Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di sini semalam.
Sabtu, 22 Mac 2014
dato seri haji mohd najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di sini semalam.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO telah mempergunakan agama bagi menutup kezaliman dan rasuah dalam pemerintahan mereka.
Kata Khalid, sekiranya UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Islam, parti itu seharusnya menjadikan pentadbiran Rasulullah sebagai contoh teladan dalam mentadbir negara.
“UMNO Barisan Nasional tiba-tiba hendak jadi pejuang agama pula. Saya hendak beritahu, hendak selawat pada Rasullah memang ianya digalakkan, memang baik.
“Tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih pada Rasulullah tetapi pada masa yang sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup.
“Kalau sayangkan Rasullah, ikut cara pemerintahan baginda tegakkan keadilan. Jangan guna agama untuk menipu rakyat,” katanya ketika berucap di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas Program Selawat Perdana 1435H – Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Putrajaya yang diadakan pada waktu yang sama ketika beliau berucap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu.
Bertemakan ‘Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan’, program yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen TV1 dan TV Al-Hijrah itu turut dihadiri oleh oleh dua orang pendakwah agama terkenal dari Indonesia iaitu Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidi-trp
Langgan:
Catatan (Atom)