Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 19 Oktober 2011

TAWAS tabung kosong?

seorang pembaca telah menghantar e-mail kepada sidang pengarang malay merdeka mempersoalkan tentang janji tawas. Beliau telah mendafkan anaknya yang baru lahir sejak dua tahun yang lalu. Anaknya kini sudahpun berumur 2 tahun namun akaun TAWAS masih belum diperolehi dari kerajaan negeri Selangor.
Semakan mendapati anaknya telah pun disahkan pendaftaran TAWAS, namun pihak pengelola mengatakan ianya masih dalam proses.
Perkara yang sama juga berlaku kepada beberapa rakyat negeri selagor yang dijanjikan akaun tawas namun sehingga kini hanyalah cerita kosong sahaja. maknanya ianya cuma didaftakan sahaja.
Pilihaanraya semakin hampir, apakah pakatan rakyat juga seperti umno dan barisan nasional yang hanya cuma janji pilihanraya?

dua cina BN bertelagah

  NONE    

Tsu Koon sokong hak Himpunan Sejuta Umat

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempertahankan langkah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempertahankan langkah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini untuk membincangkan isu khusus berkaitan murtad ketika ada pihak yang melahirkan kebimbangan dengan langkah itu.

Soi Lek: Batalkan Himpunan Sejuta Umat elak ketegangan agama

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.
“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua hari ini.
“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.
Menteri agama sokong Himpun petanda Umno disebalik perhimpunan itu
NONEJamil Khir menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan - "untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat."

Pemuda Umno Titiwngsa gengster Chow Kit

Dua ahli perniagaan - Heng Chin Cheng, 36 (kiri), dan Lee Kok Leong, 43, yang membeli unit bawah bangunan sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, di Chow Kit, berkata mereka pergi ke premis  yang telah lama terbiar itu pada Khamis lalu untuk memulakan kerja-kerja pengubahsuaian.umno youth demanding for protection money pc 181011 cheng chin heng and lee kok leang

Ketika merancang pembukaan kedai ketiga mereka - CCH Hardware di tapak itu yang dibeli mereka pada harga RM8.25 juta semasa lelongan Jun lalu, mereka didatangi oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian Titiwangsa, Zulkeflie Mat.
umno youth demanding for protection money pc 181011 umno youth titiwangsa zulkeflie mat

"Zulkeflie (kanan) dan rakan-rakannya meminta kami menunjukkan dokumen pemilikan kami ... tetapi kenapa harus kami berbuat demikian? Siapakah mereka untuk membuat tuntutan itu? Jadi saya minta beliau untuk semak dengan pemilik sebelumnya atau dengan pihak berkuasa," kata Lee .

"Kami tidak melayan mereka dan meneruskan kerja-kerja kami."

Langkah seterusnya langsung tidak dijangka, kata Lee. Beberapa orang muncul pada di premis itu pada hari berikutnya (Jumaat lalu). Mereka bersenjata batang kayu dan menyerang seorang  daripada pekerjanya dan memecahkan cermin lori pekerja berkenaan.

"Seorang daripada mereka mendakwa tempat ini adalah kawasan mereka ... dan menuntut agar bayaran dibuat. Tiada seorang pun daripada kami (pemilik) berada sekitar, jadi mereka menghalau pekerja dan juga memukul seorang daripada pekerja kami," kata Lee.
"samseng" itu memberi amaran kepada mereka supaya tidak kembali, selagi wang belum dibayar.
Laporan polis dibuat di balai polis daerah Dang Wang berhubung pada hari yang sama dan Lee mendakwa setakat ini tiada tindakan yang diambil.
 Lee dan Cheng membuat laporan berasingan - satu di Pandan Indah dan satu lagi di Dang Wangi - bahawa Zulkeflie dan seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai AD, "menegaskan bahawa kawasan itu di bawah jagaan Umno".

Jelek dengan Koh Tsu Kon - pemimpin Gerakan Kedah keluar parti

Setiausaha penganjur Gerakan Kedah dan Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye meninggalkan parti itu kerana tidak gembira dengan pucuk pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon. Mereka percaya Koh tidak berupaya membawa sebarang pembaharuan kepada parti dan kerajaan.- Bernama

Politik seks Malaysia terkenal didunia


Edwin Michael

Percaya atau tidak, kita termasuk kanak-kanak seusia 16 tahun sudah diheret jauh ke dalam gelanggang politik binatang yang terlalu kejam dan terlampau kotor. Politik Malaysia tidak pernah lekang daripada perkataan ‘seks’ yang saya percaya, satu-satunya negara di dunia ini yang memiliki pentas politik berkonsepkan seks dan adegan ranjang.
NONEDan kita seolah-olah seronok dibuai-buai dengan keghairahan melihat semua ini tanpa sedikit pun perasaan malu dan hina sedangkan kita gah sebagai negara Islam dan negara yang mendaulatkan raja serta sultan.
Saya tidak tahu berapa ramai di luar sana terusik jiwa melihat kerakusan politikus pemerintah yang menjadikan anak Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasaran politik mereka yang teramat sukar untuk diterima akal pemikiran waras.
Mengapa pentas politik begitu jijik hinggakan kehidupan seorang kanak-kanak dijadikan taruhan politik pemerintah. Adakah kerana status quo dan hegemoni yang mereka miliki membuatkan mereka bertindak sedemikian?
Ironisnya, kita yang sedekahkan mereka status quo dan kekuasaan  itu dan  pada masa yang sama kita juga sengaja biarkan mereka memperlakukan apa jua pada mangsa mereka tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan.
Hak kanak-kanak
Kanak-kanak bukan sahaja merupakan penyambung generasi tetapi juga bertindak menjadi suatu asset yang penting dalam memastikan nadi pembangunan sosioekonomi negara membangun secara mapan pada masa hadapan.
azlanKanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.
Atas dasar itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. CRC memberikan tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada beberapa aspek seperti  kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation).
Malah, kepentingan kepada golongan kanak-kanak ini juga dengan jelasnya dapat dilihat dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.
Sayangnya, sebagai sebuah negara pihak (state party) kepada CRC, golongan politikus yang mempunyai hubungan langsung dengan pemerintah gagal menunjukkan rasa prihatin dan komited terhadap tanggungjawab bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dilindungi dengan sewajarnya.
azlanMengheret seorang kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun dan kemudian menjadikannya sebagai bahan gurauan di kalangan para politikus pemerintah sememangnya membuktikan betapa rendahnya moral dan etika profesionalisme golongan ini.
Saya sukar memahami bagaimana selama ini kita biarkan golongan-golongan ini merajai segenap ruang politik negara!
Membisu seribu bahasa
Kenapa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat hanya membuta dan membisu sedangkan dengan jelas ini isu ini jatuh di bawah skop kementerian berkenaan lebih-lebih lagi ini melibatkan hak seorang kanak-kanak yang tidak berupaya untuk bertindak mempertahankan diri daripada penderaan emosi yang diakibatkan oleh politikus-politikus pemerintah ini.
NONEJika menteri berkenaan hanya bertindak melihat isu ini daripada sudut politik sahaja maka kita sebagai rakyat juga harus bersama membuta dan membisukan diri dan kemudiannya meraikan hari kanak-kanak dengan penuh kepura-puraan seolah-olah kanak-kanak di negara ini bebas daripada cengkaman permainan politik kotor.
Masyarakat harus memahami bahawa memberikan ruang kepada para politikus dengan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran politik kotor adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana tindakan mereka bukan sahaja akan memberikan impak kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan tetapi juga kemungkinan untuk kanak-kanak berkenaan mengalami tekanan dari segi psikologi juga adalah tinggi.
NONEGelanggang politik di Malaysia adalah untuk mereka yang dewasa.
Biarkan kanak-kanak dengan dunia mereka sendiri. Saya bukan menulis ini atas prinsip sebagai penyokong pihak pembangkang tetapi atas dasar bahawa kanak-kanak juga mempunyai hak untuk dihormati dan dilindungi daripada sebarang perbuataan tidak bertamadun dan tidak bermanusiawi oleh sesiapa pun termasuk mereka yang memiliki  kuasa!

Penulis adalah pensyarah di Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.