Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 23 Mei 2010

Nasib bekas perajurit


2010/05/23

PENGKALAN HULU: Bekas anggota tentera, Mat Jusoh Ahmad, sedih kerana semua permohonan untuk mendapatkan bantuan seorang anaknya yang cacat sejak dilahirkan 21 tahun lalu ditolak termasuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Katanya, beliau pernah memohon bantuan bulanan untuk anaknya, Mohd Ridzuan, tetapi pihak berkenaan menyatakan anaknya walaupun ditakrifkan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak layak mendapat bantuan.
- Bernama 

Kes seperti ini bukan  sekali kita dengar...ada bekas tentera yang sehingga nak naik bas pun tak mampu bayar tambang..
malang bekas tentera tiada pembelaan...

bekas tentera kebanyakkanya  tidak ada pencen seperti perkhidmatan lain...kesian..kesian.
ada yang merempat  tiada tempat tinggal...
bila kerajaan nak melakukan sesuatu kepada bekas tentera...
dah lama dah.....

Raja Petra Kamaruddin tetap bebas


RPK kembali muncul semalam, lebih setahun selepas berada dalam buangan kendiri. 



 LONDON 23 Mei — Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin muncul di khalayak di sini semalam dengan mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom UK Dengan diapit dua lelaki yang berkaca mata hitam Raja Petra Kamaruddin yang mesra dengan panggilan dengan “RPK” berkata beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA jika diberikan hak perundangan yang sama rata “Saya akan berhadapan dengan kerajaan dan saya akan lawan tetapi saya akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’ “Jadi wilayah saya ialah di sini di UK ” kata Raja Petra dengan menerima tepukan hadirin dianggarkan 300 orang yang beg mereka diperiksa teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan di BPP Law School di sini Kebanyakan daripada hadirin sanggup untuk berdiri kira-kira dua jam mendengar cerita Raja Petra Kemunculan semalam dilihat yang pertama selepas lebih setahun berada dalam buangan kendiri Pada November lalu Raja Petra dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung Keputusan itu dibuat selepas kesnya ditangguhkan tiga kali iaitu pada 22 Mei 17 Julai dan 12 Oktober Pada 6 Mei 2008 Raja Petra 60 mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web Malaysia Today pada 25 April 2008 Ia salah satu kes dihadapi beliau Dalam ucapannya Raja Petra menolak pandangan bahawa beliau harus pulang ke tanah air untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya “Pelajar tahun pertama jurusan undang-undang akan memberitahu anda bahawa ia bukan kerja pihak tertuduh untuk membuktikan yang dia tidak bersalah Ia ada kerja pendakwa raya untuk membuktikan yang dia bersalah “Ada mahkamah UK di sini Tidak perlu ada panggilan telefon ataupun panggilan telefon daripada isteri seseorang ” kata Raja Petra dengan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang beliau seringkali menuduh mencampuri institusi kehakiman Meskipun ada gesaan daripada pelbagai pihak kerajaan tidak menyahut desakan agar Raja Petra diekstradisikan untuk meneruskan tindakan perundangan di Malaysia Raja Petra juga menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan liwat yang Pakatan Rakyat mendakwa beliau diperangkap berada di situasi yang berbeza “Anwar menerima hakikat bahawa beliau perlu kekal memandangkan beliau bercita-cita mahu menjadi perdana menteri akan datang Saya tiada aspirasi politik ” kata beliau sambil menambah “kemungkinan saya orang yang lebih bebas berbanding Anwar ” Anggota kerabat diraja Selangor ini merujuk kepada beberapa kes bagi membuktikan dakwaannya bahawa bidang kehakiman di Malaysia tidak bebas Beliau juga mempersoalkan mengapa Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan berhubung rayuan terhadap pembebasannya dari ISA walaupun ia dibuat lebih setahun lalu Katanya beliau juga cuba mendapatkan panel penuh sembilan hakim dan menjangkakan bahawa akan memperoleh tujuh tetapi berakhir dengan tiga sahaja.