Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 23 Februari 2011

Ketua Penerangan Umno edar Surat khabar haram (Selangor Terkini)

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor dan ADUN KuangNONEmengaku bahawa beliau ada mengedar akhbar Selangor Terkini tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya. Bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri.


melayu berkata:
Kalau ketua penerangan yang edar sendiri maknanya ada apa-apa.
hendakke si shukor tu edar selangor kini?
ini taktik kotor umno.... lama dah orang tahu..
kalau dah muka depan gambor Noh Omar kerja Umno le tu...
lainlah kalau Noh hujan....
syukor...syukor tak bersyukur betul..
inilah kalau wakil rakyat kelulusan setakat SPM 
otak lembab! penipu!

LIBYA SEMAKIN MERUNCING DAN TEGANG

FEB 23 -


  • Semakin ramai penyokong setia rejim Muammar Gaddafi meletakkan jawatan dan juruterbang jet pejuang berpaling tadah selepas diarah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.






  • Duta Libya di Amerika Syarikat (AS), Bangladesh, India dan Indonesia mendesak Gaddafi undur dengan sebahagian daripada mereka meletak jawatan dan menyatakan mereka kini berkhidmat untuk rakyat dan bukannya kerajaan Libya.






  • Ulama terkemuka Qatar, Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana askar Libya yang berpeluang menembak mati Gaddafi hendaklah berbuat demikian ‘untuk membebaskan Libya’ daripada pemimpin veteran itu.




  •  Kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi terus menerima tekanan untuk berundur apabila duta-duta Libya di luar negara menyokong pengunduran tersebut




  • Muammar Gaddafi berkata, beliau sanggup mati di bumi Libya dan menganggap sebagai syahid kerana mempertahankan negaranya daripada pemberontak yang kini telah menguasai wilayah timur.




  •  Canselor Jerman, Angela Merkel menganggap ucapan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bahawa dia bertekad untuk terus berkuasa, sebagai yang sangat menakutkan kerana dia sanggup berperang dengan rakyat sendiri.
    Merkel dalam sidang akhbarnya berkata, jika Gaddafi tidak menghentikan kekejaman tersebut, Jerman akan akan mengenakan sekatan ke atas Libya. - REUTERS

     Sekurang-kurangnya 62 orang maut dalam pertempuran di ibu negara Libya, Tripoli dalam tempoh dua hari lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia yang memetik sumber hospital, semalam.

    "Ketika Pemerhati Hak Asasi Manusia tidak dapat mengesahkan laporan ini, sumber daripada dua hospital di Tripoli berkata, sekurang-kurangnya 62 mayat mangsa pertempuran itu dibawa ke rumah mayat masing-masing," kata kumpulan yang berpangkalan di New York itu dalam satu kenyataan. - Reuter



  • melayu berkata:
    tiada mustahil revolusi rakyat asia barat bakal menular ke asia tenggara (malaysia)