Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 27 Mei 2014

skandal bank rakyat

Pada 26 Mei lalu, dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek  mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.
############nasib baik bukan haSSAN ALI....

tanduk tidak berguna lagi......

 "Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya tidak diperlukan lagi," kata Tan Sri Sabbaruddin Chik merujuk keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.
Beliau juga mendakwa keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bagi penggal ketiga dibuat secara tidak beretika dan mengikut emosi kerana tiada sebarang perbincangan atau notis awal.
Lebih dikesalinya apabila dakwanya ada campur tangan menteri dalam isu kontrak perkhidmatannya yang tamat pada 8 April lalu di mana bank berkenaan adalah dibawah bidang kuasa kementerian itu.
Malah Sabbaruddin berkata, hingga kini beliau tidak dimaklumkan secara rasmi bahawa khidmatnya sebagai pengerusi di bank itu tidak akan disambung semula.
"Cara ini tak betul. Kenapa lakukan begini kepada saya? Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi...tapi buatlah dengan cara yang betul.
"Tindakan ini sangat memalukan. Apa salahnya maklumkan lebih awal kepada saya jika mereka sudah tidak mahu saya lagi," katanya kepadamStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Sabbaruddin, beliau percaya tindakan untuk tidak menyambung khidmatnya mempunyai hubung kait dengan keputusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap permohonan seorang usahawan untuk membayar pinjaman bernilai RM40 juta tanpa faedah.
Bagaimanapun beliau mendakwa, menteri terbabit berkeras supaya lembaga pengarah mengikut telunjuknya supaya menerima permohonan penyelesaian mudah usahawan kontroversi itu agar baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta dibuat selama 10 tahun melalui 120 keping cek 'post dated'.
"Saya yakin beliau marah sebab lembaga pengarah tolak permohonan itu, tapi beliau harus ingat keputusan itu bukan dibuat oleh saya seorang...tapi pihak lembaga," katanya.
Ekoran itu Sabbaruddin yakin beliau menjadi mangsa terhadap keputusan bertentangan antara lembaga pengarah bank berkenaan dan menteri itu.
"Khidmat saya sepatutnya disambung lagi kerana surat penyambungan kontrak sudah pun ada di Bank Negara untuk persetujuan sebelum disahkan menteri.
"Kalau dari awal mereka tidak mahu sambung, mengapa nama saya dihantar ke Bank Negara," soal beliau.
Ditanya sama ada Bank Rakyat kini sudah mempunyai pengerusi baharu selepas kontraknya tamat, Sabbaruddin berkata: "Saya tidak pasti...mungkin ada, tapi setakat yang saya tahu belum ada.
"Malah barang-barang saya juga masih ada di pejabat, belum ambil lagi," katanya.-ms