Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 20 Jun 2011

ZULKIFLI NORDIN PEMBOHONG DAN PENIPU BESAR

Nama susuk tubuh Zulkifli bin Nordin seorang peguam dan ahli Parlimen yang suka bermuka-muka itu sudah tidak asing lagi dikenali masyarakt jelata sebagai pembohong  dan penipu.
Berselindung disebalik pakai kopiah untuk menonjolkan imej sebagai seorang muslim yang baik kononnya tapi penuh dengan tipuhelah yang menjelekkan. Sikap seorang munafik dan fasik ini jelas pada manusia yang jijik bernama Zulkifli.


 Banyak perbuatan yang mungkar dilakukan oleh Zulkifli ini nampaknya tidaklah perlu diberi perhatian. Ini kerana rakyat sudah terlampau muak dan mual dengan sikapnya..malahan ianya tidak mungkin akan berlaku lagi selepas PRU umum akan datang. Sudah pasti nama Zulkifli akan dinyahkan dan tidak diperduli dan dia akan berterusan sebagai wakil rakyat pencen yang kebodohan.



Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.
Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.
Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.
“Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.
“Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah,” katanya yang juga bekas Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN.
Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.
“Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.
“Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau,” kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.
Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.
Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.
“Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
“Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu,” kata Muhammad Nur.

Nurul Izah: Ibrahim Ali pengecut

 Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai iniSambutan daripada penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi.
Sambutan daripada penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancaran 
kempen itu di Kuala Lumpur malam tadi.



 Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
“Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut,” kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.
“Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.
“Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali, berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0,” kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.
“Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina),” katanya lagi.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ( PPIM ) MENGENAI KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO




KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ( PPIM )
MENGENAI KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO
DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO

Merujuk kepada pelbagai kenyataan media mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro, PPIM difahamkan lesen penyiaran tv berbayar menggunakan medium satelit telah diberikan secara EKSKLUSIF kepada Astro selama dua puluh (20) tahun sehingga 2017. Ini bermakna Astro mempunyai MONOPOLI untuk mengutip hasil langganan daripada semua pengguna termasuk premis perniagaan untuk membiayai operasinya.

Dengan monopoli yang diberikan begitu lama, sesungguhnya Astro tidak mempunyai persaingan bagi perniagaan tv satelit berbayar. Malangnya, sejak lebih 10 tahun yang lalu, pengguna dihelah untuk membayar langganan bulanan dan pada masa yang sama dipaksa menyaksikan iklan TV komersil.

Semasa permulaan siaran Astro, pelanggan dijanjikan siaran TV berbayar dan tidak mempunyai iklan. Kini, PPIM menerima banyak aduan daripada pelanggan siaran TV berbayar Astro tidak kurang bezanya dengan siaran TV percuma akibat pelambakan iklan TV yang dianggarkan bernilai sekitar RM200 juta setahun.

Selain itu, banyak lagi kelemahan yang menjadi rungutan pengguna sebagaimana tersenarai di bawah:-

1.     Semasa hari hujan, semua siaran tidak dapat ditonton;
2.     Gangguan siaran semasa hujan tidak digantirugi oleh Astro kepada Pengguna;
3.     Yuran sambungan RM 20 tidak munasabah kerana bukannya kerja berat menggunakan spanar atau kerja yang sukar;

4.   Disebabkan kegagalan Astro berfungsi semasa hujan, antara fungsi utama TV menyampaikan berita telah gagal kerana semua TV menggunakan siaran Astro sekarang;
5.     Jika pelanggan ke luar Negara dan tidak membayar bil, maka Astro masih mengenakan bayaran dan perlu membayar fee kepada bulan-bulan yang tidak ditonton langsung;
6.   Hampir semua hak siaran sukan rakyat seperti Badminton dan juga bolasepak telah dibeli oleh Astro dan rakyat yang tidak menyewa Astro tidak boleh menikmatinya walaupun sebelum ini acara sukan tersebut dapat ditontoni secara percuma ini;
7.    Ramai pengguna merungut pihak Astro memaksa mereka untuk mengambil pakej baru yang lebih mahal apabila decoder/kad mempunyai masalah;
8.  Pada saluran tertentu di Astro, dilihat ada usaha menyebarkan agama lain di sedangkan perkara ini tidak dibenarkan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang agama rasminya adalah Islam.

PPIM berpendapat tiada sebarang sebab munasabah yang boleh dibawa oleh pihak Astro bagi memberi justifikasi menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana keuntungan Astro sebagai pengusaha MONOPOLI tv satelit kini meningkat daripada RM650 juta pada 2009 kepada RM800 juta pada 2010.

Sebarang kenaikan atau ‘price adjustment’ yang ditagih Astro ketika ini dilihat sebagai satu usaha yang berlawanan dengan usaha kerajaan menjaga kepentingan pengguna & rakyat.

PPIM percaya sekiranya pihak Kerajaan melalui Khazanah Nasional mampu melaksanakan moratorium kenaikan harga tol konsesi PLUS selama lima (5) tahun, pihak Astro yang 30% dimiliki kerajaan melalui Khazanah juga boleh berbuat demikian demi meringankan beban kos kehidupan rakyat.

Oleh yang demikian, PPIM menggesa dan menuntut:

1. Astro tidak menaikkan harga pakej langganan dan sebaliknya menurunkan kadar langganan oleh sebab KONSESI monopoli yang dinikmati selama ini sehingga 2017;

2. Astro mempertimbangkan cadangan PPIM untuk menawarkan pakej prepaidkepada pelanggannya tanpa mengenakan caj langganan yang tidak munasabah;

3.  Astro mengambil tindakan segera memperbetulkan polisi dan kadar penyambungan semula dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terutama apabila hujan;

4.  Kementerian Penerangan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM):

a. Mengkaji semula kebenaran yang diberikan kepada Astro menyiarkan iklan TV selama sepuluh (10) minit setiap jam dan seterusnya menghadkan atau tidak membenarkan siaran iklan TV;
b. Memastikan Astro tidak memonopoli secara eksklusif hak siaran rancangan atau acara yang diminati rakyat;
c. Pengguna yang tidak melanggan Astro masih dapat menonton rancangan atau acara yang diminati secara percuma.

5.  Pihak KPKK dan SKMM dengan nasihat JAKIM dan Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula syarat dan terma lesen yang diberikan kepada Astro memandangkan terdapat beberapa keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan Negara dan juga menafikan matlamat utama stesen penyiaran TV.   

PPIM menyeru semua pelanggan dan pengguna beramai-ramai menghantar isyarat bahawa kita semua jemu ditipu dan diambil mudah! Kali ini kita mahu hak pengguna menjadi  asas dan rujukan utama sebarang keputusan yang dibuat  oleh mana-mana pihak.

Bersatulah pengguna dan marilah kita memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut di atas.