Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 1 Mei 2012

pengakuan chegu Bard (badrul hisham Saharin) dibelasah lebih 50 orang polis dan kecurian duit RM 200 serta h/phone



sila klik disinihttp://www.youtube.com/watch?v=cYnoZtU0QNs


10 anggota polis mengepung dan memukul beliau
 beberapa kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku
 Abdul Rahman sebelum dibawa ke Dataran Merdeka 
untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian 
uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.
“Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga
 dan hidung berdarah, ketika itu ada yang menjerit 
(polis) supaya mengambil telefon bimbit saya.
 Saya genggam poket sebelah kiri kerana 
ada telefon bimbit.
......bukan sahaja dipukul polis malah 
RM200 miliknya turut dicuri.....

Najib : Gas pemedih mata tidak mudaratkan kesihatan


Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak mendakwa bahawa "menggunakan gas pemedih mata dan water cannon merupakan satuoption yang tidak memudaratkan kesihatan", jika dilihat dari segi kesihatan.  Beliau menganggap option ini lebih baik berbanding pertembungan secara terus.
Ketika ditanya balik bahawa wartawan juga menjalankan tugas dalam tekanan, Najib sebaliknya menganggap wartawan terlalu emosi.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, malam tadi. - lapor MerdekaReview,



Malay Merdeka: Silalah mencubanya....seronoknya bermain gas pemedih mata dan air berkimia dari trak polis......mujurlah aku tak sebodoh itu....

Majlis peguam: Polis Malaysia ganas dan sangat buruk

NONE
"Pemerhati kami menyaksikan lebih banyak keganasan polis (tahun ini), lebih banyak penggunaan meriam air dan gas pemedih mata sesuka hati, dan lebih banyak kepungan terhadap peserta himpunan, tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini." kata  Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dalam satu sidang media hari ini.
Beliau mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.
Turut bercakap dalam sidang media di bangunan Majlis Peguam itu ialah timbalan presiden badan tersebut, Christopher Leong yang kesal dengan serangan polis terhadap peserta perhimpunan dan petugas media.
"Apa perlunya menyerang peserta yang sudah ditangkap? Apa perlunya media dihalang daripada membuat kerja mereka?" katanya.
Menurutnya lagi, polis sewajarnya mempertimbangkan keputusan untuk membiarkan peserta memasuki kawasan Dataran Merdeka apabila hadangan dirobohkan-.lapor malaysiakini.com



Malay Merdeka: Polis ialah penguatkuasa undang-undang...Peguam ialah pengamal undang-undang...untuk nak jadi polis hanya perlu 6 bulan di PULAPOL dan berkelulusan SPM. Untuk jadi Peguam memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun pengajian pengkhususan  dalam bidang undang-undang di Universiti dan mendapatkan ijazah. Seterusnya harus mempunyai sijil amalan guaman selain praktis lawyer terlebih dahulu.
Mana sama tahap pemikiran seorang konstabel dan peguam...
Peguam mebuat tindakan dan perlaksanaan atas pemikiran sendiri...tanpa sebarang arahan.
Polis  hanya semata-mata mengikut arahan....


Pendedahan semakin ramai polis menyamar ditemui diBersih 3.0

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/551887_369260089776750_100000782876922_922259_993988253_n.jpg
Mamat hitam ni berada di dua-dua keadaan.



Malay Merdeka: akan lebih banyak pendedahan.......

Gaji minimun sandiwara Najib


Pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya bersifat sandiwara bagai memancing undi menjelang pilihan raya, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon Kai.
“Selain paras gaji minimum yang diumumkan jauh kurang daripada apa yang dituntut oleh gerakan masyarakat, pelaksanaan tersebut hanya akan berlaku selepas enam bulan dan kemunginan besar akan ditunda lagi seperti yang berlaku kepada pegawal keselamatan.
“Kalau kerajaan Umno BN benar-benar ingin melaksanakan gaji minimum, sepatutnya ia dilakukan sekarang. Apabila hak pekerja dituntut, maka taktik melambatkan menjadi lumrah pemerintah,” katanya pada kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan tindakan terbaru Najib itu yang bakal senasib dengan pengumumannya sebelum ini berhubung gaji minimum untuk pegawal keselamatan.
Malah katanya, kerajaan BN sebelum ini tidak berniat untuk melindungi hak pekerja bahkan sanggup menggadaikannya demi menjaga keuntungan kroni dan pemodal besar.
“Tuntutan pekerja di Malaysia yang perlu ditunaikan segera demi menjamin kesejahteraan hidup adalah gaji minimum RM1,500, jaminan kerja, kawalan harga barang, kebebasan menubuhkan Kesatuan Sekerja, bebas daripada beban cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), perumahan selesa dan penghentian penswastaan perkhidmatan asas.
“Semua tuntutan tersebut tidak mungkin jadi realiti dengan kerajaan Umno BN sekarang yang hanya tahu merompak rakyat biasa untuk kapitalis,” kata Chon Kai.
Malam tadi, Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM800 atau RM3.85 sejam.


Malay Merdeka: Jika kerajaan ikhlas ianya harus berkuatkuasa serta-merta....bukan tunggu sehingga 6 bulan...kalau mengandung pun dah hampir nak beranak...apa susah sangat nak laksanakan?....inilah kalau kerajaan flip-flop.

Lagi kes penyamaran polis di Bersih 3.0


[Foto yang anda saksikan ini, bukanlah satu lakonan semata-mata. Namun ia adalah bukti berlaku penyamaran anggota polis dengan memakai baju Bersih 3.0 untuk mengelirukan orang ramai yang berhimpun pada 28 April lalu. Mereka bersama-sama berjalan dan membuat provokasi, namun akhirnya salah seorang polis "wanita" terbabit pengsan akibat terkena "gas pemedih mata" yang ditembak oleh pihak polis sendiri. Sebagai bukti, rakan-rakan polis yang lain datang untuk membantu. Dalam banyak kes sebelum ini, jika wanita itu bukan polis sudah pasti tiada anggota polis yang akan membantu beliau. Ini bermakna, memang ada segelintir anggota polis terutamanya dari Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 dan merekalah yang telahm elakukan provokasi dengan menyamar untuk mencuri maklumat, menangkap peserta dan juga pemimpin selain daripada mereka yang telah buat provokasi sebenarnya]. dipetik dari pahang daily.blogspot.com



Malay Merdeka: kesian juga melihatnya hampir putus nyawa....lebih menyedihkan jika penyamar tersebut ahli keluarga kita sendiri..orang melayu bertudung pulak tur...


Kenapa chegu Bard dipukol hampir 50 anggota polis


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta.

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0.

"Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran.

Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang.

Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ.

Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa.

"Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama," katanya.

"Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah.

"Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi.

Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras.

Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak.

"Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan.

"Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya.


Malay Merdeka: sepatutnya kelayakan sebagai konstabel polis harus ada minima tahap diploma.....