"Bukan saya yang serang peribadi dengan Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.
Lagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennyadilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"
Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.
Ahli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.
"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.
"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya.