. "Kita merasakan bahawa negara yang terbaik adalah negara yang tidak menjadikan jirannya bersangka tidak baik. Laporan itu sebagai dipetik dari Mstaronline.


Sudah acap kali diceroboh..beribu kali ruang udara kita dirogol..tapi Singapura masih lakukan juga...Menteri Zahid juga sedar bagaimana kesannya jika kita menceroboh ruang udara Singapura. Kenapa Menteri ini hampir jadi pondan.. soal keselamatan negara dan hak. Namapaknya menteri pertahanan ini sudah tidak ada daya..cakapnya hampeh dan tak laku langsung..hanya digelakkan oleh Singapura.



Selasa, 21 Jun 2011

Pengerusi SPR ada ABC.

(ABC)Angkuh Bodoh dan Cengil sifat yang ada pada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
NONE
Beliau menunjukkan sikap buruknya itu ketika  wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" malam semalam.


"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya dengan angkuh.
Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.
Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza. 

"
Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR.

....Macamlah dia tahu yang pembangkang tidak setuju..bukan semuanya pembangkang tak setuju..ini berdasarkan usul..sejak bila pula dia ada perisik?

Isnin, 20 Jun 2011

ZULKIFLI NORDIN PEMBOHONG DAN PENIPU BESAR

Nama susuk tubuh Zulkifli bin Nordin seorang peguam dan ahli Parlimen yang suka bermuka-muka itu sudah tidak asing lagi dikenali masyarakt jelata sebagai pembohong  dan penipu.
Berselindung disebalik pakai kopiah untuk menonjolkan imej sebagai seorang muslim yang baik kononnya tapi penuh dengan tipuhelah yang menjelekkan. Sikap seorang munafik dan fasik ini jelas pada manusia yang jijik bernama Zulkifli.


 Banyak perbuatan yang mungkar dilakukan oleh Zulkifli ini nampaknya tidaklah perlu diberi perhatian. Ini kerana rakyat sudah terlampau muak dan mual dengan sikapnya..malahan ianya tidak mungkin akan berlaku lagi selepas PRU umum akan datang. Sudah pasti nama Zulkifli akan dinyahkan dan tidak diperduli dan dia akan berterusan sebagai wakil rakyat pencen yang kebodohan.



Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.
Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.
Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.
“Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.
“Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah,” katanya yang juga bekas Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN.
Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.
“Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.
“Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau,” kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.
Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.
Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.
“Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
“Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu,” kata Muhammad Nur.

Nurul Izah: Ibrahim Ali pengecut

 Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai iniSambutan daripada penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi.
Sambutan daripada penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancaran 
kempen itu di Kuala Lumpur malam tadi.



 Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
“Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut,” kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.
“Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.
“Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali, berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0,” kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.
“Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina),” katanya lagi.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ( PPIM ) MENGENAI KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO




KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ( PPIM )
MENGENAI KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO
DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO

Merujuk kepada pelbagai kenyataan media mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro, PPIM difahamkan lesen penyiaran tv berbayar menggunakan medium satelit telah diberikan secara EKSKLUSIF kepada Astro selama dua puluh (20) tahun sehingga 2017. Ini bermakna Astro mempunyai MONOPOLI untuk mengutip hasil langganan daripada semua pengguna termasuk premis perniagaan untuk membiayai operasinya.

Dengan monopoli yang diberikan begitu lama, sesungguhnya Astro tidak mempunyai persaingan bagi perniagaan tv satelit berbayar. Malangnya, sejak lebih 10 tahun yang lalu, pengguna dihelah untuk membayar langganan bulanan dan pada masa yang sama dipaksa menyaksikan iklan TV komersil.

Semasa permulaan siaran Astro, pelanggan dijanjikan siaran TV berbayar dan tidak mempunyai iklan. Kini, PPIM menerima banyak aduan daripada pelanggan siaran TV berbayar Astro tidak kurang bezanya dengan siaran TV percuma akibat pelambakan iklan TV yang dianggarkan bernilai sekitar RM200 juta setahun.

Selain itu, banyak lagi kelemahan yang menjadi rungutan pengguna sebagaimana tersenarai di bawah:-

1.     Semasa hari hujan, semua siaran tidak dapat ditonton;
2.     Gangguan siaran semasa hujan tidak digantirugi oleh Astro kepada Pengguna;
3.     Yuran sambungan RM 20 tidak munasabah kerana bukannya kerja berat menggunakan spanar atau kerja yang sukar;

4.   Disebabkan kegagalan Astro berfungsi semasa hujan, antara fungsi utama TV menyampaikan berita telah gagal kerana semua TV menggunakan siaran Astro sekarang;
5.     Jika pelanggan ke luar Negara dan tidak membayar bil, maka Astro masih mengenakan bayaran dan perlu membayar fee kepada bulan-bulan yang tidak ditonton langsung;
6.   Hampir semua hak siaran sukan rakyat seperti Badminton dan juga bolasepak telah dibeli oleh Astro dan rakyat yang tidak menyewa Astro tidak boleh menikmatinya walaupun sebelum ini acara sukan tersebut dapat ditontoni secara percuma ini;
7.    Ramai pengguna merungut pihak Astro memaksa mereka untuk mengambil pakej baru yang lebih mahal apabila decoder/kad mempunyai masalah;
8.  Pada saluran tertentu di Astro, dilihat ada usaha menyebarkan agama lain di sedangkan perkara ini tidak dibenarkan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang agama rasminya adalah Islam.

PPIM berpendapat tiada sebarang sebab munasabah yang boleh dibawa oleh pihak Astro bagi memberi justifikasi menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana keuntungan Astro sebagai pengusaha MONOPOLI tv satelit kini meningkat daripada RM650 juta pada 2009 kepada RM800 juta pada 2010.

Sebarang kenaikan atau ‘price adjustment’ yang ditagih Astro ketika ini dilihat sebagai satu usaha yang berlawanan dengan usaha kerajaan menjaga kepentingan pengguna & rakyat.

PPIM percaya sekiranya pihak Kerajaan melalui Khazanah Nasional mampu melaksanakan moratorium kenaikan harga tol konsesi PLUS selama lima (5) tahun, pihak Astro yang 30% dimiliki kerajaan melalui Khazanah juga boleh berbuat demikian demi meringankan beban kos kehidupan rakyat.

Oleh yang demikian, PPIM menggesa dan menuntut:

1. Astro tidak menaikkan harga pakej langganan dan sebaliknya menurunkan kadar langganan oleh sebab KONSESI monopoli yang dinikmati selama ini sehingga 2017;

2. Astro mempertimbangkan cadangan PPIM untuk menawarkan pakej prepaidkepada pelanggannya tanpa mengenakan caj langganan yang tidak munasabah;

3.  Astro mengambil tindakan segera memperbetulkan polisi dan kadar penyambungan semula dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terutama apabila hujan;

4.  Kementerian Penerangan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM):

a. Mengkaji semula kebenaran yang diberikan kepada Astro menyiarkan iklan TV selama sepuluh (10) minit setiap jam dan seterusnya menghadkan atau tidak membenarkan siaran iklan TV;
b. Memastikan Astro tidak memonopoli secara eksklusif hak siaran rancangan atau acara yang diminati rakyat;
c. Pengguna yang tidak melanggan Astro masih dapat menonton rancangan atau acara yang diminati secara percuma.

5.  Pihak KPKK dan SKMM dengan nasihat JAKIM dan Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula syarat dan terma lesen yang diberikan kepada Astro memandangkan terdapat beberapa keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan Negara dan juga menafikan matlamat utama stesen penyiaran TV.   

PPIM menyeru semua pelanggan dan pengguna beramai-ramai menghantar isyarat bahawa kita semua jemu ditipu dan diambil mudah! Kali ini kita mahu hak pengguna menjadi  asas dan rujukan utama sebarang keputusan yang dibuat  oleh mana-mana pihak.

Bersatulah pengguna dan marilah kita memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut di atas.