Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 20 Februari 2013

MB Terengganu harus letak jawatan Stadium RM300juta runtuh lagi

Runtuhan kali kedua teruk dan memalukan.
Runtuhan kali kedua teruk dan memalukan

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bumbung Stadium Sultan Mizan yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dan mencederakan tiga pekerja tempatan.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
“Pembinaan stadium itu diisytiharkan menggunakan teknologi termahal dan tercanggih. Ia melibatkan kos begitu tinggi tetapi dengan pengurusan yang paling teruk, penyelewengan paling banyak dan tidak mengikut spesifikasi,
Kejadian itu merosakkan pelan jangka panjang negeri untuk menjadikan Terengganu bandaraya pesisir pantai. Secara langsung ia menyebabkan ketakutan kepada pelabur luar untuk melabur. Mana mungkin pelabur yakin apabila stadium runtuh sampai dua kali?
Salah satu faktor berlaku penyelewengan kerajaan negeri seperti ini berpunca dari sikap rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah mempersoal atau mencabar kredibiliti pemimpin negeri, apa Menteri Besar buat rakyat ikut saja
Begini keadaan stadium pertama kali runtuh pada 2009.
Begini keadaan stadium pertama kali runtuh pada 2009.
Insiden ini mungkin petanda akhir kepada rakyat Terengganu. Runtuhan stadium itu bermakna keruntuhan Umno juga berikutan insiden itu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said patut malu dengan meletak jawatan secepat mungkin.
“Kalau di negara luar, hari ini berlaku kejadian seperti itu, hari ini juga menterinya letak jawatan sebab malu. Tapi menteri kita tak tahu malu, walaupun dah dua kali kejadian berulang,” tempelak Azan Ismail   Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Pencerobohan Lahad Datu Apa cerita sebenarnya

Surau di Klang ditembak ..tau dah kerja siapa..

10 jemaah terkejut, surau di Kapar jadi sasaran tembakan

Sepuluh jemaah yang sedang membuat persediaan untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi.
Tiada jemaah cedera dalam kejadian itu.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka terkejut apabila cermin surau yang menghadap jalan utama pecah secara tiba-tiba.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah bahagian surat itu.
"Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'.
"Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah," kata beliau kepada Sinar Harian.
KOMENTAR TUKAR TIUB
dalam straterji  mengolah persetujuan
ada yang dinamakan : buat masalah - selesai masalah

apa dia ini?

caranya cukup senang
timbulkan masaalah
kemudian datang untuk menyelesaikan 
selesaikan masalah yang  diri sendiri  munculkan

ketika masalah ini wujud
raih keuntungan  politik
raih keuntungan ekonomi

misalnya bila cermin masjid ditembak pecah
orang melayu islam merasa takut
ini macam membaling kepala babi ke dalam masjid
tujuan adalah sama

cara ini digunakan oleh amerika
untuk serang negara-negara yang kaya dengan minyak
tubuhkan al-qaida
letupkan wtc di new york
tuduh saddam
serang iraq
dapat minyak

mulan kan perang 
jual senjata
banyak kontrek perang
serang lagi banyak negara
kapitalis kaya raya  - period!

di malaysia sama
baling babi dalam masjid
tembak masjid
simbah cat ke dalam masjid
melayu jadi takut
takut islam dikacau
ajen ejen united malays national organisation
dalam parti pas mula buat  kacau
mereka hebohkan
keadaan melayu islam dalam bahaya

kemudian ajen ajen ini akan  cadangkan pas
keluar dari pakatan rakyat
buat kerajaang perpaduang
untuk selamatkan islam
untuk selamat melayu

siapa hantar kepala babi?
siapa tembak tingkap masjid?
siapa baling cat dalam masjid?
siapa ledakan banguan 7  di wtc new york?

Siapa 'sofea hana' identiti terkenal dalam dunia siber


 Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.
Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.