Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 3 Ogos 2011

Najib pembohong dan putar belit - Maria Chin

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat BERSIH 2.0 untuk berhimpun pada 9 Julai lalu  Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dengan nada kesal.ipd kl bersih 090711 maria chin abdullah
 Kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?" kata Maria lagi.


Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (MSLS) Kelima Ahad lalu mendakwa beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan BERSIH, namun ditolak.“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. 
"Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

SPR tipu lagi


Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas.
Nama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan SPR meskipun memegang status penduduk Tetap (PR). Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan perkara itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) berstatus PR yang tidak layak mengundi.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak dalam sistem SPR pula mendapati Mismah pengundi baruundang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih dan draf daftar pemilih tambahan setiap tiga bulan.
Nama semua pengundi baru yang berdaftar, pengundi yang bertukar alamat dan pengundi yang dipindahkan dari daftar pemilih akan dikumpulkan pada draf daftar pemilih tambahan.
Sementara itu, dua lagi pengundi dikesan  iaitu Basri Buru Alimin (Mykad: 250622715425) dan Soessje Scwanne Jetty Silvana (Mykad: 380424715016) yang didaftar dalam laman pengesahan SPR sebagai pengundi berdaftar di Hulu Langat, tetapi tidak ada rekod dalam laman web JPN.
JPN menyatakan ‘tiada permohonan/nombor dimasukkan tidak sah’ apabila dua nombor itu dimasukkan ke dalam laman berkenaan. Ia menimbulkan persoalan samada dua individu itu adalah warganegara Malaysia.
Manakala seorang lagi pengundi bernama Mohd Fahmi bin Che Yusoff memiliki dua no kad pengenalan yang hampir sama tetapi cuma berbeza pada digit terakhir iaitu 850915105005 dan 8509155006.
‘Kedua-dua’ pengundi itu memiliki nama yang sama dari daerah mengundi Sungai Ramal, dan mendaftar mengundi di kawasan yang sama iaitu di Dun Bangi dan Parlimen Serdang.