Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 24 Februari 2012

Khalid Samad Dakwa Puncak Niaga dan Syabas Taja Hasan Ali


Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Datuk Dr Hasan Ali yang juga Presiden kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati).
Sambil menyifatkan dakwaan itu hanyalah cakap-cakap di kedai kopi, Khalid mahu sebarang penjelasan dan penafian oleh pihak yang terlibat.
"Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak tapi saya hanya minta penjelasan dan penafian daripada pihak mereka," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Beliau mendakwa syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri terdahulu.
"Timbul persoalan siapa biayai Hasan Ali sedangkan baru-baru ini wujud pelancaran NGO di Pusat Konvensyen SACC. Sewa dewan sahaja RM30,000. Itu belum perbelanjaan, pelancaran, roadshow dan logistik.
"Siapa taja beliau (Hasan Ali) jadi persoalan utama kepada kita," katanya.
Beliau mendakwa kedua-dua syarikat terbabit juga mempunyai kepentingan ketika kerajaan negeri (BN) memerintah dahulu.

jurusolek dicabul pemimpin tertinggi mca


MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh, ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak.  Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh (gambar kanan), yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap.  Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010.  Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya.  Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya.  Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu.  Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku.  Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh.  Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka.  Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya.  Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily danGuang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya.  Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan".  Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kiri) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini.  Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan.
*Tulisan ini disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.