"Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas."Kenyataan pihak Syabas (yang) menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.
Menurut exco Selangor, Elizebeth Wong gangguan itu adalah kerana kegagalan Syabas untuk menyelenggara loji rawatan tersebut sejak tahun 1997 katanya dalam satu kenyataan akhbar, lewat petang semalam.
Wong juga berkata simpanan air di empangan sekitar negeri itu masih berada pada tahap yangtinggi.
Beliau membekalkan data Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung kedudukan tahap simpanan air empangan sehingga 21 Jun lalu bagi membuktikan kata-katanya itu.
- Empangan Sungai Selangor - 98.81 peratus
- Empangan Sungai Tinggi - 99.17 peratus
- Empangan Sungai Batu - 100 peratus
- Empangan Klang Gate - 100 peratus
- Empangan Sungai Semenyih - 100 peratus
- Empangan Sungai Langat - 100 peratus
- Empangan Tasik Subang - 96.88 peratus
Wong turut menyeru rakyat agar tidak terpedaya dengan khabar angin yang mendakwa negeri Selangor akan mengalami krisis air dalam masa terdekat.
Sementara itu, Syabas dalam satu kenyataan media berkata pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Lembah Klang dijangka akan mula menerima bekalan secara berperingkat mulai awal pagi ini sehingga pulih sepenuhnya pada pukul 8 pagi, Jumaat ini.
Sebagai rakyat, kita sendiri tak tahu rizab air di ketiga2 buah negeri ini. Mereka yang bekerja dalam industri khususnya di Puncak Niaga, SYABAS dan lain-lain lebih tahu.
BalasPadamJika Kerajaan Selangor mempunyai data 'tepat' kenapa tiada rundingan antara kerajaan negeri dan SYABAS?
Kita kena faham demand semakin tinggi tapi supply akan berlaku shortage. Itu perkara biasa dalam laras ekonomi.
So, politician jgnlah terlalu politicking. Ini masalah asasi rakyat. Be transparent and fair with all parties. Consult them and find the solutions.