Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 14 September 2009

Kerajaan Pusat Terima Tuntutan Royalti Minyak RM1 Bilion Dari Kelantan

Kerajaan Pusat telah menerima permohonan dari kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

-- BERNAMA

nota: bila nak bagi.?...jangan kencing...pusing-pusing cakap.
Kelantan ni rata-rata orang melayu bukan penang
Kat malaysia ni mana negeri pengeluar minyak, negeri tulah yang paling miskin..
Jawab..jawab...kenapa..kenapa...

NAFSU DIBULAN RAMADHAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 25 kes tangkapan khalwat membabitkan 50 pasangan bukan muhrim dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di seluruh negeri ini sehingga 17 Ramadan lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata,“Kes tangkapan khalwat terutama pada Ramadan tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi impak negatif dan memalukan imej umat Islam.-sinarharian


nota :umat islam dimaksudkan tu orang melayu ke?...
ada masaalah gapo cik abe....tok leh gi laut tangkap ikang....
naik belake....dok buleh tahe huh!