Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini, beliau tidak pasti sama ada telah menerima laporan atau tidak berkaitan dengan perkara tersebut.
“Kalau ada laporan polis dibuat, dan jika ada unsur jenayah yang terlibat, kita akan siasatlah. Saya juga tak pasti telah terima laporan atau tidak,” katanya apabila ditanya mengenai desakan supaya menyiasat berkaitan dengan aset yang dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Hari Inovasi dan Penutup Peringatan Hari Polis di Riyaz Heritage, di Terengganu , semalam.-SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan