Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 26 Jun 2012

Seorang lagi Menteri Umno kuat bohong dalam kerajaan Flip-flop

 Mula-mula Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak kenal Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) mahupun pengerusinya Mohd Ali Baharom.
etapi dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid  berkata, isteri beliau mengenali Mohd Ali kerana mereka berasal dari kampung yang sama.

"Siapa mereka itu?" soalnya kembali ketika ditanya mengenai tuntutan persatuan berkenaan - antaranya untuk mendapatkan elaun sehingga RM1,000 kepada bekas tentera berusia lebih 60 tahun.

"Saya tidak pernah kenal dia," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Namun dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid berkata,  "Saya tidak mahu gaduh dengan orang-orang yang kurang betul, nanti saya jadi tidak betul jugak," yang ditujukan kepada Mohd Ali.

Ahmad Zahid hari ini membuat sidang media bagi menafikan dakwaan Mohd Ali kononnya isteri beliau mengugutnya.

"Jadi isteri saya nasihatkanlah kepada Ali, tetapi Ali hanya ambil satu ayat sahaja, yang saya baca balik, itu bukan satu ugutan. Mengapa dia rasa ugutan?  Sebab Ali, dia biasa ugut orang, jadi bila dia kena lagu tu, dia rasa terugutlah.

"Pada hal, saya tidak fikir, mengapa isteri saya nak ugut Ali, seorang presiden sebuah persatuan yang besar yang didokong termasuk balu-balu tentera," katanya sinis.

Isteri Zahid telah menghantar 16 SMS kepada Mohd Ali berkaitan dengan rancangan Mohd Ali mahu mengadakan demonstrasi 29 Jun namun ia dibatalkan kerana Mohd Zahid tidak ada.- HD


Malay Merdeka: siakap senohong..gelama ikan duri...bercakap bohong..memang tak pernah ingat diri...

RM 3bilion: Polis mahu siasat segera Anwar

Datuk Seri Khalid Abu BakarPolis akan menyiasat dengan kadar segera sekiranya menerima laporan berkaitan aset dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini, beliau tidak pasti sama ada telah menerima laporan atau tidak berkaitan dengan perkara tersebut.

“Kalau ada laporan polis dibuat, dan jika ada unsur jenayah yang terlibat, kita akan siasatlah. Saya juga tak pasti telah terima laporan atau tidak,” katanya apabila ditanya mengenai desakan supaya menyiasat berkaitan dengan aset yang dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Hari Inovasi dan Penutup Peringatan Hari Polis di Riyaz Heritage, di Terengganu , semalam.-SH

Malay Merdeka: Huh!..kalau pasal Anwar.....segera!