Isnin, 1 Oktober 2012
Menteri Pembangunan Wanita, Menteri Kewangan TAKBERANI HADIR PARLIMEN
“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILANAnwar Ibrahim.
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.
Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.
Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.
Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.-KD
Presiden Gabungan anti penyelewengan selangor (GAPS) pernah menyeleweng dan pecah amanah
Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, didakwa pernah terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor lapor portal selangorku
Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.
Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.
Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.
“Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut,” menurut sumber itu.
Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.
Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.
Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.
Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.
Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.
“Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.
“Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS,” menurut sumber itu lagi.
Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram. Najib mendakwa keputusan itu mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat yang menghidap diabetis ketika ini
Penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram akan menambah beban rakyat bermakna kos harian juga akan meningkat sebanyak 10 peratus dan menyebabkan harga barangan keperluan meningkat seperti minyak, tepung dan sebagainya, kerana segala komponen keperluan asas berkait rapat dengan gula. Ke mana penarikan subsidi sebanyak 20 sen itu akan disalurkan atau diisi ke dalam poket mereka (Umno-BN)?
Penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram akan menambah beban rakyat bermakna kos harian juga akan meningkat sebanyak 10 peratus dan menyebabkan harga barangan keperluan meningkat seperti minyak, tepung dan sebagainya, kerana segala komponen keperluan asas berkait rapat dengan gula. Ke mana penarikan subsidi sebanyak 20 sen itu akan disalurkan atau diisi ke dalam poket mereka (Umno-BN)?
Selangor: SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.
“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.
“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin
Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.
“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.
Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.
“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.
“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.
Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.
“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.
“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya- KD
Langgan:
Catatan (Atom)