Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 6 Julai 2012

Ramai hantu mengilai bila uncleseeker positif dadah.

Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari
















Malay Merdeka: Tersentak ...macam tak percaya..bilamana pembaca berita tv3 buletin utama sebentar tadi memberitakan Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas aka Uncleseekers didapati positif dadah jenis morfin setelah menjalani ujian airkening pada jam 1.25 tghari tadi.Waktu solat jumaat tu!
Uncleseekers positif dadah? itulah yang bermain dibenak...Hah memang sah dia bakal masuk gaung yang dalam itu aku fikir. Tentang Uncleseekers ni aku malas nak komen..sebab dia seorang yang memang mulut tak ada insurans dan panas hati. Akan tetapi bagi mereka yang pernah kenal dengan dia..sebenarnya dia ok...cuma kena faham tabiatnya. Malahan jika pernah tahu akan hal dirinya sangat mustahil dan tak mungkin dia mengambil dadah....tapi entahlah tak tahu lah nak kata......... Perokok tegar itu memang dia.
Aku juga terfikir selintas lalu setiap kali polis menangkap perompak pasti akan diberitakan perompak itu pasti ada memiliki parang.Arwah adik Aminurrashid yang mati kena tembak polis dulupun dikatakan memiliki parang..siap dengan gambar parang ditemui dibonet kereta.
Aduhai malang nasib lu Syed Abdullah....agaknya inilah nasib seorang pemberontak siber...kebenaran atau kecelakaan. Namun aku pasti Syed Abdullah memang berisi! sebab tu dia berani langgar.
Tapi aku tak yakin Syed Abdullah keturunan Hang Jebat kerana Syed ni keturunan Arab. Hang Jebat takde keturunan rasanya cuma Syed ikut jejak Hang Jebat.
Syed Abdullah aka Uncleseekers aku percaya dia berani orangnya sebagaimana dia berhadapan dengan hantu dan menangkap hantu yang tak dapat ditangkap-tangkap. Rasanya dia cuma berjaya menangkap gambar hantu dan hantu lari melihat dia!

Kes Pembuangan Bayi bertambah meningkat

Terdapat peningkatan bilangan insiden pembuangan bayi sejak tahun 2010.
Selepas menurun daripada 102 kes pada 2008 kepada 79 pada 2009, bilangan itu meningkat kepada 91 dan 98 masing-masing pada 2010 dan 2011.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh berkata, setakat pada tahun ini, sebanyak 31 kes dilaporkan.
Beliau berkata, peningkatan bilangan itu disebabkan oleh lebih banyak laporan dibuat dan masyarakat menjadi lebih prihatin mengenai kesengsaraan.
Beliau berkata, maklum balas daripada sesi kaunseling dan kajian kes di beberapa rumah kebajikan untuk remaja di bawah umur 18 tahun mendapati tekanan dan kurang pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif apabila dua faktor penting itu mempengaruhi kepada kehamilan yang tidak diingini.
“Kemahuan untuk menyesuaikan dengan kebanyakan remaja telah mempengaruhi gaya hidup mereka,” katanya selepas melancarkan seminar “Katakan Tidak Pada Pembuangan Bayi” di sini.
Harjeet berkata, remaja hari ini bergaul bebas dan kurang pengawasan daripada ibu bapa.
“Kadang-kadang, perkara yang menjadi trend di kalangan mereka adalah pergi berparti dan mengadakan hubungan intim bersama pasangan,” kata beliau, sambil menambah ramai golongan muda yang tidak dibimbing tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada terlibat dalam situasi seumpama itu.-MS
Malay Merdeka:sentiasa gagal...Menteri jaga wanita teramat sibuk..tapi nak jaga juga...
jaga tepi kain yang terselak...