Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 22 Jun 2014

MB khalid tak perduli JK air dan tiada pernah pertemuan

Ahli kepada Jawatankuasa Air yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan Selangor dalam menstrukturkan industri air di negeri itu tidak pernah dapat bertemu dengan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi melaksanakan tugas mereka, menurut Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2014.
Ahli kepada Jawatankuasa Air yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan Selangor dalam menstrukturkan industri air di negeri itu tidak pernah dapat bertemu dengan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi melaksanakan tugas mereka, menurut Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2014. 

 Walaupun dibentuk sejak sekian lama oleh Pakatan Rakyat, Jawatankuasa Air untuk membantu kerajaan Selangor dalam menstrukturkan industri air di negeri itu tidak pernah dapat bertemu dengan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi melaksanakan tugas mereka, kata salah seorang ahlinya, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi (Ramli) diangkat oleh Majlis Presiden PR.
"Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud," kata Dr Dzulkefly Ahmad sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Dr Dzulkefly dipercayai mengulas laporan The Malaysian Insider semalam yang melaporkan ramai pimpinan PAS Selangor kini tidak berpuashati dengan Khalid dan mahu beliau ditukar selepas rakan mereka dalam DAP dan PKR juga menyuarakan hasrat yang sama.

Alasan yang mereka berikan adalah Khalid tidak merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam menjalankan tugasnya walaupun merekalah yang meletakkan beliau di kedudukan itu. Jawatankuasa Air dibentuk oleh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang disertai oleh semua pimpinan utama PAS, PKR dan DAP, untuk membantu Selangor dalam penstrukturan semula industri air di Selangor.

Ia bertujuan untuk membantu kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid dalam perstrukturan itu.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Dzulkefly yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu, mereka tidak pernah dapat bertemu dengan MB Selangor bagi melaksanakan tugas mereka.

Menurut Sinar Harian, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

“Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.
"Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan. Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

“Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar (Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor) itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” lapor Sinar Harian. – 21 Jun, 2014. (TMI)