Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 7 Julai 2014

Kekayaan ISIL kini mencecah AS$2 bilion

ISIL dikatakan dapat menawan loji minyak utama di Iraq dan Syria. Foto: AFP
Kekayaan ISIL kini mencecah AS$2 bilion (RM6.3 bilion) selepas menguasai Mosul berbanding aset sebelum ini hanya sekitar AS$900 juta (RM280 juta).

“ISIS mengambil ratusan juta Dolar dari Bank Pusat. Kewangannya makin kukuh jika terus kekal menguasai loji minyak di utara Iraq. Selain itu,
kekayaan ISIL turut bergantung daripada derma oleh hartawan di negara Teluk khususnya Kuwait dan Arab Saudi yang menyokong perjuangan menentang Presiden Bashar  al-Assad di Syria
ISIL juga dilaporkan memperoleh sejumlah wang  daripada hasil di loji-loji minyak yang dikuasainya di timur Syria dan utara Iraq.

Malah, aliran tunai mereka juga datang daripada jualan barangan antik yang dirompak daripada tapak-tapak sejarah di bandar dikuasai mereka.

Kini, Amerika Syarikat turut mengakui aset ISIL makin bertambah sejak menguasai Fallujah di Wilayah Anbar pada awal tahun ini dan menguasai sebahagian besar Ramadi.

Susulan penambahan harta tersebut AS bimbang jika kekayaan itu digunakan untuk membeli senjata dan melakukan serangan demi serangan bukan sahaja di Iraq atau Syria tetapi serangan itu mampu merebak ke luar Teluk Arab menurut laporan BBC.

Siapa Abu Bakr al-Baghdadi?
ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pada 29 Jun lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

Siapakah Abu Bakr sehingga beliau layak digelar dilantik sebagai ketua kumpulan itu?

Latar belakang

Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu Dua.

Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan sulungnya semalam. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau penggantinya, Ayman al-Zawahiri.

Menurut catatan biografi ditulis pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.

Abu Bakr yang fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad Salafi.
Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu Al-Bu’Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan sikap pemurah.

Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden Saddam Hussein pada 2003.

Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007.

Ketika dibebaskan pada 2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: ‘Saya akan berjumpa anda semua di New York’ dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki.

Selepas dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama’ah Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan beliau dilantik sebagai ketua.
Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah terwujud sejak Januari 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq.

Bagaimanapun Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).

Abu Bakr sertai ISIL, ISIS

Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda.

Empat tahun kemudian, selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.

Pada akhir 2011, Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya.

Abu Bakr kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Abu Bakr dan Ayman al-Zawahiri

Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan.

Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bagaimanapun, penggabungan itu dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq.

Dalam temu bual di radio, Abu Bakr berkata, “Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH SWT.”

Sejak dari itu,  hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS.

Pengaruh Abu Bakr di Syria

Pengaruh beliau amat kuat apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat akar umbi.

Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud.

Keghairahan untuk menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli akademik seperti sebelum ini.

Ketika mahu menakluki beberapa bandar di Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?.

Seseorang pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup muka.

Pengaruh Abu Bakr di Iraq dan potensi ke Asia

Satu pencapaian besar bagi ISIS adalah pada Jun lalu di mana kumpulan terbabit dapat menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan beberapa bandar kecil di utara negara itu.

Tindakan terbabit mengundang kejutan terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan masyarakat antarabangsa.

Oleh kerana tentera Nouri dan Assad mempunyai matlamat sama iaitu mahu menghapuskan ISIS maka ramai penganalisis berpendapat kumpulan itu mempunyai lebih berkuasa berbanding Al-Qaeda.

Pakar Keselamatan Timur Tengah Paul Sullivan dari Universiti Georgetown berpendapat, ISIS boleh mencapai kejayaan dengan perjuangan mereka.

“ISIS semakin berpengaruh dan sukar untuk mengawal ahli-ahli mereka. Kumpulan ini berkembang dengan cepat termasuk di beberapa negara di Asia. Mereka bukan golongan yang mudah untuk berbincang,” katanya.