Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 21 Februari 2010

1.NASIR SAFAR AKAN DIBEBAS? 2. MUHYIDIN YASIN: UMNO DALAM PERSENGKETAAN


BERITA 1: NASIR SAFAR AKAN DIBEBAS?


Pengumuman pihak berkuasa bahawa siasatan keatas kenyataan ekstrem bekas Pembantu Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar telah selesai adalah sandiwara semata-mata.
Adun Batu Caves, Amirudin Shari berkata beliau tidak terkejut sekiranya siasatan ini tidak membawa kepada pendakwaan sepertimana skandal badan kehakiman dan peguam V.K Lingam dan skandal rasuah bekas Menteri Rafidah Aziz.
"Dalam kes Lingam sebagai contoh, siasatan telah selesai tapi tidak dibuat apa-apa sebab Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mendakwa. Dan juga dalam banyak kes dari dulu sampai sekarang ni. Rafidah Aziz, Rahim Tambi Chik dan banyak sebagainya," jelas beliau.
Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof mengumumkan bahawa siasatan keatas kenyataan berbaur perkauman pembantu PM itu telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.
Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Nasir mengundang kecaman pelbagai pihak selepas mengecam masyarakat Cina sebagai 'penjual tubuh' dan masyarakat India sebagai 'pengemis'.
Amir Shari berkata watak-watak seperti Nasir ini adalah manifestasi sebenar sifat Umno yang sentiasa curiga dan ekstrem, lantas membuktikan bahawa moto 1Malaysia tidak lebih dari omong kosong semata-mata.
"Rakyat sudah jelas dengan wajah sebenar Umno-BN. Di dalam 1Malaysia ada Nasir Safar, ada Ahmad Ismail, ada kepala lembu yang di arak," tegas beliau.

-----------------------------------------
BERITA 2: MUHYIDIN YASIN: UMNO DALAM PERSENGKETAAN

Muhyiddin Yassin mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dia berkata tempoh pilihan raya akan datang yang dijangka dua tahun lebih lagi bukanlah tempoh yang panjang untuk mengembalikan semula kekuatan Umno yang mengalami “tsunami politik” pada pilihan raya umum lepas.

“Kenapa tempat yang kita menang dulu tapi kalah pada pilihan raya umum 2008. Kita kalah sebab kita tidak ada perpaduan, kita berbalah, sengketa sesama kita.



Muhyiddin berkata pemimpin dan anggota Umno juga perlu kembali menilai diri, kelemahan diri dan membuat perubahan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Umno.


melayu:
Sudah ramai pemimpin amno buka pekung dimuka