Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 19 Oktober 2011

Pemuda Umno Titiwngsa gengster Chow Kit

Dua ahli perniagaan - Heng Chin Cheng, 36 (kiri), dan Lee Kok Leong, 43, yang membeli unit bawah bangunan sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, di Chow Kit, berkata mereka pergi ke premis  yang telah lama terbiar itu pada Khamis lalu untuk memulakan kerja-kerja pengubahsuaian.umno youth demanding for protection money pc 181011 cheng chin heng and lee kok leang

Ketika merancang pembukaan kedai ketiga mereka - CCH Hardware di tapak itu yang dibeli mereka pada harga RM8.25 juta semasa lelongan Jun lalu, mereka didatangi oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian Titiwangsa, Zulkeflie Mat.
umno youth demanding for protection money pc 181011 umno youth titiwangsa zulkeflie mat

"Zulkeflie (kanan) dan rakan-rakannya meminta kami menunjukkan dokumen pemilikan kami ... tetapi kenapa harus kami berbuat demikian? Siapakah mereka untuk membuat tuntutan itu? Jadi saya minta beliau untuk semak dengan pemilik sebelumnya atau dengan pihak berkuasa," kata Lee .

"Kami tidak melayan mereka dan meneruskan kerja-kerja kami."

Langkah seterusnya langsung tidak dijangka, kata Lee. Beberapa orang muncul pada di premis itu pada hari berikutnya (Jumaat lalu). Mereka bersenjata batang kayu dan menyerang seorang  daripada pekerjanya dan memecahkan cermin lori pekerja berkenaan.

"Seorang daripada mereka mendakwa tempat ini adalah kawasan mereka ... dan menuntut agar bayaran dibuat. Tiada seorang pun daripada kami (pemilik) berada sekitar, jadi mereka menghalau pekerja dan juga memukul seorang daripada pekerja kami," kata Lee.
"samseng" itu memberi amaran kepada mereka supaya tidak kembali, selagi wang belum dibayar.
Laporan polis dibuat di balai polis daerah Dang Wang berhubung pada hari yang sama dan Lee mendakwa setakat ini tiada tindakan yang diambil.
 Lee dan Cheng membuat laporan berasingan - satu di Pandan Indah dan satu lagi di Dang Wangi - bahawa Zulkeflie dan seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai AD, "menegaskan bahawa kawasan itu di bawah jagaan Umno".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan