Rabu, 21 Mac 2012
Hassan Ali merapu dan meracau di persidangan Dewan Negeri Selangor
Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.
Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.
Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.
“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.
“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.
Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.
“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.
Umno buat samseng lagi dilembah pantai
Umno sekali lagi bertindak ganas apabila bertindak menahan tiga petugas Nurul Izzah dan mengheret mereka ke balai polis sewaktu mereka membuat bancian bagi Ahli Parlimen itu.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, tindakan itu jelas bertujuan menghalang tugas Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk membantu rakyat di kawasannya.
“Petugas ini ditahan sekumpulan ahli Umno ketika mereka membuat bancian di kawasan PPR Kg Limau Pantai Dalam.
“Bukan setakat ditahan, malah petugas ini juga dibawa kumpulan Umno itu ke balai polis dan ini jelas bertujuan menghalang tugas Izzah selaku Ahli Parlimen di kawasan ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Menurut Fahmi, petugas -petugas dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang membawa bersama surat mengesahkan mereka dari pejabat Nurul Izzah sewaktu membuat bancian itu.
“Dua petugas ini sekadar membuat bancian bagi membantu pejabat Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan kedua-dua mereka juga sudah mendapat kebenaran dari Izzah sendiri dan tugas bancian mereka bermula sejak Sabtu lalu hingga semalam,” katanya.
Mengenai dakwaan Umno semalam kononnya tiga mahasiswa diperalat dan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau menegaskan mahasiswa adalah golongan intelek dan tidak semudah itu mereka diperalat.
“Kenyataan itu jelas berniat jahat untuk memburuk-burukan Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang konsisten memperjuangkan hak rakyat di sini,” tegasnya.
Selepas Izzah menawan Parlimen Lembah Pantai, Umno menggunakan pelbagai taktik untuk mengganggu tugas-tugas beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.
Selain gangguan Umno, Izzah juga disabotaj Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana Izzah berjaya mengesan berlakunya peningkatan mendadak undi pos di Lembah Pantai sebanyak 1,363 peratus.
Turut didedahkan sebelum ini adalah seorang pengundi bernama ‘Balai Polis Kerinchi’ yang ‘lahir’ pada tahun 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872.
Hassan Ali tak hadiri majlis santapan diraja..tak hormat raja - temberang lagi
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.
Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.
“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.
“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,” katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.
Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.
Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula semalam.
malaymerdeka: konon tak ada masaalah..masaalah besar la tu nak berhadapan dengan kengkawan...

Langgan:
Catatan (Atom)