Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 14 Mei 2011

menteri-menteri togel mula berbunyi...



Kerajaan Sentiasa Cari Langkah Kurangkan Beban Rakyat - Muhyiddin- the star
KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.
."Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.
PENJARA ,DENDA NAIKKAN HARGA MAKANAN - utusan
KUALA LUMPUR 13 Mei - Peniaga yang didapati menaikkan harga minuman dan makanan berikutan kenaikan harga gula baru-baru ini akan berhadapan hukuman keras termasuk penjara seperti diperuntukkan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob ketika memberi amaran itu menegaskan, akta yang baru dikuatkuasakan itu membolehkan kementerian bertindak segera terhadap peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab.
Kenaikan Harga Gula Kurangkan Penyeludupan Ke Negara Jiran - Awang Adek- Bernama
BACHOK: Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Awang Adek berkata kerajaan berharap rakyat, termasuk di Kelantan, dapat mengurangkan penggunaan gula untuk menjaga kesihatan.
melayu berkata:
seperti biasa menteri-menteri akan beri kenyataan untuk mempertongongkan rakyat jelata...Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang  mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.
 
"Kita tahu di negara  barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya.


Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri.
Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat.....
Selepas ini juga pasti akan ada Kutbah Jumaat yang bertajuk "kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman"
sampai bilalah rakyat malaysia akan terus menerima nasib dikeldaikan oleh menteri-menteri ni.....
padan mukalah selagi barang terus naik..
barang naik..barang naik..barang naik...apa barang....