Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 26 Disember 2009

Hassan Ali jangan jadi pengkhianat

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr. Hassan Ali  diingatkan lebih berwaspada dalam tindak tanduknya. Pada mutakhir ini dikatakan akan berlakunya satu penyerahan memorandum di pejabat  perhubungan Pas Selangor pada 27 Disember 2009 jam 11 pagi. Menurut sumber memorandum itu akan diterima sendiri oleh Hassan Ali.



Dipercayai memorandum tersebut mendesak supaya Pas Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.
Dakwaan mengatakan kononnya perhimpunan dan merandum itu digerakkan oleh talibarut UMNO.
Hassan Ali jangan cari pasal. Kepercayaan pengikut PAS terhadap beliau masih goyang.
Kebimbangan terhadap kepimpinan Hassan Ali goyah dan meragukan.
Apakah pendirian Hassan Ali? Sedangkan siasatan terhadap beliau oleh PAS pusat belum bernoktah.
Masih bercita-citakah Hassan Ali kerusi Menteri Besar
Hassan Ali diingatkan jangan jadi pengkhianat!


-------------------------------------------
MENTERI HARAMMMMMMM

Berapa ramai menteri haram ada dalam kerajaan BN?????

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.